omniture

Ceres Nanosciences Menubuhkan Sembilan Pusat Kecemerlangan Pengawasan COVID-19 Berasaskan Air Buangan Di Bawah Inisiatif RADx NIH

Ceres Nanosciences, Inc
2021-11-11 01:37 62

MANASSAS, Virginia, 11 November 2021 /PRNewswire/ -- Ceres Nanosciences (Ceres), sebuah syarikat persendirian yang menghasilkan produk inovatif untuk meningkatkan penyelidikan dan ujian diagnostik sains hayat, mengumumkan penubuhan sembilan buah pusat kecemerlangan epidemiologi berasaskan air buangan, sebagai sebahagian daripada anugerah bulan April 2021 bernilai $8.2 juta daripada inisiatif Rapid Acceleration of Diagnostics (RADxSM) National Institutes of Health (NIH).

Epidemiologi berasaskan air buangan boleh membantu komuniti memantau dinamik jangkitan untuk SARS-CoV-2 dan boleh berfungsi sebagai sistem amaran awal untuk virus dalam sesebuah populasi, namun pelaksanaan yang meluas telah terhalang kerana kurangnya kaedah penumpuan virus yang mantap dan berdaya proses tinggi. 

Nanotrap® Magnetic Virus Particles Ceres menangani masalah ini dengan membolehkan penumpuan virus yang pantas secara langsung daripada air kumbahan mentah, mengurangkan masa dan tenaga yang diperlukan untuk memproses sampel secara signifikan. Kaedah ujian air buangan yang dikuasakan oleh Nanotrap® Particles membolehkan epidemiologi berasaskan air buangan pada pelbagai peringkat dalam komuniti, termasuk di peringkat bangunan, kumbahan kejiranan dan loji rawatan air buangan.

"Pelanggan kami telah memproses berpuluh-puluh ribu sampel dari asrama kolej, sekolah K-12, kawasan perkhemahan, kemudahan kerajaan dan loji rawatan air kumbahan," kata Ben Lepene, Ketua Pegawai Teknologi Ceres Nanosciences. "Kajian terkini oleh salah satu pelanggan universiti kami menunjukkan bahawa 85% daripada kes COVID-19 individu di kampus disusuli dengan hasil air buangan yang positif." 

Setiap Pusat Kecemerlangan telah dipilih berdasarkan keupayaannya untuk menggunakan kapasiti yang diperluas bagi mengembangkan perkhidmatan kepada komuniti yang kurang diberi perhatian dan kurang bernasib baik serta menyediakan maklumat penting kepada para pembuat keputusan dalam sektor kesihatan awam. Setiap kawasan menerima bahan dan latihan di lokasi daripada pasukan penggunaan di lapangan Ceres untuk melaksanakan protokol automatik yang meningkatkan kapasiti kepada 100 sampel sehari serta memperbaiki masa pusing ganti kepada kurang daripada lapan jam.

"Lokasi ini merangkumi makmal ujian bukan berasaskan keuntungan, makmal universiti, makmal kesihatan awam serta makmal ujian komersial di lapan buah negeri dengan jumlah populasi yang melebihi 120 juta orang," kata Tara Jones-Roe, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Ceres Nanosciences. "Kami amat berbangga dengan kumpulan organisasi yang menakjubkan ini dan berharap dapat mengenal pasti lokasi-lokasi tambahan."

Lokasi yang diumumkan hari ini ialah Arizona State University dengan OneWaterOneHealth, CIAN Diagnostics, Public Health Laboratory of East Texas, University at Buffalo, UCLA, UC Davis dengan UC Merced, University of Connecticut, University of Kansas dan West Virginia University.

Butiran penuh boleh didapati di https://www.ceresnano.com/press-release-coe9

Hubungan Akhbar: 
Ross M. Dunlap
Ceres Nanosciences, Inc
1.800.615.0418 samb. 202
rdunlap@ceresnano.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1492770/Ceres_Nanosciences_Logo.jpg?p=medium600

Source: Ceres Nanosciences, Inc
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services Public Safety