DUSSELDORF, Jerman, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat bioteknologi Cina Vazyme (688105.SH) baru-baru ini menghadiri Medica 2021 di Jerman—salah satu acara terbesar di dunia untuk sektor perubatan—bagi mempercepatkan pengembangan perniagaan antarabangsanya. Di acara ini, Vazyme memperkenalkan penyelesaian ujian virus 3-dalam-1 terbaharunya, Ujian Pantas SARS-CoV-2 Ag & FLU A/B serta Kit Pengesanan SARS-CoV-2, Influenza A/B RT-QPCR dan kedua-duanya menggamit perhatian yang luas daripada pengunjung. Reruai menarik lebih daripada 500 pengunjung termasuk ejen dan pengedar dari Jerman, Republik Czech, Switzerland dan Bulgaria, mencapai persetujuan awal mengenai kerjasama bersama ramai pihak.
"Sambil bertindak balas dengan pantas terhadap pandemik dan membangunkan seluruh siri penyelesaian ujian COVID-19 yang utama dalam industri yang memberi keputusan yang pantas dan tepat, kami juga meneruskan usaha yang lebih luas untuk memperluas kehadiran perniagaan kami di seluruh dunia," kata Dr. Tang Bo, Pengasas Bersama dan Pengurus Besar Bahagian Perubatan Vazyme. "EU ialah pasaran yang penting untuk kami dan kami berdedikasi terhadap khidmat pelanggan dengan operasi tempatan yang luas dipasang untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan tempatan kami," tambah Tang.
Tatkala dunia bersiap sedia untuk dibuka semula, penyelesaian diagnostik yang berkualiti tinggi, pantas dan holistik untuk COVID-19 akan memainkan peranan penting dalam perjuangan memerangi virus ini. Vazyme mereka bentuk alat pemeriksaannya yang berkesan—Kit Pengesanan SARS-CoV-2 & FLU A/B RT-QPCR bagi pengesanan asid nukleik dan Ujian Pantas Antigen SARS-CoV-2 & FLU A/B—untuk pengesanan tiga jenis virus secara serentak yang menyebabkan COVID-19, Flu A dan Flu B. Ujian-ujian ini pantas, andal dan berupaya untuk memberi keputusan yang sangat tepat 'sementara anda menunggu'.
Syarikat ini akan menerima kelulusan penandaan CE untuk Kit Pengesanan Antigen SARS-CoV-2 (Untuk Ujian Kendiri) dan kit ini juga boleh didapati tidak lama lagi sebagai ujian di rumah dalam pasaran Eropah. Kit Pengesanan Antigen waktu sebenar berupaya mengesan beberapa varian COVID-19 termasuk varian delta, bentuk coronavirus yang paling mudah berjangkit.
Dengan mengikuti arahan mudah, individu dapat menjalankan ujian kendiri dengan mudah daripada keselesaan rumah mereka atau di mana-mana. Penyelesaian ujian yang pantas dan mudah alih ini dapat membantu mencegah jangkitan tak bergejala, mengawal penularan coronavirus dalam komuniti dan mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan tempatan dengan mengenal pasti dengan pantas individu yang mempunyai potensi tertinggi untuk dijangkiti.
Prestasi produk ujian COVID-19 Vazyme disahkan sepenuhnya oleh beberapa makmal Eropah yang diakreditasi termasuk Paul Ehrlich Institute, Locus Medicus, Alabiso Lab dan lain-lain. Vazyme terus bekerjasama dengan institusi akademik, makmal dan pengedar rawatan kesihatan yang terkemuka di dunia dalam pasaran-pasaran luar negara untuk mengoptimumkan jaringan penjualan dan pengedaran tempatan, bagi memastikan pengguna global syarikat ini mendapat ujian dan rawatan yang mereka perlukan.
Sebagai penginovasi dalam teknologi, Vazyme melihat pelaburan berterusannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) penyelesaian yang inovatif sebagai keutamaan tertinggi yang memastikan keupayaan syarikat ini dalam membangunkan produk baharu dengan teknologi yang inovatif serta kebolehan untuk terus membangunkan portfolio produk yang komprehensif bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan global.
Latar Belakang Vazyme
Ditubuhkan pada tahun 2012, Nanjing Vazyme Biotech Co., Ltd ialah salah satu daripada sebahagian kecil firma bioteknologi inovatif berfokuskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China yang berkeupayaan dalam membangunkan teknologi huluan secara dalaman dan menghasilkan produk siap. Dengan komitmen yang berterusan terhadap inovasi dan berdasarkan kepada platform teknologi generik utama proprietarinya, syarikat ini telah membangunkan jaringan perniagaan yang mencakupi penyelidikan biologi, diagnosis in vitro dan bioperubatan. Vazyme membangunkan lapan siri reagen diagnostik POCT proprietari dan bahan kawalan berkaitan yang meliputi penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular, keradangan, prepotensi, fungsi gastrik, keautoimunan, fungsi renal, pengurusan penyakit kronik selain penyakit pernafasan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.vazyme.com