omniture

Resverlogix Mengumumkan Panggilan Persidangan & Siar Web Kemas Kini Korporat

Resverlogix Corp.
2013-08-30 13:45 132

-- Simbol Bursa TSX: RVX

CALGARY, Alberta, 30 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Resverlogix Corp. (TSX:RVX) hari ini mengumumkan mereka akan mengadakan panggilan persidangan dan siar web kemas kini korporat dengan sesi soal jawab pada 3 September pukul 11 pagi MDT.

Butiran panggilan persidangan dan siar web itu adalah seperti berikut:

Pautan untuk siar web: http://services.choruscall.ca/links/resverlogix130905.html

Nombor untuk didail:

Nombor Bebas Tol untuk Didail di Kanada dan AS: 1-800-319-4610
Untuk di luar Kanada dan AS, dail: +1-604-638-5340

Tentang RVX-208

RVX-208 ialah molekul kecil pertama seumpamanya yang menyekat bromodomain BET. RVX-208 berfungsi dengan mengeluarkan plak aterosklerosis melalui pengangkut kolesterol terbalik (RCT), proses semula jadi untuk plak aterosklerosis diangkut keluar dari arteri dan dikeluarkan dari tubuh oleh hati. RVX-208 meningkatkan penghasilan Apolipoprotein A-I (ApoA-I), blok binaan penting untuk partikel lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) berfungsi dan jenis lipoprotein yang diperlukan untuk RCT. Partikel HDL berfungsi dan baharu dihasilkan ini pipih dan kosong dan berkesan untuk mengeluarkan plak dan menstabilkan atau menerbalikkan penyakit aterosklerosis. ApoA-I juga boleh menghasilkan kesan berfaedah untuk penyakit Alzheimer dan Diabetes Mellitus.

Tentang Resverlogix

Resverlogix Corp. (TSX:RVX) ialah syarikat bioteknologi peringkat klinikal yang membangunkan sebatian melibatkan penghasilan ApoA-I. RVX-208 ialah molekul kecil pertama seumpamanya yang dibangunkan bagi rawatan penyakit seperti aterosklerosis, Diabetes Mellitus dan penyakit Alzheimer. RVX-208 ialah perencat bromodomain BET pertama dalam ujian klinikal. Saham biasa Resverlogix didagangkan di Bursa Saham Toronto (TSX: RVX). Untuk maklumat lanjut sila lawati www.resverlogix.com. Kami juga boleh diikuti melalui blog kami di http://www.resverlogix.com/blog.

Siaran berita ini mungkin mengandungi beberapa maklumat ramalan seperti yang ditakrifkan di bawah legislasi sekuriti Kanada yang tertakluk, yang tidak berdasarkan fakta sejarah, termasuk tanpa had beberapa kenyataan yang mengandungi perkataan "percaya", "menduga", "merancang", "berniat", "akan", "patut", "menjangka", "terus", "menganggar", "meramal" dan perkataan lain yang mirip. Secara khususnya, siaran berita ini termasuklah kenyataan ramalan yang berkaitan dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta peranan berpotensi RVX-208 bagi rawatan penyakit seperti aterosklerosis, Diabetes Mellitus dan penyakit Alzheimer. Keputusan sebenar kami, kejadian atau pembangunan mungkin boleh jadi berbeza daripada yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan ramalan ini. Kami tidak memberi jaminan yang apa-apa kejadian atau jangkaan ini akan berlaku atau menjadi kenyataan. Berdasarkan sifatnya, kenyataan ramalan tertakluk kepada banyak andaian dan faktor risiko termasuk yang dibincangkan dalam Borang Maklumat Tahunan kami dan MD&A terkini yang dimasukkan di dalam ini sebagai rujukan dan boleh didapati melalui SEDAR di www.sedar.com. Kenyataan ramalan yang terkandung dalam siaran berita ini jelas tertakluk kepada kenyataan amaran ini dan berkuat kuasa mulai tarikh tersebut. Syarikat itu menafikan sebarang niat dan tiada kewajipan atau tanggungjawab, kecuali seperti yang diwajibkan oleh undang-undang, untuk mengemas kini atau menyemak sebarang kenyataan ramalan, sama ada terhasil daripada maklumat baharu, kejadian masa hadapan atau sebaliknya.

Orang Hubungan Syarikat:






















Donald J. McCaffrey
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Resverlogix Corp.
Telefon: +1-403-254-9252
Emel: don@resverlogix.com










Kenneth Lebioda
Timbalan Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan & Korporat
Resverlogix Corp.
Telefon: +1-403-254-9252
Emel: ken@resverlogix.com

 

(RVX.) 











Source: Resverlogix Corp.
Related Stocks:
Toronto:RVX
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Conference call announcements