omniture

Jualan Global HAVAL Langkaui 7 Juta

GWM
2021-11-22 09:12 187

BAODING, China, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM telah melancarkan kempen "Sambutan 7Juta HAVAL-Pandu Lebih Jauh" di media sosial termasuk Facebook dan Twitter. Ia mengumumkan berita meraikan jualan global HAVAL sebanyak lebih 7 juta bersama pemilik kereta di serata dunia.

Dalam kempen ini, foto pemilik kereta HAVAL global bersama kereta mereka diminta sebagai prototaip untuk menghasilkan ilustrasi artistik. Setakat ini, kempen ini telah mencetuskan perbincangan dan perhatian ke atas HAVAL dalam kalangan pengguna di Rusia, Australia, Arab Saudi dan negara-negara lain.

Sambutan 7Juta HAVAL-Pandu Lebih Jauh
Sambutan 7Juta HAVAL-Pandu Lebih Jauh

Sambutan 7Juta HAVAL-Pandu Lebih Jauh

Bahkan, selain daripada kempen ini, HAVAL telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk pengguna di seluruh dunia yang mana jenama ini telah menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, ia telah bekerjasama dengan IRONMAN, pertandingan triatlon yang popular di Australia, untuk berkongsi gaya hidup yang sihat bersama penggunanya. Ia turut menaja pasukan DOTA 2 Rusia VP, menarik minat pelanggan yang menyukai e-sukan.

HAVAL telah menjadi jenama SUV paling laris terjual di China selama bertahun-tahun. Sejak HAVAL mula menjual 500 buah kenderaan ke Itali pada tahun 2006, ia telah mencecah jualan tahunan sebanyak lebih 30,000 dalam tahun 2011. Ini menunjukkan bahawa HAVAL telah meletakkan asas jualan globalnya sejak sedekad yang lalu.

GWM telah membuat beberapa pengoptimuman terhadap model-modelnya selama bertahun-tahun. Ia melancarkan HAVAL JOLION, 3rd Gen HAVAL H6, HAVAL H6 HEV dan produk-produk baharu yang lain di seluruh dunia tahun ini.

"Kereta ini pastinya bergaya dan mempersembahkan pandangan hidup yang positif menerusi warna biru unggulnya," kata pemilik HAVAL JOLION Rusia. "HAVAL H6 ialah sebuah mesin yang sangat istimewa, sangat versatil, selesa dan mempunyai enjin berkuasa, saya memilikinya dan ia terbukti berkesan," kata Mario Arias dari Australia.

HAVAL telah dinilai sebagai "Peneraju Jenama China" oleh Za Rulem, media automobil yang paling berwibawa di Rusia; ia memenangi National 2021 SUV Award of 4X4 Club kali ke-16. Ia turut dipuji sebagai "kereta Cina terbaik di Australia setakat ini" oleh media Australia Carsales dalam pandu uji.

HAVAL telah menjadi pilihan utama pengguna di Australia, Rusia dan Afrika Selatan. Susulan penerokaan dalam pasaran-pasaran baru muncul seperti Thailand, Arab Saudi dan Brunei, ia telah membangunkan jaringan jualan yang meliputi lebih 50 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Semua ini menjelaskan dengan baik mengapa HAVAL berupaya menjual lebih 7 juta buah kenderaan.

Menurut pengumuman rasmi oleh GWM, model-model baharu seperti HAVAL Dagou dan HAVAL H6S akan membuat kemunculan sulung globalnya pada bulan hadapan yang merupakan satu lagi berita yang menggembirakan.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Sales reports