omniture

TV W82 Unggulan SKYWORTH Dinamakan sebagai Penerima Anugerah Inovasi 2022 CES bagi "Permainan" dan "Paparan Video"

SKYWORTH TV
2021-11-12 19:05 172
  • SKYWORTH W82 merupakan TV OLED boleh ubah keluaran besar-besaran yang pertama di dunia
  • Anugerah mengiktiraf komitmen syarikat untuk membawa orang ramai lebih menghampiri realiti dengan teknologi TV canggih

SHENZHEN, China, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, jenama televisyan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai Penerima Anugerah Inovasi 2022 CES® untuk SKYWORTH W82 dalam dua kategori produk, iaitu "Permainan" dan "Paparan Video". Anugerah ini merupakan bukti komitmen SKYWORTH untuk "Menerajui Masa Depan," terus berinovasi dalam industri TV bagi menyampaikan pengalaman hiburan rumah imersif yang dapat membawa orang ramai di seluruh dunia lebih menghampiri realiti.

SKYWORTH W82
SKYWORTH W82

Dengan jumlah tinggi mencatat rekod sebanyak lebih daripada 1,800 penyerahan tahun ini, program Anugerah Inovasi CES yang dimiliki dan dihasilkan oleh Consumer Technology Association (CTA)® merupakan pertandingan tahunan yang memberi pengiktirafan kepada reka bentuk dan kejuruteraan cemerlang dalam 27 kategori produk teknologi pengguna. Panel elit yang terdiri daripada hakim pakar industri merangkumi ahli media, pereka bentuk, jurutera dan ramai lagi, menyemak penyerahan berdasarkan kepada inovasi, kejuruteraan dan fungsian, estetika serta reka bentuk.

Mengatasi persaingan yang sengit, SKYWORTH W82 merupakan TV OLED boleh ubah keluaran besar-besaran yang pertama di dunia. Hasil daripada Teknologi Transformasi Modul Asas OLED (OBM) proprietari SKYWORTH, SKYWORTH W82 membolehkan pengguna melaraskan skrin OLED 120Hz 4K daripada rata kepada melengkung dengan kelengkungan sehingga 1000R melalui klik pada alat kawalan jauh, lalu menjadikannya sangat sesuai untuk hiburan rumah, sama ada pengguna ingin menonton filem atau bermain permainan video. Disokong oleh Dolby Vision, HDR10, SKYWORTH AI PICTURE QUALITY ENGINE (Versi 4K) dan SKYWORTH AUDIO DRUM, TV 65-inci ini menyampaikan pengalaman audio-visual yang hebat dan imersif.

Tony Wang, Pengerusi SKYWORTH TV, berkata: "Kami berbesar hati kerana diiktiraf sebagai salah satu yang terbaik dalam dua kategori produk yang kompetitif di Anugerah Inovasi 2022 CES. Kami amat berbangga dengan SKYWORTH W82 dan pasukan reka bentuk produk dan kejuruteraan kami atas semangat penerokaan, ketabahan dan usaha mengejar kecemerlangan mereka untuk mencipta produk yang canggih dari segi teknologi ini. Kami akan terus menjadi daya penggerak bagi inovasi dalam industri TV."

Semasa berlangsungnya CES 2022 mulai 5-8 Januari 2022, SKYWORTH akan mempamerkan SKYWORTH W82 yang memenangi anugerah di pameran produk luar tapak di Westgate Las Vegas Resort & Casino dan Pameran Anugerah Inovasi CES rasmi di Reruai #52952, Dewan A-C, The Venetian Expo.

Maklumat mengenai SKYWORTH W82 boleh ditemui di CES.tech/innovation.

Latar Belakang SKYWORTH TV

SKYWORTH TV ialah pengeluar televisyen global yang terkemuka dan perintis bagi Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (AIoT) skrin besar. Ditubuhkan pada tahun 1988, SKYWORTH TV mempunyai pengalaman selama lebih daripada 30 tahun menyediakan penyelesaian hiburan rumah termaju dan merupakan salah satu daripada tiga penyedia global yang terkemuka bagi TV Android. Di bawah proposisi jenamanya iaitu "Menerajui masa depan", SKYWORTH TV terus melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penyelesaian teknologi yang inovatif dan berdedikasi untuk menerajui transformasi industri TV bagi merevolusikan pengalaman rumah pintar. SKYWORTH TV mempunyai lima siri TV terkenal (WSQGA) untuk menggembirakan semua kumpulan pengguna sementara teknologi Swaiot™ proprietarinya menghubungkan dengan lancar seluruh ekosistem AIoT dan peranti IoT yang serasi, bagi membolehkan pengguna melihat, mengawal dan mengurus semua peranti rumah pintar mereka daripada TV mereka. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.skyworth.net/global

Source: SKYWORTH TV
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards Trade show news