omniture

Sidang Kemuncak Minyak & Gas Global Huawei: Penyelesaian Medan Minyak & Gas Pintar

Huawei
2021-11-17 21:58 141

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada 14 November, Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Minyak & Gas Global 2021 di Abu Dhabi yang bertema "Memacu Data ke Tong, Menerima Kecerdasan untuk Berkembang" ("Drive Data to Barrel, Embrace Intelligence to Grow"). Di sidang kemuncak ini, Huawei melancarkan satu penyelesaian baharu – Medan Minyak & Gas Pintar (Intelligent Oil & Gas Fields) – direka bentuk untuk membantu perusahaan minyak dan gas beralih kepada digital. Penyelesaian ini meliputi beberapa aspek pendigitalan termasuk keselamatan kampus, pemeriksaan pengeluaran dan penyelenggaraan prediktif. Menggunakan data dan teknologi kecerdasan, Huawei melanjutkan transformasi digital dan pembangunan pintar dalam seluruh industri ini.

Dunia bersetuju bahawa transformasi tenaga dan digital penting demi masa depan planet ini. Lv Gongxun, Bekas Naib Presiden PetroChina, CNPC, menyatakan bahawa transformasi digital dalam industri minyak dan gas akan membawakan perkhidmatan inovatif, model perniagaan dan model pengurusan kepada industri ini.

Keneutralan karbon menandakan cabaran mahupun peluang baharu untuk industri tenaga global. Dalam ucapan pembukaan beliau, Robin (Yongping) Lu, Naib Presiden Eksekutif Unit Perniagaan Tenaga Global Huawei Enterprise BG mengetengahkan kepentingan mengintegrasikan transformasi tenaga dan digital bagi mencapai keneutralan karbon. Untuk berbuat demikian, industri-industri tenaga dan teknologi perlu berkolaborasi, memperkukuh kekuatan satu sama lain dan meneroka pelbagai senario industri.

Robin (Yongping) Lu, Naib Presiden Eksekutif Unit Perniagaan Tenaga Global Huawei Enterprise BG
Robin (Yongping) Lu, Naib Presiden Eksekutif Unit Perniagaan Tenaga Global Huawei Enterprise BG

Huawei melancarkan penyelesaian Medan Minyak & Gas Pintar untuk membantu industri minyak dan gas menangani cabaran.

Di sidang kemuncak ini, Huawei dan G2K Group melancarkan penyelesaian Medan Minyak & Gas Pintar, dibentangkan oleh Robin (Yongping) Lu dan Christen Bear, Pengarah Urusan, Ketua Serantau GCC di G2K Group. Seni bina penyelesaian ini terdiri daripada empat lapisan: terminal industri, rangkaian IoT, platform digital dan aplikasi pintar.

Penyelesaian ini bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat minyak dan gas menghadapi risiko dan kos, menangani silo data serta bertindak balas dengan pantas terhadap kecemasan dan membina sistem keselamatan maklumat yang teguh. Berdasarkan kepada seni bina penyelesaian ini, Huawei akan terus meningkatkan platform digital dan aplikasi perkhidmatan pengeluaran, melaksanakan saling sambung data melalui IoT dan memacu transformasi pengurusan mendatar. Huawei memfokuskan kepada keperluan keselamatan dan kecekapan, membantu meningkatkan simpanan dan pengeluaran, meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan emisi karbon serta menjamin keselamatan operasi.

Penyelesaian semua-senario minyak dan gas Huawei memfokuskan kepada kerjasama semua bidang dalam industri. 

Di sidang kemuncak ini, Huawei turut mendemonstrasikan penyelesaian semua-senario dan keupayaan teknikalnya dalam penerokaan, pembangunan dan pengeluaran huluan, pengurusan aset saluran paip semasa serta penapisan hiliran dan jualan bahan kimia.

Penerapan secara meluas teknologi-teknologi seperti pengkomputeran awan, data raya, AI dan 5G menjadikannya lebih mudah untuk menemui nilai data berpotensi, meningkatkan kecekapan E2E syarikat-syarikat minyak dalam penerokaan, pembangunan, pengeluaran, penyimpanan, pengangkutan, penapisan dan penjualan minyak. Wu Shuhong, Setiausaha CNPC AI Research Center dan Deng Xili, Ketua Prinsip, G&G (RCM), CNPC RIPED, berkongsi bagaiman penyelesaian E&P pintar Huawei menggunakan awan, AI dan data raya untuk memproses data seismik dengan cepat dan tepat, mengenal pasti simpanan minyak dan gas serta mendiagnosis keadaan kerja telaga pam. Kami dapat meneroka lebih nilai daripada "data senyap" dan "data tidak berguna".

Dalam masa yang sama, penghijrahan perkhidmatan misi kritikal ke awan membantu menyelesaikan masalah khusus yang biasa, seperti respons perlahan, kos tinggi dan kecekapan rendah dalam infrastruktur medan minyak dan gas. Zhang Tiegang, Bekas Timbalan Ketua Jurutera Exploration and Development Research Institute of Daqing Oilfield, menjelaskan mengenai kelebihan penyelesaian Medan Minyak & Gas Pintar dalam senario kehidupan sebenar. Menggunakan keupayaan pengkomputeran awan Huawei, Daqing Oilfield memproses lebih 22,000 kilometer persegi data seismik pada tahun 2020 iaitu lebih dua kali ganda daripada keupayaan pemprosesan data asal.

Huawei membina ekosistem terbuka dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mencipta lebih nilai.

Kolaborasi merupakan kunci untuk memperluaskan penyelesaian Huawei. Huawei menaik taraf sistem rakan kongsinya dan bekerjasama dengan jenis rakan kongsi yang berbeza. David (Zhengyu) Shi, Presiden Enterprise Business Group di Huawei Timur Tengah menyatakan mengenai kepentingan usaha bersama oleh pelanggan, rakan kongsi dan Huawei untuk menggalakkan inovasi. Untuk tujuan ini, Huawei telah membina sistem perkhidmatan perkongsian untuk menyokong transformasi digital E2E dan membangunkan penyelesaian yang inovatif.

Sementara itu, Christen Bear berkongsi pengalaman G2K Group bekerjasama dengan Huawei. Beliau menunjukkan penyelesaian inovatif yang telah dibangunkan oleh kedua-dua syarikat ini setakat ini dan menyatakan bahawa akan adanya lebih banyak peluang untuk bekerjasama pada masa akan datang, tatkala mereka terus membawa keterhubungan dan kecerdasan kepada pelanggan dan memimpin standard yang baharu untuk transformasi digital.

Sebagai penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur ICT dan peranti pintar, Huawei menyediakan produk perkakasan berprestasi terkemuka untuk membantu syarikat-syarikat minyak dan gas membangunkan rangkaian dan pusat data yang tangkas dan andal. Pada masa akan datang, Huawei akan terus memfokuskan kepada industri minyak dan gas, menggabungkan keupayaan rakan kongsi, membangunkan lagi penyelesaian berasaskan senario dan bekerjasama dengan pelanggan untuk mencipta nilai baharu bersama-sama.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Trade show news