omniture

Global Accelerated Ventures, ACTUAL dan Bioassets Bekerjasama Dengan Perusahaan untuk Merealisasikan Penyahkarbonan Sepenuhnya

Actual Systems Inc.
2021-11-15 10:00 37

KREDIT BERKUALITI TINGGI DAN DISAHKAN MELENGKAPKAN PENGURANGAN PELEPASAN YANG BERMAKNA BAGI PERUSAHAAN YANG AKAN MEMENUHI MANDAT SIFAR KARBON MEREKA

GLASGOW, Scotland, 15 November 2021 /PRNewswire/ -- Global Accelerated Ventures (GAV) dan ACTUAL bekerjasama dengan Bioassets untuk menyepadukan kredit karbon yang berkualiti tinggi dengan penyelesaian transformasi ESG diperkaya A.I. bagi perusahaan korporat yang besar. Penyelesaian Bioassets membolehkan perusahaan mengurangkan pelepasan karbon yang bermakna yang sejajar dengan ikrar sifar karbon COP26. Kerjasama GAV dan ACTUAL menstrukturkan penyelesaian ikrar iklim dalam rangka kerja pulangan kewangan yang positif dan metrik risiko dan prestasi ESG yang jelas. Dengan memanfaatkan kedudukan dan kepakaran unik setiap syarikat, ia telah menjalinkan kerjasama terkemuka untuk menjadikan penyahkarbonan sebagai suatu kenyataan pada skala besar. 

ACTUAL menyediakan kit peralatan digital yang pertama seumpamanya, membolehkan organisasi merancang dan bertindak dengan pantas terhadap penyahkarbonan. Kepakaran GAV amat kukuh dalam transformasi organisasi, pengurusan pemuliharaan dan kewangan pembangunan, terutamanya dalam pasaran baru muncul. Syarikat-syarikat ini akan berganding bahu untuk menyediakan penyelesaian berpusat bagi membolehkan perusahaan moden memenuhi matlamat iklim yang kompleks. Melalui kerjasama dengan Bioassets, GAV dan ACTUAL mampu menyediakan dan menstruktur kredit karbon yang berkualiti tinggi kepada perusahaan untuk memenuhi objektif pengurusan segera serta strategik mereka. 

"Dalam landskap perniagaan yang berubah dengan pantas ini, berbanding pendekatan pembelian yang diimbangi sedikit demi sedikit, kerjasama kami memanfaatkan set kemahiran dan aset kritikal untuk membantu perusahaan menstruktur pendekatan ESG dan karbon mereka secara menyeluruh," kata William Byun, Rakan Kongsi Kanan, GAV.

Baru-baru ini, kerjasama ini telah menarik perhatian salah satu konglomerat sumber asli terbesar di Asia Tenggara untuk semakan menyeluruh terhadap semua operasi dan perniagaan semasa mereka dalam pembangunan loji perindustrian dan perniagaan tani bagi mendapatkan hala tuju peralihan paradigma jangka panjang dalam dunia yang semakin kritikal akibat pelepasan karbon. 

"Bioassets mempunyai sejarah yang panjang dalam menghasilkan pengimbangan berkualiti tinggi dan diperakui yang dapat mengatasi halangan tambahan dan tetap.  Pengimbangan kami telah membantu syarikat terkemuka seperti bank, syarikat insurans dan syarikat penerbangan serta lain-lain organisasi memenuhi matlamat pengimbangan karbon mereka."

Kerjasama antara GAV, ACTUAL dan Bioassets membolehkan setiap syarikat melakukan penyahkarbonan yang bermakna. Penyahkarbonan ialah salah satu cabaran kemanusiaan yang paling mendesak dan merupakan usaha yang sangat rumit bagi kebanyakan perusahaan dengan pelbagai komponen yang digerakkan. Perusahaan memerlukan rakan kongsi tunggal yang dapat menampilkan pelan bersepadu dengan penyelesaian yang agnostik. GAV dan ACTUAL menyediakan pelan penyahkarbonan, pengurusan perubahan, transformasi organisasi dan rangkaian alat perisian ESG yang lengkap untuk membantu perusahaan bergerak dengan pantas, membina momentum dan mengekalkan kemajuan untuk mengurangkan pelepasan dunia nyata selama beberapa dekad. Kerjasama Bioassets membolehkan pengimbangan pelepasan yang berkualiti tinggi dalam keadaan-keadaan di mana pengurangan pelepasan karbonnya belum dapat dilakukan atas sebab-sebab teknologi atau kekangan lain.

"Perisian ACTUAL telah mendayakan projek global berskala kebangsaan untuk bergerak dengan pantas dan membolehkan organisasi merancang senario dengan cepat serta membayangkan hala tuju untuk maju ke hadapan buat kali pertama dengan kesan yang positif pada skala besar. Transformasi karbon dalam organisasi amat penting untuk memenuhi komitmen tinggi terhadap Sifar Karbon yang diumumkan semasa COP26 dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan Bioassets dan bersama-sama dengan GAV untuk membantu perusahaan memenuhi matlamat ini," kata Karthik Balakrishnan, Ph.D., Pengasas Bersama merangkap Presiden ACTUAL.

Kerjasama ini telah dilancarkan secara rasmi dan perusahaan yang berminat untuk bekerjasama dengan mereka boleh menghubungi Presiden dan Pengasas Bersama ACTUAL, Karthik Balakrishnan untuk maklumat lanjut. 

Hubungan Media
Karthik Balakrishnan
k@actualhq.com 

Bioassets 
Bioassets  telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan merupakan salah satu perusahaan sosial terkemuka di Brazil yang terlibat dalam penjanaan kredit karbon melalui pembangunan projek pemuliharaan hutan dan tenaga boleh baharu, termasuk merintis kredit REDD+ pertama Brazil di Amazon.

https://bioassets.com.br/ 

Global Accelerated Ventures (GAV) 
GAV  bekerjasama dengan universiti penyelidikan terkemuka di dunia untuk mempercepat pembangunan dan pengkomersialan R&D dalam kelestarian dan pemuliharaan serta terlibat dalam pengurusan perubahan organisasi yang berkaitan dengan penggunaan teknologi tersebut.

https://gaventures.co/ 

ACTUAL
Platform ACTUAL memperkasa pemimpin di seluruh industri untuk bertindak terhadap matlamat ESG mereka dan menetapkan hala tuju ke arah perubahan sebenar melalui kit peralatan digital yang pertama seumpamanya.

https://www.actualhq.com/ 

 

Source: Actual Systems Inc.
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Utilities Contracts Environmental Issues