omniture

Industri penerbangan membawakan komitmen sifar bersih 2050 kepada COP26

Air Transport Action Group
2021-11-10 20:00 14

GLASGOW, Scotland, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- Pesawat berteknologi baharu dan bahan api jet yang diperbuat daripada sisa: industri pengangkutan udara global telah menggariskan cara untuk memenuhi matlamat iklim jangka panjang baharunya semasa acara Hari Pengangkutan pada COP26 PBB di Glasgow. Ini mengesahkan komitmen syarikat penerbangan, lapangan terbang, pengurusan trafik udara dan pembuat pesawat dan enjin di seluruh dunia terhadap pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050 bagi menyokong Perjanjian Paris. Penerbangan merupakan salah satu daripada sektor yang telah membuat komitmen global seperti ini.

Analisis yang diperincikan dalam laporan Waypoint 2050 menggariskan laluan yang munasabah bagi sektor pengangkutan udara untuk mencapai karbon sifar bersih. Industri ini mengatakan bahawa gabungan teknologi baharu termasuk potensi untuk beralih kepada elektrik dan hidrogen untuk beberapa perkhidmatan yang lebih pendek; penambahbaikan dalam operasi dan infrastruktur; dan peralihan kepada bahan api penerbangan lestari pada pertengahan abad akan memberikan sebahagian besar pengurangan karbon. Pelepasan selebihnya boleh diperoleh dengan menggunakan langkah penyingkiran karbon.

Bercakap pada acara COP26 dengan Kerajaan UK hari ini, Haldane Dodd, Pemangku Pengarah Eksekutif Air Transport Action Group berkata: "Penerbangan telah meningkatkan cita-citanya selaras dengan keperluan semua sektor ekonomi tersebut untuk meneruskan tindakan iklim yang ketat. Walaupun telah mengalami krisis terbesar dalam sejarah penerbangan, matlamat bersih sifar 2050 ini menunjukkan bahawa sektor kami telah meletakkan tindakan iklim sebagai salah satu keutamaan tertingginya."

Peralihan sepenuhnya daripada bahan api fosil untuk pengangkutan udara pada pertengahan abad adalah mungkin dicapai, dengan bahan api penerbangan lestari yang diperbuat daripada sumber sisa dan tanaman penutup bumi bergilir beralih ke arah bahan api yang dihasilkan daripada elektrik rendah karbon secara beransur-ansur. Yang penting, peralihan kepada bahan api lestari akan memberikan peluang kepada industri tenaga hijau di hampir setiap negara, menampung sehingga 14 juta pekerjaan di seluruh dunia.

"Analisis kami menunjukkan beberapa senario, dengan pilihan teknologi baharu seperti pesawat elektrik dan hidrogen bagi kapal terbang jarak dekat, hinggalah peralihan sepenuhnya kepada bahan api penerbangan yang lestari bagi operasi jarak sederhana dan jauh. Kami telah mengenal pasti blok binaan yang diperlukan dan skala cabaran ini adalah sangat besar, tetapi dengan dasar kerajaan yang menyokong dan sokongan daripada sektor tenaga, ia boleh dilakukan."

"Langkah-langkah dasar kerajaan negara yang memberi tumpuan kepada inovasi dan peralihan tenaga adalah penting. Kami juga menggesa negara anggota Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menyokong penerimagunaan matlamat iklim jangka panjang di Perhimpunan ICAO ke-41 pada tahun 2022, selaras dengan komitmen industri."

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1682205/ATAG_Logo.jpg?p=medium600

Source: Air Transport Action Group
Keywords: Airlines/Aviation Environmental Products & Services Green Technology Transportation Conservation/Recycling Environmental Policy