omniture

MILKLAB Lancar Susu Oat di Malaysia Untuk Berikan Peminat Kopi dengan Pilihan Susu Lazat dan Sihat

MILKLAB
2021-11-18 22:22 123

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 November 2021 /PRNewswire/ -- Susu barista yang paling popular di Australia untuk membuat kopi telah menambah susu Oat dalam tawarannya. Susu Oat MILKLAB kini boleh didapati di Malaysia melalui kafe terpilih yang mengambil bahagian dan outlet perkhidmatan makanan.


Susu Oat MILKLAB adalah serba guna untuk digunakan dalam minuman panas mahupun sejuk dan merupakan alternatif berkrim baharu kepada susu tenusu dengan 100 peratus oat Australia, berserta rasa dalam mulut yang diperkaya dan berkrim serta tekstur yang serupa dengan tenusu penuh krim bagi menghasilkan kopi yang sempurna.

Kaya dengan rasa manis semula jadi dan halus yang melengkapkan rasa kopi espreso, susu oat merupakan minuman berasaskan tumbuhan yang berkembang paling pantas dan telah berkembang sebanyak lebih daripada 400 peratus sejak tahun 2017, menurut Laporan Café 2025.

Pasukan MILKLAB meluangkan masa selama dua tahun bekerjasama dengan beberapa ahli profesional kopi yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu Oat untuk dicampurkan secara sempurna dengan kopi espreso.

"Jenama MILKLAB bersinonim dengan pelbagai penyelesaian tawaran susu yang bukan sahaja sesuai dengan pelbagai citarasa dan keperluan pemakanan, tetapi turut menumpukan perhatian kepada bilangan pengguna yang semakin meningkat di seluruh dunia yang ingin beralih daripada tenusu biasa kepada susu berasaskan tumbuhan," kata Peter Brown, Pengarah Serantau, China, Asia Tenggara dan Timur Tengah, Freedom Foods Group, pemilik jenama MILKLAB. "Kami amat teruja menambah tawaran susu Oat baharu kami kepada koleksi kami hari ini yang mana kami telah menghabiskan masa selama dua tahun dalam pembangunan dan kami bangga dapat melancarkan produk luar biasa yang telah dibangunkan dengan kerjasama industri ini, untuk industri ini."

"Saya yakin bahawa barista, penjual semula dan pengedar, pemilik perniagaan kopi dan pakar selain penggemar kopi yang 'ingin tahu mengenai tumbuhan' yang kini minum produk tenusu dan susu berasaskan tumbuhan lain dengan kopi mereka akan berasa gembira untuk menikmati susu Oat MILKLAB atas rasanya yang luar biasa sambil meraih manfaat kesihatannya," tambah Brown.

Menurut panel penyelidikan bebas, susu Oat MILKLAB dapat mengatasi peneraju pasaran semasa bagi rasa dan penghargaan keseluruhan.

Memperkenalkan Program Insentif Pengguna MILKLAB Life & Coffee

Detik istimewa dalam kehidupan sering berlaku antara rakan-rakan dan yang tersayang, biasanya dengan secawan café latte kegemaran. Rakan-rakan wanita berjumpa di kafe kegemaran mereka, dua pasangan bercinta keluar bertemu janji yang pertama sambil menikmati kopi atau ulat buku menikmati novel baharu mereka dengan secawan moka.

Menikmati secawan kopi yang enak merupakan bahagian penting dalam kehidupan kita hari ini. Untuk peminat kopi yang mempunyai citarasa yang lebih arif, ia amat penting untuk mempunyai susu yang berkualiti baik untuk melengkapkan kopi dan meningkatkan rasa. Peminat kopi yang peka terhadap kesihatan dan mengutamakan makanan yang sihat akan dapat menikmati susu Oat MILKLAB berasaskan tumbuhan yang lazat bersama kopi mereka, kini tersedia di seluruh Malaysia.

MILKLAB Life & Coffee menggabungkan detik istimewa kehidupan dan minat terhadap kopi bersama pelancaran Oat MILKLAB di Malaysia. Pelari, penunggang basikal, mereka yang keluar bersenam atau berjalan-jalan boleh mengikuti arahan di https://milklabco.com/life-and-coffee/campaign-info/ untuk menebus peningkatan MILKLAB Life & Coffee PERCUMA mereka yang boleh didapati daripada kafe terdekat yang turut serta. Cari di Café Hopping Trail di Google Maps untuk mendapatkan lokasi kafe terdekat yang turut serta daripada https://milklabco.com/life-and-coffee/cafe-hopping-trails/.

Persatuan Kopi Istimewa Malaysia – Digital Latte Art Throwdown 2021

Digital Latte Art Throwdown dirancang untuk mewujudkan platform yang menyeronokkan dan menghiburkan untuk barista menunjukkan kemahiran seni latte mereka, melukis corak dengan buih susu pada permukaan kopi. Peserta-peserta dinilai mengikut kreativiti, teknik, atribut visual, kontras di corak dan prestasi keseluruhan mereka oleh para pengadil profesional serta ahli penonton yang dijemput untuk menjadi pengadil jemputan. Bermula daripada peringkat separuh akhir hingga pertandingan akhir: hanya yang terbaik akan menjadi juara!

MILKLAB sangat bangga dapat menjadi penaja utama Digital Latte Art Throwdown 2021. Pesaing-pesaing hanya akan menggunakan Oat MILKLAB untuk bersaing, menunjukkan prestasi tinggi Oat MILKLAB dalam reka bentuk seni latte kerana ia berfungsi sama seperti tenusu dengan menghasilkan kontras yang mantap, buih mikro halus dan kestabilan yang teguh.

Source: MILKLAB
Keywords: Beverages Non-Alcoholic Beverages Restaurants Retail New products/services