omniture

Kamvas RDS-160 Huion: Paparan Pen Kreatif Perkasa Kreativiti Anda

Huion
2021-11-10 14:00 175

SHENZHEN, China, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- Penyedia peranti lukisan digital global Huion melancarkan paparan pen baharu, Kamvas RDS-160 bagi memperkasa daya kreativiti artis. Kamvas RDS-160 15.6-inci yang menggunakan teknologi bintik kuantum ini, mempunyai gamut warna yang lebih luas dan berupaya untuk mempersembahkan gambar dengan warna-warna yang lebih meriah dan terang. Pen digital tanpa bateri dengan paparan pen ini mempunyai kepekaan tekanan tahap profesional bagi memberi pengalaman menulis dan melukis yang semula jadi dan lancar.

Kamvas RDS-160
Kamvas RDS-160

Teknologi bintik kuantum untuk pengalaman penciptaan imersif

Kamvas RDS-160 dengan praktikaliti yang mantap dan hanya ketebalan 12mm membolehkan pengguna untuk menikmati ciri kemudahalihan dan kemudahan yang dibawakan oleh penciptaan digital, walaupun apabila mencipta di luar. Dilengkapi dengan skrin berlamina penuh dan sudut pandangan yang luas, Kamvas RDS-160 dapat menjamin imej yang jelas dan terang apabila pengguna melihat dari sudut-sudut yang berbeza. Sementara itu, teknologi bintik kuantum diaplikasikan bagi mencapai gamut warna sRGB 145%, bagi mempersembahkan gambar dengan ketepuan tinggi, rona yang tepat dan kecerahan semula jadi serta memberi pengalaman melukis yang lebih imersif kepada pengguna.

Lorekan semula jadi untuk mencetuskan imaginasi anda

Dilengkapi dengan pen digital tanpa bateri yang lebih baik PW517, Kamvas RDS-160 dapat memberi pengalaman melukis yang lancar dan selesa kepada pengguna. Garisan dengan kelebaran dan bentuk yang berbeza dapat dihasilkan semula secara semula jadi dan serta merta apabila tekanan yang dikenakan berubah. Hasil daripada sokongan condong ±60°, pengguna boleh mencondongkan pen untuk mewarnakan atau menambah bayang kepada gambar tanpa perlu bersusah payah untuk mengendalikan perisian dengan kerap.

Kekunci tekan boleh diatur cara untuk mengoptimumkan kecekapan aliran kerja

Paparan pen Kamvas RDS-160 mempunyai dua butang pada pen dan sepuluh kekunci tekan pada paparan, kesemuanya boleh disesuaikan dengan fungsi yang anda suka seperti buat asal, zum masuk/keluar daripada kanvas, menambah/mengurangkan saiz berus dan sebagainya. Sementara itu, pengguna juga boleh beralih kepada mod tablet pen untuk menjimatkan kuasa elektrik dan mengalami cara penciptaan yang berbeza.

Sambungan mudah membawakan lebih banyak kemungkinan

Kamvas RDS-160 boleh dihubungkan ke komputer dan peranti Android melalui kabel 3-dalam-1 atau kabel USB-C hingga USB-C berciri penuh yang akan meningkatkan kecekapan anda dengan ketara. Selain daripada melukis, Kamvas RDS-160 turut memainkan peranan penting dalam reka bentuk fesyen, reka bentuk animasi, reka bentuk seni bina, pengajaran dalam talian dan sebagainya. Ia sememangnya alat yang hebat untuk begitu ramai orang.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Huion, sila kunjungi www.huion.com.

Kamvas RDS-160
Kamvas RDS-160

Source: Huion
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services