omniture

OMRON Labur dalam Syarikat Robot Kolaboratif Taiwan Techman Robot Inc.

- Teknologi robotik yang membolehkan manusia dan mesin bekerjasama, menawarkan penyelesaian kepada kekurangan tenaga buruh
OMRON Asia Pacific
2021-11-10 11:30 129

SINGAPURA, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- OMRON Corporation (Ibu Pejabat: Shimogyo-ku, Kyoto; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Yoshihito Yamada) dengan sukacitanya mengumumkan penandatanganan perjanjian untuk pelaburan modal dalam Techman Robot, Inc., (Ibu Pejabat: Taoyuan, Taiwan; Pengerusi: Dr. Shi-Chi Ho; selepas ini dirujuk sebagai "Techman") jenama robot kolaboratif yang kedua terbesar di dunia yang bekerja dengan orang ramai di tapak pembuatan. OMRON akan memegang kepentingan sebanyak 10% dalam Techman. Pelaburan ini dijangkakan selesai menjelang Disember 2021.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, keperluan terhadap automasi untuk mengurangkan masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pembuatan telah menjadi satu isu sosial. Di samping itu, COVID-19 menimbulkan risiko baharu kepada pekerja yang bekerja dalam jarak dekat. Di bawah keadaan ini, terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap robot kolaboratif yang dapat bekerja dengan selamat di samping manusia di tapak pembuatan tanpa halangan keselamatan dan dapat mengendalikan pelbagai tugas secara fleksibel. Dalam masa yang sama, bagi mempercepatkan kewujudan bersama dan penyela rasan antara manusia dan mesin, baik keselamatan mahupun produktiviti haruslah diberi jaminan.

Pada tahun 2018, OMRON memeterai satu pakatan strategik dengan Techman bagi memenuhi keperluan automasi yang semakin meningkat yang tercetus oleh kekurangan tenaga buruh. Sejak itu, robot kolaboratif "TM series" Techman telah dijual sebagai produk jenama bersama di seluruh dunia melalui jaringan pengedaran OMRON. OMRON dan Techman juga membangunkan secara bersama "Mobile Manipulator" ("Pemanipulasi Bergerak"), robot kerja bergerak yang menggabungkan robot bergerak OMRON dan "TM series" bagi mengupayakan tapak pembuatan yang membolehkan manusia dan mesin berkolaborasi. Melalui pelaburan dalam Techman ini, OMRON bermatlamat untuk membangunkan secara bersama penyelesaian robot inovatif yang menggabungkan peralatan automasi kilang OMRON dengan robot kolaboratif Techman bagi menjamin keselamatan dan produktiviti serta menawarkan penyelesaian untuk masalah kekurangan tenaga buruh di tapak pembuatan.

Junta Tsujinaga, Presiden Syarikat Industrial Automation Business Company, mengulas mengenai pelaburan untuk mengukuhkan perikatan OMRON-Techman seperti yang berikut:

"Persekitaran di sekitar industri pembuatan berubah dengan ketara. Dalam menanggapi perubahan ini, sejak tahun 2016 OMRON mengusahakan pembuatan canggih dengan konsep penjanaan nilai unik "Automasi-inovatif" bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh tapak pembuatan."

"Kami telah memfokuskan kepada teknologi robot dan pembangunan pasaran sejak ia memperoleh pembuat robot industri Adept Technology Co., Ltd. pada tahun 2015. Pada tahun 2018, kami menambah robot kolaboratif Techman kepada barisan produk kami. Pengukuhan pakatan kami dengan Techman ketika ini mendorong selanjutnya evolusi kolaborasi antara manusia dan mesin dalam pembuatan."

"Dengan mengukuhkan robot kolaboratif, OMRON bermatlamat untuk mewujudkan tapak pembuatan yang membolehkan manusia dan mesin berkolaborasi dan menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh. Dengan memanfaatkan teknologi automasi yang diusahakan di tapak pembuatan, kami juga akan meneruskan secara aktif penciptaan automasi bagi menangani masalah kekurangan tenaga buruh melangkaui sektor pembuatan dalam sektor-sektor utama dan juga tertiari."

Dr. Shi-Chi Ho, pengerusi Techman Robot berkata, "Techman Robot telah menembusi pasaran global dan berjaya menjadi syarikat robot kolaboratif yang kedua terbesar di dunia sejak tahun 2018. Di bawah pakatan ini, Robot kolaboratif Techman telah meningkatkan reputasi seluruh dunia dengan OMRON yang membantu mencapai misi syarikat ini untuk memperbaiki kehidupan manusia melalui inovasi. Kami menyasarkan untuk merapatkan jurang bagi setiap perniagaan dan mencipta penyelesaian kilang pintar untuk kolaborasi manusia-mesin. Kami gembira dapat mempererat hubungan kami yang sekian lama terjalin dengan OMRON melalui kerjasama ini yang merupakan satu peluang penting untuk kedua-dua syarikat, menangani jurang yang berkembang pantas dalam pasaran untuk keperluan yang mendesak terhadap pembuatan pintar. Kami percaya perkongsian kami akan membuka pintu inovasi yang baharu pada masa akan datang. OMRON & Techman akan bersama-sama menyampaikan penyelesaian robot kolaboratif yang amat fleksibel dan boleh diskala, membantu pelanggan untuk menyepadukan dengan mudah dan secara sepenuhnya robot kolaboratif ke dalam pembuatan pintar."

Dengan mengukuhkan perniagaan robotiknya, OMRON bermatlamat untuk mengupayakan pewujudan tapak pembuatan yang mempercepatkan pencapaian konsep "Automasi-inovatif" kami, memberi manfaat kepada pelanggan kami dan memperkayakan kehidupan orang ramai di seluruh dunia.

Latar Belakang Automasi-inovatif (innovative-Automation)

OMRON telah membangunkan konsep inovasi pembuatan yang digelar "Automasi-inovatif". Menerusi konsep ini, ketika ini OMRON komited untuk membawakan inovasi ke tapak pembuatan melalui tiga inovasi penting atau tiga "i". Melalui inovasi dalam bidang automasi ini, OMRON bermatlamat untuk mendayakan peningkatan produktiviti yang penting di tapak pembuatan bagi mencapai pembuatan bernilai tambah tinggi. Dengan "i" pertama, "bersepadu" (evolusi kawalan), OMRON berusaha untuk memajukan teknologi kawalan automatik agar hampir mana-mana pengendali, walaupun pengendali yang tidak berpengalaman, dapat melaksanakan tugas dengan mudah yang sebelum ini memerlukan kemahiran pakar daripada pekerja yang berpengalaman. Dengan "i" kedua, "pintar" (pembangunan kecerdasan oleh ICT), OMRON berusaha untuk sentiasa membangunkan barisan peralatan dan pengeluaran yang sentiasa berkembang. Dengan menerima pakai pelbagai jenis peranti kawalan dan kecerdasan buatan (AI), mesin boleh belajar melalui pengalaman dan mengekalkan fungsinya dalam keadaan yang optimum. Bagi "i" ketiga, "interaktif" (kehormanian yang baharu antara manusia dan mesin), OMRON mengusahakan pembangunan hubungan harmoni yang baharu antara pengendali manusia dan mesin; ketika ia bekerja bersama-sama dalam ruang kerja yang sama, mesin akan dapat membantu pengendali manusia dengan mengenali pemikiran dan tingkah laku manusia dengan cara yang mana hanya OMRON, pengeluar peralatan kawalan berkepakaran yang mengenali luar dan dalam lantai pengeluaran dapat merealisasikannya.

Latar Belakang OMRON Corporation

OMRON Corporation ialah peneraju global dalam bidang automasi berdasarkan kepada teknologi terasnya "Sensing & Control + Think" ("Penderiaan & Kawalan + Fikir"). Bidang perniagaan OMRON meliputi spektrum yang luas, bermula daripada automasi perindustrian dan komponen elektronik kepada sistem sosial, rawatan kesihatan dan penyelesaian alam sekitar. Ditubuhkan pada tahun 1933, OMRON mempunyai kira-kira 30,000 pekerja di seluruh dunia, bertugas untuk menyediakan produk dan perkhidmatan di sekitar 120 negara dan wilayah. Dalam bidang automasi perindustrian, OMRON menyokong inovasi pembuatan dengan menyediakan teknologi dan produk automasi termaju selain sokongan pelanggan yang luas bagi membantu mewujudkan masyarakat yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang syarikat OMRON di https://www.omron.com/global/en/.

Latar Belakang Techman Robot Inc.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Techman Robot ialah satu-satunya jenama Taiwan dan pengeluar robot kolaboratif. Dengan lebih daripada 100 wakil penjual di China, Eropah, Jepun, Korea dan Asia Tenggara, kami menawarkan produk dan perkhidmatan kepada pasaran termasuk robot kolaboratif dengan visi terbina dalam, perisian pengurusan kilang pintar dan penyelesaian aplikasi. Dalam tempoh tiga tahun pelancaran produk kami, Techman telah menjadi pembuat robot kolaboratif kedua terbesar di dunia. Untuk butiran, sila lihat https://www.tm-robot.com/en/.

 

 

Source: OMRON Asia Pacific
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals Licensing/marketing agreements Venture Capital