omniture

CATL dan ZF Ganding Bahu untuk Perkhidmatan Selepas Pasaran Optimum dalam E-Mobiliti dan Penyimpanan Tenaga

Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2021-11-22 09:49 150
  • CATL, ZF menandatangani perjanjian perkongsian strategik global untuk mendorong kerjasama dalam perkhidmatan selepas pasaran ke hadapan
  • Ia memperlihatkan langkah penting dalam strategi globalisasi CATL. Perkongsian ini akan meningkatkan daya saing teras baik CATL mahupun ZF dalam e-mobiliti
  • Kedua-dua pihak akan memainkan peranan lebih besar di peringkat global untuk membangunkan ekosistem automotif & industri yang lestari.

NINGDE, China, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada 19 November, Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) dan ZF Group menandatangani perjanjian perkongsian strategik global untuk mendorong ke hadapan kerjasama dalam perkhidmatan selepas pasaran termasuk rangkaian perkhidmatan, latihan berkaitan bateri, ketersambungan, penggunaan semula dan sebagainya. ZF dan CATL berhasrat untuk memudahkan pemindahan bersama bagi pengetahuan dan kepakaran, mengikut perjanjian berkenaan bagi mendayakan ekosistem yang lestari dan dengan itu dapat memberikan pengalaman mobiliti yang menarik kepada semua orang.


CATL, peneraju global bagi teknologi tenaga baharu akan meningkatkan keupayaan dan kecekapan selepas jualan globalnya menerusi kerjasama dengan ZF, yang mana dengan lebih daripada 10,000 rakan bengkel dalam perkhidmatan selepas pasaran globalnya dan dengan produk yang semakin berkembang untuk kenderaan elektrik dengan kualiti OEM, akan dipertimbangkan sebagai pilihan utama dalam pengembangan rangkaian perkhidmatan CATL.

Di bawah perjanjian ini, CATL akan menyediakan ZF dengan pengetahuan latihan bateri komprehensif yang akan digabungkan dengan latihan voltan tinggi DGUV ZF agar dapat meningkatkan daya saing program latihannya dan perkhidmatan selepas jualan yang lain. Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk bersama-sama mewujudkan dan meningkatkan standard untuk menjadi penanda aras industri ini.

Dengan visi dan misi yang sama terhadap kelestarian, CATL dan ZF turut bersetuju untuk bekerjasama bagi sambungan data dan penggunaan semula.

"Perkongsian dengan ZF merupakan langkah yang penting ke arah membangunkan rantaian nilai bateri yang komprehensif secara global. Dengan sokongan daripada jaringan seluruh dunia ZF, kami akan meningkatkan lagi perkhidmatan selepas pasaran global kami dan terus menyampaikan produk tenaga baharu yang didorong oleh pelanggan kepada dunia," kata Zhou Jia, presiden CATL. "Bersama-sama ZF, kami juga yakin bahawa kami dapat menyumbang kepada trend global ke arah e-mobiliti dan emisi sifar bersih."

"Mengupayakan kolaborasi yang kreatif antara syarikat-syarikat dapat memulakan inovasi perniagaan. Kami berbangga kerana mampu melengkapkan kecekapan selepas pasaran kami bersama salah satu peneraju dunia dalam tenaga baharu. Bersama-sama CATL, kami akan membawakan selanjutnya jejak global dan penyelesaian perkhidmatan yang utama daripada Bahagian Selepas Pasaran ZF untuk dimanfaatkan," kata Dr. Holger Klein, ahli Lembaga Pengurusan, ZF Group. "Kami ingin memacu pertumbuhan yang dapat menjana semula dan benar-benar menambah baik dunia semula jadi kita. ZF menggalas tanggungjawab korporat dalam tenaga mesra alam dan perbelanjaan karbon rendah dan komited untuk merealisasikan visi masa depan 'emisi sifar dan kemalangan sifar'."

Latar Belakang CATL

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) ialah peneraju global bagi inovasi teknologi tenaga baharu, komited untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang utama untuk aplikasi tenaga baharu di seluruh dunia. Pada Jun 2018, syarikat ini didagangkan secara terbuka di Shenzhen Stock Exchange dengan kod saham 300750. Menurut SNE Research, dalam tahun 2020, jumlah penggunaan bateri EV CATL disenaraikan di kedudukan No.1 di dunia selama empat tahun berturut-turut. CATL turut menikmati pengiktirafan yang luas oleh rakan kongsi OEM global. Bagi mencapai matlamat untuk merealisasikan penggantian bahan bakar fosil dalam sistem tenaga pegun dan mudah alih dengan sistem kuasa elektrik amat cekap yang dihasilkan melalui bateri canggih dan tenaga boleh diperbaharui serta menggalakkan inovasi bersepadu aplikasi pasaran dengan pengelektrikan dan 'intelligentization', CATL mengekalkan inovasi yang berterusan dalam empat dimensi termasuk sistem kimia bateri, sistem struktur, sistem pembuatan dan model perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.catl.com

Latar Belakang ZF

ZF ialah sebuah syarikat teknologi bertaraf global yang membekalkan sistem untuk kereta penumpang, kenderaan komersial dan teknologi industri, bagi mengupayakan generasi mobiliti yang seterusnya. ZF membolehkan kenderaan untuk melihat, berfikir dan bertindak. Dalam empat domain teknologi Kawalan Pergerakan Kenderaan, Keselamatan Bersepadu, Pemanduan Automatik dan Mobiliti Elektrik, ZF menawarkan penyelesaian produk dan perisian yang komprehensif kepada pengeluar kenderaan yang mantap dan penyedia perkhidmatan pengangkutan dan mobiliti baru muncul. ZF membekalkan elektrik kepada pelbagai jenis kenderaan. Menerusi produknya, syarikat ini menyumbang kepada pengurangan emisi, perlindungan iklim dan peningkatan mobiliti yang selamat.

Pada tahun fiskal 2020 ZF melaporkan jualan sebanyak €32.6 bilion. Syarikat ini menggaji lebih daripada 150,000 rakan sekutu kira-kira di 270 lokasi di 42 negara.

Portfolio perkhidmatan selepas pasaran dan penyelesaian pengangkutan utama ZF Friedrichshafen AG memanfaatkan jenama-jenamanya yang kukuh; Lemförder, Sachs, TRW dan WABCO. Pelbagai jenis tawaran produk dan perkhidmatan, penyelesaian sambungan canggih untuk pengurusan mobiliti digital dan jaringan perkhidmatan global, menyokong dan meningkatkan prestasi serta kecekapan semua jenis kenderaan dalam seluruh kitaran hayatnya. Organisasi selepas pasaran syarikat ini merupakan perancang dan penetap langkah untuk perkhidmatan Selepas Pasaran Generasi Seterusnya dan rakan kongsi pilihan untuk pelanggan pengangkutan serta perkhidmatan selepas pasaran di seluruh dunia.

Untuk maklumat akhbar dan foto selanjutnya sila kunjungi: www.zf.com 

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements