omniture

Kilang SANY diperakui sebagai kilang Lighthouse pertama dunia dalam industri jentera berat

SANY Group
2021-11-11 22:13 274

BEIJING, 11 November 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Forum Ekonomi Dunia (WEF) Davos memperkenalkan kumpulan terkini kilang-kilang "Lighthouse" dalam industri pembuatan global. Kilang jentera penggerudian SANY di Beijing tersenarai dalam kumpulan ini, menjadi kilang Lighthouse diperakui yang pertama antara pengeluar-pengeluar peralatan berat.

Kilang jentera penggerudian 'lighthouse' SANY
Kilang jentera penggerudian 'lighthouse' SANY

Diberi nama julukan "Lighthouse", bengkel pengeluaran ini terkenal kerana menjadi kilang yang paling canggih di dunia. Sejak senarai yang pertama pada tahun 2018, dua pihak berwibawa, Forum Ekonomi Dunia (WEF) Davos dan McKinsey Consulting memilih secara bersama 90 kilang di seluruh dunia kerana menerangi jalan menuju masa depan, menjadi contoh bagi tahap pembuatan digital yang tertinggi dan Globalisasi 4.0.

Menurut WEF, SANY Beijing menonjol menerusi aplikasi teknologi terkini yang komprehensif seperti automasi termaju, kolaborasi manusia-mesin dan teknologi AI serta IoT, meningkatkan produktiviti sebanyak 185% sambil mengurangkan masa pendulu pengeluaran sebanyak 77% (daripada 30 kepada 7 hari). 

SANY Robot Technology Co., Ltd.

Transformasi digital SANY mendorong pelancaran sebuah syarikat subsidiari baharu, SANY Robot Technology Co., Ltd., yang mendorong SANY Group ke arah mencapai misi untuk menjadi pelopor dalam pembuatan pintar.

Pada tahun 2019, apabila kilang jentera penggerudian sedia ada dinaik taraf menjadi kilang 'Lighthouse' bertaraf dunia yang pertama dalam industri ini, tidak terdapat duluan ― tiada contoh untuk dirujuk oleh SANY mahupun teknologi sedia ada atau pembekal untuk menjadi tempat bergantung. Justeru itu, SANY Robot Technology dicipta dalam konteks transformasi digital SANY. Dengan mengambil bahagian secara mendalam dalam fasa-fasa reka bentuk konsep, pengesahan teknologi dan pembinaan, SANY Robot Technology berkembang seiring dengan kemunculan semula kilang 'Lighthouse' jentera penggerudian.

Banyak kejayaan teknologi telah dilakar oleh bahagian Teknologi Robot baharu SANY sepanjang perjalanan ini. Contoh-contoh termasuk gudang tiga dimensi untuk plat keluli, pemuatan dan pemunggahan bahan-bahan yang lebih berat dan lebih panjang (27 m) dengan 5G AGV (Kenderaan Terpandu Automatik), pemasangan automatik dan kimpalan bahan dalam ruang yang sempit, serta kimpalan terselaras alur besar oleh berbilang robot dengan sensor laser.

Operasi pintar direalisasikan dalam seluruh kitaran pembuatan, merangkumi logistik, penggudangan, penyediaan bahan, kimpalan, pemprosesan, pemasangan dan pengecatan.

Kemas kini teknikal yang terkini merupakan Sistem Penyimpanan Pintar baharu berasaskan kepada teknologi AR dan pengecaman pertuturan. Kini, tugas pemilihan dan pengagihan ditugaskan kepada pekerja melalui cermin mata AR mereka yang dapat mengendalikan tugas secara berkesan dengan memberi arahan suara bebas tangan.

Kilang jentera penggerudian 'lighthouse' SANY
Kilang jentera penggerudian 'lighthouse' SANY

 

 

Source: SANY Group
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals