omniture

Walt MacDonald Dilantik Sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Seterusnya untuk Educational Testing Service

Educational Testing Service
2013-08-31 01:58 137

- MacDonald Bakal Menggantikan Kurt Landgraf pada 1 Januari 2014 untuk Menjadi Presiden ETS Ke-6

PRINCETON, New Jersey, 30 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Lembaga Pemegang Amanah Educational Testing Service (ETS) hari ini memilih Walt MacDonald sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif seterusnya untuk organisasi pengukuran dan penyelidikan pendidikan tanpa untung yang menerajui dunia ini. Buat masa kini MacDonald menjawat jawatan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi ETS. Beliau akan mula berkhidmat secara rasmi pada 1 Januari 2014.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130829/DC70928)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO)

MacDonald bakal menggantikan Kurt M. Landgraf, yang telah berkhidmat sebagai presiden sejak tahun 2000. Sewaktu tempoh jawatan Landgraf, ETS telah memperluaskan kehadiran globalnya, melancarkan penilaian dengan teknologi inovatif, menjana penyelidikan canggih dan menjadi suara penting dalam polisi pendidikan. Organisasi itu juga telah mencipta produk baharu bagi membantu para guru mengajar dan para pelajar untuk belajar, dan bagi merapatkan jurang pencapaian akademik yang telah menjejaskan pelajar golongan minoriti dan berpendapatan rendah dengan tidak sama rata. Di bawah kepimpinan Landgraf, ETS telah berkembang menjadi organisasi dengan 6,000 kakitangan dan beroperasi dalam 180 negara.

"Walt MacDonald ialah seorang eksekutif yang sangat berbakat dan berjaya yang telah membina rekod kejayaan dalam program penilaian dan divisyen operasi ETS," kata Robert S. Murley, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah ETS. "Daripada perancangan strategik, pelaksanaan dan pemantauan, sehingga ke rekaan dan inovasi produk, ke pertumbuhan hasil, pengurusan program dan kawalan kualiti, beliau telah memberikan keputusan yang cemerlang, memberi inspirasi kepada rakan sekerja, dan membawa kepujian hebat kepada ETS dan juga industri penilaian. Kami yakin dengan pelantikan MacDonald sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, masa hadapan ETS dan kepentingan kakitangan serta pemegang sahamnya di Amerika Syarikat serta seluruh dunia berada dalam tangan yang sangat berkebolehan."

"Tiada siapa yang lebih mengenali ETS berbanding Walt. Beliau mewujudkan kombinasi yang jarang didapati untuk tenaga intelek, pembawaan kreatif, pengetahuan perniagaan, dan komitmen sepenuhnya serta semangat untuk misi sosial ETS," kata Landgraf. "Saya sangat berpuas hati dengan pelantikan ini, dan saya ucapkan tahniah kepada Lembaga Pemegang Amanah untuk keputusan mereka, dan tahniah kepada Walt untuk kejayaan beliau ini. Saya jangkakan peralihan jawatan akan berjalan lancar."

"Saya sangat berbesar hati dengan keputusan Lembaga itu dan keyakinan mereka terhadap diri saya," kata MacDonald. "Saya telah habiskan kebanyakan hidup profesional saya di ETS, dan setiap hari saya diingatkan betapa bertuahnya saya kerana mendapat peluang membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk orang seluruh dunia. Tidak ada banyak organisasi yang boleh memberikan faedah sebegitu. Saya juga sangat bertuah kerana telah bekerja rapat dengan Kurt Landgraf. Beliau merupakan seorang model peranan dan seorang mentor, dan kepimpinan beliau di ETS memang tidak tertanding. Beliau telah menetapkan standard yang tinggi."

MacDonald telah berada di pusat kepimpinan salah satu tempoh paling produktif dalam sejarah ETS. Pertumbuhan dalam penilaian berskala besar, termasuk projek Teras Biasa, sedang memajukan misi organisasi itu bagi meningkatkan kualiti dan ekuiti pendidikan untuk semua pelajar, sementara produk dan perkhidmatan baharu, terutamanya dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris dan pendidikan tinggi, telah membantu ETS memasuki pasaran baharu dan membantu pelajar seluruh dunia.

Sewaktu tempoh ini ETS telah maju dengan membantu klien baharu dan klien sedia ada berjaya dan bertumbuh dengan memastikan jenama utamanya, seperti program GRE, TOEFL, TOEIC dan Praxis, agar kekal canggih; dan dengan memberikan kualiti Six Sigma untuk semua klien dan pelanggan. Sewaktu tempoh masa ini juga, ETS telah mengaplikasikan kepakaran Pembangunan & Penyelidikan serta operasinya kepada bidang baharu, termasuk penilaian kaji selidik berskala besar antarabangsa, pembelajaran awal zaman kanak-kanak, kesetaraan sekolah menengah, tenaga kerja, dan hasil pembelajaran pelajar, antara lainnya.

Tentang ETS

Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk penduduk seluruh dunia dengan mencipta penilaian berdasarkan penyelidikan rapi. ETS berkhidmat untuk individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai khusus untuk pensijilan guru, pembelajaran Bahasa Inggeris, serta pendidikan rendah, menengah dan pasca menengah, serta menjalankan penyelidikan, analisis dan kajian polisi pendidikan. Ditubuhkan sebagai organisasi tanpa untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, melaksanakan dan menilai pemarkahan lebih 50 juta ujian setiap tahun – termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series™ - dalam lebih 180 negara, di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org

Source: Educational Testing Service
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Not for profit Personnel announcements