omniture

Rancangan FTP Hainan Rangsang Kemunculan Entiti Pasaran di Bandar Haikou sepanjang tempoh Jan-Sept 2021

Haikou International Investment Promotion Bureau
2021-11-11 17:46 134

HAIKOU, China, 11 November 2021 /PRNewswire/ -- Tempoh Januari-September 2021 menyaksikan 176,900 entiti pasaran muncul, satu peningkatan sebanyak 126 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu di Haikou, ibu kota Wilayah Hainan, selatan China lantaran usaha pihak kerajaan untuk melaksanakan pelan induk untuk Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan, seperti yang diumumkan oleh Biro Promosi Pelaburan Antarabangsa Haikou bulan ini.

Rancangan FTP Hainan Rangsang Kemunculan Entiti Pasaran di Bandar Haikou semasa tempoh Jan-Sept 2021
Rancangan FTP Hainan Rangsang Kemunculan Entiti Pasaran di Bandar Haikou semasa tempoh Jan-Sept 2021

Pelan induk untuk pelabuhan perdagangan bebas Hainan bertujuan untuk membangunkan wilayah pulau selatan ini menjadi pasaran bebas cukai yang terbesar di dunia dan juga pelabuhan perdagangan bebas paras tinggi yang berpengaruh di peringkat global menjelang pertengahan abad ini. Menurut rancangan pihak kerajaan, menjelang tahun 2050 wilayah ini akan menjadi kluster yang unik dengan ekonomi maju, yang mana kampus universiti ternama, makmal canggih dan ibu pejabat syarikat multinasional terkemuka akan ditempatkan.

Sejak pelan induk dilancarkan pada 1 Jun 2020, Haikou menghadiri lapan majlis penandatanganan di Wilayah Hainan yang melibatkan 106 projek yang berjumlah 50.995 bilion yuan (kira-kira 7.9 bilion dolar AS) pelaburan dengan penglibatan daripada Xiaomi Corporation, China Railway Material General, Cambodia Angkor Air, De Beers dan perusahaan-perusahaan lain yang terkenal.

Haikou telah memperkemas proses pentadbiran untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada perusahaan, dengan kecekapan bertambah baik sebanyak 90% dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Had masa kelulusan untuk projek-projek pelaburan bukan kerajaan dikurangkan kepada 14 hari bekerja dan menjimatkan banyak masa sebelum kerja-kerja pembinaan bermula.

Hainan Chang'an International Pharmaceutical Co., Ltd. melalui seluruh proses pemilihan tempat bagi penentuan kontrak pelaburan dalam tempoh 21 hari, Setakat ini, syarikat ini telah mengehadkan projek utamanya, dengan 400 juta yuan (kira-kira 61.5 juta dolar AS) telahpun dilaburkan dalam barisan pengeluaran ubat anti-tumornya.

Haikou juga telah berusaha untuk menganjurkan acara jemputan pelaburan di bandar-bandar Beijing, Shanghai serta Shenzhen dan banyak perusahaan berkongsi pengalaman mereka menetap di Daerah Baharu Jiangdong.

Zhang Jiawei, ketua Shenzhen Minaspace International Group Co., Limited, berkata bahawa Daerah Baharu Jiangdong Haikou mempunyai sistem dasar jangka panjang yang mantap, persekitaran ekologi yang boleh didiami, kemudahan sokongan yang dioptimumkan secara berperingkat-peringkat dan kelebihan dasar peringkat lewat yang jelas.

Li Sichao, Pengurus Besar Kawasan China bagi subsidiari Shenzhen Huachuang Investment Management Co., Ltd turut menyatakan bahawa Daerah Baharu Jiangdong dilengkapi dengan pelbagai dasar FTP Hainan yang diutamakan serta nilai perlindungan persekitaran yang mantap.

Kerajaan pusat Cina memutuskan bahawa sistem pelabuhan perdagangan bebas yang memfokuskan kepada liberalisasi dan pemudahan perdagangan serta pelaburan akan "diwujudkan secara asasnya" di Hainan menjelang tahun 2025 dan menjadi "lebih matang" menjelang tahun 2035. Pihak berkuasa dijangka menjadikan Hainan, zon ekonomi khas yang terbesar di China, sebagai barisan hadapan penyepaduan China ke dalam sistem ekonomi global.

Source: Haikou International Investment Promotion Bureau
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis