omniture

Vazyme diniagakan secara terbuka di Shanghai Stock Exchange hari ini

Vazyme
2021-11-16 11:59 232

NANJING, China, 16 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada 15 November 2021, Nanjing Vazyme Biotech Co., Ltd. (Vazyme) diniagakan secara terbuka di STAR MARKET Shanghai Stock Exchange di bawah kod saham 688105.

Vazyme goes public on Shanghai Stock Exchange today
Vazyme goes public on Shanghai Stock Exchange today

Ditubuhkan di Nanjing pada tahun 2012, Vazyme membangunkan teknologi dan produk yang berkaitan dengan protein fungsian termasuk enzim, antigen dan antibodi serta bahan polimer organik. Dengan bergantung pada platform teknologi generik kritikal proprietarinya, syarikat ini telah menceburi bidang perniagaan secara berturut-turut termasuk kajian biologi, diagnosis in vitro dan bioperubatan. Vazyme ialah salah satu daripada segelintir syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif dengan keupayaan pembangunan teknologi huluan yang bebas mahupun terkawal serta pembuatan produk akhir di China. Syarikat ini memiliki lebih daripada 200 jenis rekombinasi kejuruteraan genetik dan 1,000 jenis antigen berprestasi tinggi dan antibodi monoklon. Selain itu, Vazyme mempunyai lebih 500 produk akhir mempunyai aplikasi yang luas dalam kajian saintifik, penjujukan pemprosesan tinggi, diagnosis in vitro, farmaseutikal dan pembangunan vaksin serta kuarantin haiwan, antara bidang-bidang lain.

Disokong oleh pengalaman selama bertahun-tahun dalam segmen reagen biologi molekul, Vazyme mempunyai keupayaan R&D dan lelaran produk yang kukuh, sistem teknikal yang disempurnakan dan rangkaian pemasaran yang mantap. Memandang ke hadapan, syarikat yang disenaraikan secara terbuka ini merancang untuk mempercepatkan hala tujunya demi kehadiran yang diperluas dalam pasaran global, dengan jangkaan untuk menyumbang kepada pembangunan sektor bioteknologi dunia secara berterusan.

Di majlis yang meraikan kejayaan firma ini berhubung penyenaraian di Shanghai Stock Exchange, pengerusi dan pengasas Vazyme Cao Lin berkata, "Penyenaraian hari ini adalah sangat penting untuk Vazyme. Kami telah berusaha untuk mendapatkan penyenaraian ini selama hampir 10 tahun dan dalam tempoh ini kami telah berusaha sedaya upaya dan menempuh segala bentuk kepayahan. Vazyme akan mematuhi setiap satu keperluan dengan ketat dan peraturan untuk syarikat yang disenaraikan, tekal meningkatkan pengurusan kami, berkomunikasi dengan kerap bersama pelabur dan mengekalkan ketelusan syarikat kami sebagai sebahagian daripada misi kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan pemegang kepentingan melalui pertumbuhan yang berterusan dan prestasi yang lebih baik."

Vazyme diniagakan secara terbuka di Shanghai Stock Exchange hari ini

Source: Vazyme
Related Stocks:
Shanghai:688105 Shanghai:688105.SS
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Offerings