omniture

Pesta Yiwu China Ke-19 Akan Diadakan Mulai 21 Oktober

The 19th China Yiwu International Commodities Fair Organizing Committee
2013-08-26 10:00 105

YIWU, China, 26 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Komoditi Antarabangsa Yiwu China Ke-19 (diringkaskan menjadi "Pesta Yiwu",http://en.yiwufair.com) akan diadakan mulai 21 ke 25 Oktober di Yiwu, Zhejiang. Sebagai pesta antarabangsa tunggal yang diluluskan oleh Majlis Negeri China dalam pasaran komoditi, Pesta Yiwu diiktiraf seluruh dunia sebagai pameran kedua terbesar di China, selepas Pesta Canton.

Tahun ini, pesta itu bercadang untuk menyediakan 4,500 tapak pameran standard, dan merangkumi tujuh industri utama (http://en.yiwufair.com/products): perkakasan, barangan elektrik dan elektronik, pakaian dalam & stoking, barang kemas & aksesori, kraftangan, keperluan harian, barangan sukan & rekreasi. Ia juga akan menyediakan beberapa zon istimewa untuk e-perniagaan & perkhidmatan perdagangan, komoditi luar negara, Persekutuan Wanita Seluruh China (terarah kepada dagangan pemprosesan) dan Shanhai Corporation, bagi memenuhi keperluan pembeli antarabangsa.

Industri perkakasan yang berkembang pesat adalah salah satu topik paling hangat tahun ini. 818 tapak pameran akan disediakan, merangkumi kedua-dua dewan, untuk pempamer industri ini, lebih besar berbanding tahun lepas. Mereka akan dibahagikan kepada empat bidang: perkakasan alat, perkakasan pembinaan, perkakasan kegunaan harian dan jentera elektrik.

Bagi memastikan hasil yang lebih baik, jawatankuasa penganjur telah berusaha dengan penuh dedikasi sejak mula lagi. Contohnya, bagi menarik pempamer, jawatankuasa itu telah mempromosikannya dalam banyak tapak perindustrian dan pameran yang sama di seluruh China, berdasarkan empat standard – pengkhususan, pembolehpasaran, globalisasi dan penjenamaan – yang membantu mengekalkan pempamer tetap sambil menarik minat pempamer baharu. Melalui promosi berterusan dalam pameran jenama seperi Pesta Perkakasan Antarabangsa China dan Pameran Industri Pintu Yongkang, jawatankuasa itu bukan sahaja telah meningkatkan pengiktirafan pesta itu, tetapi juga menarik perhatian daripada banyak syarikat dan industri.

Jawatankuasa itu telah membina perhubungan rapat dengan persatuan industri tempatan (seperti Persatuan Industri Peralatan Jinhua, Persatuan Perindustrian Tenaga Suria Zhejiang dan Persatuan Industri Mangga Zhejiang), yang telah menempah lebih 100 tapak pameran setiap satu. Kerjasama seperti ini membantu mengekalkan kepakaran dan memperbaiki pengaruh pesta itu.

Sebagai platform terbaik bagi membincangkan arah aliran pembangunan pelbagai industri, pesta itu (http://en.yiwufair.com/aboutfair/intro) akan mengadakan aktiviti rundingan dan promosi yang pelbagai jenis dan tahap, termasuk Forum Industri Barangan Kemas, Arah Aliran & Pelancaran Produk Baharu, Pemadanan Perdagangan Komoditi Luar Negara, dan Seminar Pemerolehan Global. "Kami jangkakan lebih 200,000 pembeli akan datang berkunjung, di mana 20,000 akan menjadi pelawat luar negara, berdasarkan data tahun lepas," kata pihak penganjur.

 

 

 

Source: The 19th China Yiwu International Commodities Fair Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Trade show news