omniture

Datawatch Memeterai Pemerolehan Panopticon

Datawatch Corporation
2013-08-29 23:17 158

-- Pemerolehan ini Memberikan Pelanggan Datawatch Penemuan Data Visual Masa Sebenar Daripada Kepelbagaian Sumber Data Paling Besar

CHELMSFORD, Massachusetts, 29 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH), penyedia global yang meneraju untuk penyelesaian pengoptimuman maklumat, hari ini memeterai pemerolehannya untuk Panopticon Software AB, syarikat pegangan swasta yang berpusat di Stockholm, Sweden dan merupakan peneraju industri dalam penyelesaian penemuan data visual masa sebenar. Bekas pemegang saham Panopticon akan menerima saham Datawatch yang mewakili sehingga 23.6% daripada jumlah saham Datawatch yang diterbitkan berikutan pemeteraian urus niaga itu, ditetapkan berdasarkan penyelarasan. Kini Panopticon ialah subsidiari terus milikan penuh Datawatch.

(Logo:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20121015/NE92833LOGO )

"Kombinasi Datawatch/Panopticon ialah padanan yang sesuai daripada segi strategi dan budaya," kata Michael A. Morrison, presiden dan ketua pegawai eksekutif Datawatch. "Membawa bersama peneraju dalam pengoptimuman maklumat dan penemuan data visual masa sebenar akan memperkasakan pelanggan kami bagi mengoptimumkan nilai apa-apa data sekalipun, dan kini boleh melakukannya pada kepantasan mereka menjalankan perniagaan mereka – walaupun pada masa sebenar.

"Kami membawa bersama dua pasukan yang berkongsi semangat yang sama untuk inovasi dan komitmen untuk kejayaan pelanggan. Kami telah menambah lagi 25 orang lama industri kepada pasukan Datawatch yang sudah sedia kukuh – dan ini memperkuatkan lagi kedudukan kami sebagai pakar dalam memberikan nilai perniagaan transformatif kepada pelanggan kami."

Pemerolehan Panopticon menambah lagi kepada kekuatan terbukti untuk Datawatch Enterprise Server dan Datawatch Monarch Professional. Panopticon melanjutkan penyelesaian Datawatch bagi menangani keperluan merata pengguna perniagaan bagi memahami dan mengekstrak nilai daripada data mereka melalui pengalaman penemuan data visual beraneka. Dengan Panopticon, pelanggan akan mendapat penyelesaian layan diri yang kukuh bagi menerokai, menemui dan menggambarkan pelbagai data dalam masa sebenar.

Panopticon ialah peneraju penemuan data visual untuk teknologi masa sebenarnya yang inovatif. Penyelesaian dalam memori berkelajuan tinggi syarikat itu mempunyai prestasi terbukti dalam pasaran modal, telekomunikasi, tenaga dan industri lain yang bergantung pada penemuan visual masa sebenar dan analisis data. Panopticon juga telah diiktiraf oleh industri dan organisasi penganalisis sebagai peneraju teknikal dan pemikiran dalam pasaran, termasuklah diiktiraf sebagai "Vendor Hebat" baru-baru ini dalam laporan Vendor Hebat bagi Pengkomputeran Dalam Memori 2013 oleh Gartner, Inc.

TENTANG DATAWATCH CORPORATION
Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) ialah peneraju dalam menyediakan produk dan penyelesaian pengoptimuman maklumat yang membenarkan organisasi memberikan kepelbagaian data seluas mungkin ke dalam aplikasi data besar dan analisis data mereka. Datawatch memberikan organisasi kebolehan untuk menyepadukan sumber berstruktur, tidak berstruktur dan separa berstruktur seperti laporan, fail PDF dan aliran EDI ke dalam aplikasi ini untuk menyediakan perspektif 360 darjah bagi isu dan peluang yang wujud dalam perniagaan mereka. Lebih 40,000 organisasi seluruh dunia menggunakan produk dan perkhidmatan Datawatch, termasuk 99 syarikat daripada senarai syarikat Fortune 100, dan setiap jenis perniagaan boleh memanfaatkan kuasa dan fleksibiliti penyelesaian Datawatch yang menerajui industri. Datawatch beribu pejabat di Chelmsford, Massachusetts dengan pejabat di London, Munich, Singapura, Sydney dan Manila, dan dengan rakan kongsi dan pelanggan dalam lebih 100 negara seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.datawatch.com.

Kenyataan Selamat di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995
Sebarang kenyataan yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang tidak menggambarkan fakta bersejarah boleh dianggap sebagai kenyataan ramalan seperti yang digambarkan istilah itu dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Sebarang kenyataan seperti itu, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan yang terhasil daripada operasi, yang terkandung dalam ini adalah berdasarkan jangkaan semasa, tetapi tertakluk kepada sebilangan risiko dan ketidakpastian yang mungkin akan menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada jangkaan. Faktor yang mungkin boleh menyebabkan keputusan masa hadapan berbeza daripada jangkaan semasa termasuk yang berikut: risiko yang berkaitan dengan ekonomi global yang lemah berterusan; risiko yang berkaitan dengan turun naik hasil operasi suku tahun yang berlaku akibat, antara sebab-sebabnya, saiz dan masa pesanan pelanggan yang banyak; risiko yang berkaitan dengan pemerolehan, termasuk pemerolehan harta intelek baru-baru ini daripada Math Strategies dan pemerolehan Panopticon; ketidakstabilan harga saham Datawatch; batasan terhadap keberkesanan kawalan dalaman; perubahan teknologi pantas; kebergantungan Datawatch terhadap pengenalan produk-produk baharu dan penangguhan yang mungkin berlaku untuk pengenalan itu; persaingan dalam industri perisian secara keseluruhannya, dan secara khususnya dalam pasaran pengoptimuman maklumat; kebergantungan Datawatch terhadap produk-produk utamanya, teknologi perisian yang dimiliki mereka dan perisian yang dilesenkan daripada pihak ketiga; risiko yang berkaitan dengan jualan dan operasi antarabangsa; risiko yang berkaitan dengan saluran pengedaran tidak langsung; kecukupan simpanan pulangan jualan Datawatch; risiko yang berkaitan dengan model jualan langganan; kebergantungan Datawatch terhadap kemampuannya untuk menggajikan dan mengekalkan kakitangan yang berkemahiran; gangguan atau kegagalan sistem teknologi Datawatch yang mungkin terjadi akibat bencana alam, serangan siber atau malapetaka lain; dan ketidakpastian serta kos tambahan yang mungkin terjadi akibat kawal selia pentadbiran korporat yang berubah serta pendedahan umum. Maklumat lanjut tentang faktor yang mungkin boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada keputusan yang dijangkakan diperincikan dalam pelbagai dokumen yang tersedia untuk orang ramai, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pemfailan yang dibuat oleh Datawatch dari masa ke masa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang muncul dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 30 September 2012, Borang 10-Q untuk suku-suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2012, 31 Mac 2013 dan 30 Jun 2013, dan Kenyataan Proksi Muktamad pada Jadual 14A yang difailkan dengan SEC pada 5 Ogos 2013. Sebarang kenyataan ramalan patut dipertimbangkan berdasarkan faktor-faktor itu.

Hubungan Pelabur:
Perhubungan Pelabur Datawatch  
investor@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8323

Hubungan Media:
Sarah Bernardi
Datawatch Corporation
Sarah_Bernardi@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8387
Twitter: @datawatch

© 2013 Datawatch Corporation. Datawatch, Monarch dan logo mereka masing-masing ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar Datawatch Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua nama lain ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar syarikat mereka masing-masing.

Source: Datawatch Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:DWCH
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers