omniture

Alam Ajaib Musim Sejuk Di Tengah-Tengah NYC: Empire State Building Melancarkan Hiasan, Peragaan Tingkap Dan Acara Istimewa Sempena Musim Perayaan

Empire State Realty Trust, Inc.
2021-11-20 04:45 2435

Pembantu Santa Membawakan Bir, Hidangan Bakeri dan Hiasan yang Mempesonakan ke Bangunan yang Paling Terkenal di Dunia 

NEW YORK, 20 November 2021 /PRNewswire/ -- Semangat perayaan berada pada kemuncaknya di Empire State Building (ESB) ketika mercu tanda ikonik ini melancarkan vendor gerai jualan tempatan, hiasan yang sarat dan rancangan persembahan muzik sehingga akhir tahun ini.

(Kiri ke Kanan) Manisan perayaan daripada DŌ di Balai Cerap Tingkat 86; tingkap lobi Fifth Avenue yang dihiasi; sudut bergambar bertemakan perayaan di Balai Cerap Tingkat 86.
(Kiri ke Kanan) Manisan perayaan daripada DŌ di Balai Cerap Tingkat 86; tingkap lobi Fifth Avenue yang dihiasi; sudut bergambar bertemakan perayaan di Balai Cerap Tingkat 86.

Setakat hari ini, tingkap lobi Fifth Avenue bangunan ini dihiasi dengan pemandangan perayaan yang menampilkan landskap emas, bergemerlapan dan gula-gula bagi meraikan masa yang paling indah pada tahun ini. Tingkap-tingkap yang menakjubkan ini dilengkapkan dengan lampu perayaan di lobi Art Deco, lingkaran bunga dan pokok Krismas yang menjulang tinggi yang menjadi mercu tanda. Para pelawat yang melalui Lobi Fifth Avenue dari hari Isnin hingga Jumaat juga akan disambut dengan lagu perayaan yang dipersembahkan oleh pemain piano profesional dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

"Kegembiraan musim perayaan ini boleh dirasai di setiap sudut Pengalaman Balai Cerap kami yang direka semula, daripada hiasan yang menakjubkan hinggalah vendor gerai jualan musim perayaan kami," kata Jean-Yves Ghazi, Presiden Balai Cerap Empire State Building. "Kami teruja untuk mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke suatu pengalaman ajaib yang asli pada masa yang paling indah pada tahun ini."

Pada setiap hujung minggu hingga akhir bulan November, Empire State Building akan menjual bir istimewa – termasuk bir "View From the Top" Hazy IPA keluarannya sendiri yang dijual secara eksklusif di Balai Cerap Tingkat 86 – melalui kerjasama dengan Craft+Carry dan Five Boroughs Brewing Co. Kemudian, pada 2 Disember, DŌ, Cookie Dough Confections, sebuah syarikat biskut dan doh biskut boleh dimakan yang berpangkalan di NYC, akan menggunakan Tingkat 86 sebagai lokasi vendor gerai jualan bulan Disember. DŌ akan menawarkan enam manisan bertemakan NYC dan perayaan daripada troli khas Ulang Tahun ke-90 untuk tiga hujung minggu pertama pada bulan Disember.

Sebuah menorah gergasi akan menyambut para tetamu ketika mereka memasuki Pengalaman Balai Cerap Empire State Building dan peluang untuk bergambar dalam suasana perayaan di sudut Timur Laut Balai Cerap Tingkat 86 turut membolehkan para tetamu mengambil potret percutian tahunan mereka dengan latar belakang NYC yang paling ikonik dan asli. Hiasan akan kekal dipamerkan di lobi ini dan di seluruh Pengalaman Balai Cerap sehingga 6 Januari.

Pengalaman Balai Cerap Empire State Building telah direka semula keseluruhannya yang bernilai $165 juta dan telah disiapkan pada bulan Disember 2019. Pengubahsuaian yang dilakukan termasuk pintu masuk tetamu yang khusus, muzium imersif dengan pameran digital dan sentuhan serta Balai Cerap Tingkat 102 yang direka semula sepenuhnya. Para tetamu mendapat manfaat daripada penambahbaikan kualiti alam sekitar dalaman (IEQ) yang terkemuka dalam industri – seperti penapis MERV 13 dan dwipolarisasi aktif – untuk keyakinan tetamu. Balai Cerap Tingkat 86 dilengkapi lampu haba dengan pengaktifan suhu yang baru dipasang bagi memastikan para tetamu berasa hangat sambil menikmati pemandangan musim sejuk yang bergemerlapan dari tengah-tengah Bandar Raya New York.

Lampu menara bangunan yang terkenal di dunia ini akan bersinar di sepanjang musim perayaan ini dengan pencahayaan istimewa untuk Hari Kesyukuran, Chanukah, Krismas dan Malam Tahun Baharu.

Sedutan rakaman dan imej beresolusi tinggi boleh didapati di sini.

Maklumat lanjut tentang Empire State Building boleh didapati dalam talian.

Tentang Empire State Building  

Empire State Building , "Bangunan Paling Terkenal di Dunia," dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE),  menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Pusat Bandar Manhattan daripada dasar hingga ke antenanya. Pengubahsuaian Pengalaman Balai Cerap Empire State Building bernilai $165 juta mencipta pengalaman serba baharu dengan pintu masuk tetamu yang khusus, sebuah muzium interaktif yang mempunyai sembilan buah galeri dan Balai Cerap di Tingkat 102 yang direka semula dengan tingkap daripada lantai ke siling. Perjalanan ke Balai Cerap di Tingkat 86 yang terkenal di dunia sebagai satu-satunya balai cerap 360 darjah yang terbuka dengan pemandangan New York serta kawasan sekitarnya ini memukau pengunjung dengan keseluruhan pengalaman Bandar Raya New York dan merangkumi segala-galanya daripada sejarah ikonik bangunan ini hinggalah kedudukannya dalam budaya pop masa kini.  Ketahui lebih lanjut di www.esbnyc.com.  Tahun 2021 merupakan tahun sambutan ulang tahun ke-90 Bangunan ini yang dibuka secara rasmi pada 1 Mei 1931. Diisytiharkan sebagai "Bangunan Kegemaran Amerika" oleh Institut Arkitek Amerika serta destinasi pelancongan paling popular di dunia oleh Uber dan tarikan #1 Bandar Raya New York oleh Lonely Planet, ia menerima kunjungan lebih 4 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun. 

Sejak tahun 2011, bangunan ini telah dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui dan premis yang berbilang tingkat ini menempatkan terutamanya dengan pelbagai penyewa pejabat seperti LinkedIn, Shutterstock dan Global Brands Group serta pilihan kedai seperti STATE Grill and Bar, Tacombi dan Starbucks. Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan tiket Pengalaman Balai Cerap, sila layari esbnyc.com atau ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Weibo, YouTube atau TikTok bangunan ini. 

Tentang Empire State Realty Trust 

Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) memiliki, mengurus, mengendali, memperoleh dan menempatkan semula hartanah pejabat dan peruncitan di Manhattan dan kawasan metropolitan New York termasuk Empire State Building iaitu "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Setakat 30 September 2021, portfolio pejabat dan peruncitan syarikat ini meliputi 10.1 juta kaki persegi ruang sewaan yang terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi ruang sewaan di 14 hartanah pejabat termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi ruang sewaan dalam portfolio peruncitan. 

Empire State Realty Trust ialah peneraju kecekapan tenaga dalam ruang kelestarian dan alam sekitar yang dibina, dengan 76 peratus daripada portfolio berkelayakan yang diperakui ENERGY STAR dan 100 peratus dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui. Sebagai portfolio hartanah komersial pertama di Amerika yang memperoleh WELL Health-Safety Rating untuk kesihatan dan keselamatan, berdasarkan bukti dan disahkan pihak ketiga, ESRT juga memperoleh pengiktirafan 5 Star Rating dan Green Star GRESB tertinggi untuk prestasi kelestarian dalam hartanah dan dinamakan sebagai Fitwel Champion untuk bangunan-bangunan berprestasi tinggi dan bercirikan kesihatan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Empire State Realty Trust, sila layari esrtreit.com dan ikuti ESRT di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn

HUBUNGAN MEDIA:

Empire State Realty Trust
Brock Talbot
347-804-7863
btalbot@esrtreit.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1692512/ESB_86th_Floor_Observatory.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1692548/ESB_90_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Entertainment Real Estate Retail Future Events