omniture

Jimat sehingga 20% untuk Pas BritRail

ACP Rail International
2013-08-28 05:28 133

MONTREAL, 28 Ogos 2013 /PRNewswire/ --

BAHARU! Diskaun Musim Lengang Juga Ditawarkan untuk Pas Barat Daya BritRail

Pengembara yang menuju ke Great Britain pada musim luruh dan musim sejuk tahun ini bernasib baik kerana dengan Diskaun Musim Lengang BritRail, mereka boleh menikmati nilai lebih hebat apabila menggunakan Pas BritRail! Dengan penjimatan potongan sehingga 20 peratus, ini merupakan peluang sempurna untuk menerokai England, Scotland dan Wales, sambil menikmati kebebasan perjalanan kereta api tanpa had untuk setiap hari kembara. Mulai 1 September 2013, Diskaun Musim Lengang BritRail sedia untuk ditempah bagi perjalanan dalam bulan November, Disember, Januari dan Februari.

Dengan pelbagai pas yang sesuai untuk senarai destinasi, tempoh penginapan dan gaya perjalanan setiap jadual pelancongan, Pas BritRail memang menawarkan keunggulan kemudahan dan fleksibiliti. Contohnya Pas BritRail klasik: boleh digunakan untuk perjalanan dengan Rangkaian Landasan Kebangsaan Great Britain, dan pemegang pas boleh memilih daripada lebih 18,000 masa berlepas harian ke lebih 2,500 destinasi. Dan bagi mereka yang tertawan dengan Bandar England yang meriah dan kawasan pinggir bandarnya yang indah, Pas England  BritRail adalah yang paling sesuai. Juga, baru diperkenalkan untuk Diskaun Musim Lengang BritRail tahun ini, Pas Barat Daya BritRail meliputi perjalanan dari London, melalui bukit-bukau saujana mata memandang di Cotswolds, sepanjang pesisiran pantai Cornwall dan Devon yang menggamit hati, sehingga ke hentian popular di Wales.

Pas BritRail sedia dalam pelbagai kesahihan, termasuk Pas Fleksi yang sah untuk 3 ke 15 hari perjalanan dan digunakan dalam masa 2 bulan atau Pas Berturutan yang sah untuk tempoh perjalanan mulai 3 hari ke 1 bulan. Memandangkan semua ini ditawarkan dalam Kelas Pertama atau Standard, mereka yang memilih pengalaman Kelas Pertama akan menikmati faedah tambahan pada kereta api terpilih seperti Wi-Fi percuma, tempat duduk lebih luas, perkhidmatan sajian makanan di tempat duduk, surat khabar percuma dan teh serta biskut percuma.

Dengan Pas BritRail, para pengembara akan sedar bahawa ia memang meliputi segala-galanya. Mereka boleh menaiki dan menuruni apa-apa kereta api sesuka hati mereka dan mengikut jadual mereka sendiri yang fleksibel. Pas BritRail juga meliputi perjalanan dengan kereta api Ekspres Lapangan Terbang, cara paling mudah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dari lapangan terbang ke pusat bandar London. Pemegang pas boleh menikmati semua ini dan lebih lagi; termasuklah pemandangan menakjubkan!

Rebut peluang untuk Diskaun Musim Lengang BritRail dengan menempah Pas BritRail, Pas England BritRail atau Pas Barat Daya BritRail melalui http://www.ACPRail.com atau http://www.BritRail.com atau dengan menghubungi 1 866 938-RAIL (Amerika Utara) sebelum 15 Februari 2014. Anda perlu ingat untuk membelinya sebelum menaiki penerbangan kerana Pas BritRail tidak boleh dibeli di Britain.

ACP Rail International ialah pengedar BritRail global yang eksklusif serta peneraju dunia yang terkenal dalam pemasaran dan pengedaran produk landasan Antarabangsa kepada ejen pelancongan, para pengendali jelajah dan pengguna. Jika anda ejen pelancongan yang berminat untuk menempah pas landasan, tiket, tempahan tempat duduk, jelajah dan tarikan untuk klien anda, sila lawati http://www.agent.acprail.com atau hubungi sales@acprail.com untuk maklumat lanjut.

Hubungan Media: Angela Guezen, Pegawai Hubungan Akhbar publicrelations@acprail.com

Sumber: ACP Rail International

Source: ACP Rail International
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel