omniture

XJTLU Mengalu-alukan Ketibaan Tahun Akademik Baharu untuk Pendidikan Sino-British di China.

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2013-08-30 12:34 181

SUZHOU, China, 30 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Majlis Pembukaan Rasmi untuk Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU) telah diadakan pada 25 Ogos. Acara itu menandakan tamatnya pendaftaran pelajar siswazah dengan lebih 2200 pelajar domestik baharu tiba di kampus hujung minggu lepas, serta lebih 80 pelajar dari 27 negara berbeza, tepat pada masanya sebelum sesi pembelajaran bermula pada 2 September.

155 orang daripada pelajar pengambilan tahun ini telah dianugerahkan biasiswa berprestij berjumlah hampir 7 juta RMB ($1.1 juta).

Majlis itu ialah peluang bagi pelajar dan ibu bapa berkumpul bersama dan mendengar ucapan tahniah serta kata alu-aluan daripada kakitangan, alumni, dan Presiden Eksekutif Universiti itu, Profesor Youmin Xi.

Dalam ucapan beliau, beliau berkata: "XJTLU ialah universiti antarabangsa baharu yang diwujudkan dalam satu zaman yang memerlukan pencerminan pendidikan tinggi dan pembentukan semula universiti" sambil menambah seluruh universiti itu "komited untuk menghasilkan rakyat global dengan persepsi dan daya saing antarabangsa."

Beliau meyakinkan pelajar baharu yang "anda akan mendapat sumber yang banyak, pengalaman inovasi berbilang budaya, dan lebih penting lagi, semangat untuk menerokai dan membina impian anda."

Seorang bekas pelajar yang berucap kepada pengunjung memuji "pengantarabangsaan" Universiti itu serta "persekitaran kosmopolitannya", dan menekankan ini sebagai sebab untuk memilih untuk belajar di XJTLU.

Acara itu ditamatkan dengan sesi soal jawab umum apabila para pelajar dan ibu bapa mendapat peluang keemasan untuk mengajukan soalan mereka kepada pengurusan kanan XJTLU di hadapan ribuan pengunjung.

Tentang XJTLU:

Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool ialah universiti antarabangsa yang ditubuhkan bersama oleh institusi yang meneraju dari China dan UK. Sebagai usaha niaga Sino-British bebas, XJTLU ialah perintis bidang pendidikan tinggi di tanah besar China. Kampus itu terletak di bandar Warisan Dunia Suzhou di kawasan pinggir laut Timur China, yang mempunyai ketumpatan KDNK keempat terbesar di China, dan menawarkan persekitaran unik untuk belajar, hidup dan berjaya. Di samping pelajar dan kakitangan tempatan kami, XJTLU sedang pantas membangunkan imej kosmopolitannya dan potensi akademik globalnya dengan menarik kehadiran pelajar dan pensyarah dari seluruh dunia.

Dapatkan laporan penuh dan lebih banyak lagi daripada Meja Berita XJTLU kami.

Ikuti kami:

facebook.com/xjtlu
weibo.com/xjtlu
twitter.com/xjtlu
linkedin.com/company/xi'an-jiaotong-liverpool-university

SUMBER: Xi'an Jiaotong-Liverpool University

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education