omniture

Shangri-La Perkenal Kempen #WithHeart Raikan 50 Tahun Berkembang dengan Asia

Kempen bermula dengan siri filem pendek baharu yang meragakan generasi baharu perintis Asia
Shangri-La Group
2021-11-18 21:21 262

HONG KONG, 18 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada tahun 1971, Shangri-La Hotel yang pertama membuka pintunya di Singapura, menyambut tetamu, seperti keluarga. Sejak itu, perjalanan Shangri-La telah mencerminkan perkembangan pesat Asia. Ketika Shangri-La menyambut ulang tahun yang ke-50, mereka meraikan ikatan bersama rantau Asia dengan kempen #WithHeart baharu. Mereka ingin memberi penghargaan kepada semangat dan nilai yang telah memacu evolusi Shangri-La dan kebangkitan Asia melalui kisah-kisah mereka yang telah menghidupkan transformasi ini.

Kempen ini menghidupkan kepentingan nilai "keikhlasan sepenuh hati" terhadap segala usaha mereka. Siri filem pendek ini, ditayangkan pada 19 November 2021 akan menceritakan kisah-kisah pencipta budaya Asia yang muda dengan penuh semangat. Kempen ini akan turut melibatkan pencarian kisah-kisah #WithHeart melalui media sosial dan akan berlanjutan hingga tahun 2022 menerusi kolaborasi dan pengalaman ramai.

"Ketika kami renung kembali tempoh 50 tahun membawakan ciri terbaik daripada Asia kepada dunia melalui layanan mesra kami, kami ingin mempersembahkan cerita-cerita yang merangkumi nilai tradisi, hasil kraftangan dan semangat rantau yang kami diami ini," kata Hui Kuok, Pengerusi Shangri-La Group. "Asia telah melalui transformasi yang luar biasa, memperbaharui keadaannya dengan kemajuan ekonomi, budaya dan teknologi yang tiada tandingan serta semangat perintis yang kami kongsi bersama. Shangri-La berbangga dapat menyokong perkembangan ini. Tatkala kami menyambut ulang tahun kami, kami ingin menghidupkan cerita-cerita ini dan apa yang telah menjadikan Asia seperti hari ini. Kami bukan sekadar meraikan zaman silam kami, tetapi memandang ke hadapan tatkala memulakan lembaran baharu kami."

Siri Filem Pendek "From Asia with Heart"

  • Kenneth Cobonpue, Pereka Perabot: Pereka dan pemenang anugerah terkenal yang telah mengintegrasikan alam semula jadi, kraf tradisional dan teknologi inovatif, perabot rumah Kenneth menunjukkan penghargaan beliau kepada alam sekitar dan pulau-pulau Filipina, di mana beliau membesar.
  • DeAille Tam, Cef: Dinamakan sebagai Chef Wanita Terbaik Asia oleh Asia's 50 Best Restaurants, beliau terkenal dengan hidangan masakan berdaya cipta yang menggabungkan rasa tradisional Cina dengan perspektif masakan Barat.
  • Xiong Liang, Ilustrator: Sebagai ilustrator Cina pertama yang disenarai pendek untuk Hans Christian Andersen Award, beliau menumpukan perhatian untuk mencipta semula cerita rakyat Cina melalui buku bergambar yang memperkenalkan budaya Cina kepada kanak-kanak.
  • Red Hong Yi, Artis Pemasangan: Seorang siswazah jurusan seni bina yang mengikuti minat kreatif beliau untuk menjadi seorang artis pemasangan, beliau menghasilkan karya agung dengan bahan-bahan yang tidak dijangkakan sambil membangkitkan sentimen budaya unik yang memberi penghormatan kepada warisan beliau sebagai keturunan Cina-Malaysia.
  • Haochen Zhang, Pemain Piano: Pemain piano yang terkenal di dunia, beliau membawakan tema Asia yang berwarna-warni kepada persembahan konserto piano beliau yang mengagumkan di seluruh Asia dan juga dunia.
  • Huishan Zhang, Pereka Fesyen: Terkenal dengan pendekatan unik beliau yang menggabungkan warisan Asia dan pengaruh Barat dalam rekaan, beliau dinamakan oleh Business of Fashion 500 sebagai salah seorang individu berpengaruh utama dalam industri fesyen global.

Ini merupakan beberapa kisah sepenuh hati Asia yang diceritakan dalam siri filem pendek "From Asia with Heart" baharu daripada Shangri-La, koleksi enam episod yang dilancarkan sehingga Januari 2022.

Treler tersebut kini disediakan di www.shangri-la.com/50years. Di laman web ini, pengunjung juga akan menemui kisah yang memberi inspirasi, perspektif dan pandangan jauh mengenai trend industri yang berbeza daripada lebih ramai penginovasi, usahawan dan individu berwawasan Asia yang melakukan semua perkara secara sepenuh hati. Versi penuh filem pendek ini akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang.

Bagi meraikan kisah-kisah dari seluruh dunia, Shangri-La turut memberi ganjaran kepada mereka yang berkongsi kisah-kisah #WithHeart mereka di media sosial. Bermula pada 22 November di Instagram, Shangri-La menjemput orang ramai untuk berkongsi apa yang mereka lakukan "dengan sepenuh hati" untuk peluang mengembangkan minat mereka lebih jauh lagi dan memenangi hadiah Shangri-La yang eksklusif. Untuk menyertai pertandingan ini, orang ramai harus mengikuti @shangrilahotels dan menyiarkan kisah mereka, tag Shangri-La dan gunakan kata penutup "From _____ #withheart", mengisi tempat kosong dengan nama atau nama akaun mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #WithHeart atau untuk tonton siri filem pendek dan dengar daripada pencipta budaya lain yang bersemangat, kunjungi www.shangri-la.com/50years. Di media sosial, ikuti Shangri-La di @shangrilahotels (Instagram) dan @shangrila (Facebook).

Sila muat turun foto beresolusi tinggi melalui pautan ini.

Source: Shangri-La Group
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Hotels and Resorts Travel Trade show news