omniture

Joint Commission International Mengeluarkan Standard Hospital, Edisi Kelima

Joint Commission International
2013-09-02 10:30 124

OAK BROOK, Illinois, 2 September 2013 /PRNewswire/ -- Joint Commission International (JCI) mengumumkan pengeluaran edisi kelima untuk Standard Akreditasi Antarabangsa untuk Hospital. Standard itu, yang ditulis untuk bacaan global, dikemas kini sekali setiap tiga tahun dan memberi tumpuan terhadap keselamatan pesakit dan kualiti penjagaan di hospital dan pusat perubatan akademik. Lebih 575 organisasi penjagaan kesihatan di 56 negara telah mendapat akreditasi JCI.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130429/DC02732LOGO)

Edisi kelima ini mempunyai standard baharu dan banyak dikemas kini serta unsur boleh diukur yang berkuat kuasa pada 1 April 2014. Kemas kini ini dibuat melalui proses meluas yang melibatkan juruukur dan perunding JCI, kumpulan tertumpu yang diadakan di 16 negara, temu ramah dengan ketua pegawai eksekutif hospital, dan ulasan dalam talian oleh ratusan profesional penjagaan kesihatan. Satu Panel Penasihat Standard multinasional dengan 13 anggota – yang terdiri daripada pakar perubatan, jururawat, pentadbir, dan pakar polisi awam – memberi panduan untuk proses semakan ini. Hasilnya ialah manual dengan lebih tumpuan terhadap isu penting seperti penggunaan teknologi perubatan, integriti rantaian bekalan, komunikasi serahan dalam penjagaan pesakit, pengurusan penyakit berjangkit dan mencipta serta mengekalkan budaya yang mementingkan keselamatan.

"Dunia penjagaan kesihatan telah banyak berubah dalam masa tiga tahun lepas, dan begitu juga JCI. Edisi kelima ini direka bagi membantu hospital dan pusat perubatan akademik terus mempertingkatkan kualiti dan usaha keselamatan pesakit mereka serta bersedia untuk masa hadapan," jelas Paul vanOstenberg, Naib Presiden Akreditasi, Standard, dan Pengukuran Antarabangsa, JCI.

E-buku itu, dalam Bahasa Inggeris, kini sudah boleh didapati, versi cetakan dalam bulan Oktober 2013, dan e-buku yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, Bahasa Cina ringkas, Bahasa Belanda, Bahasa Itali, Bahasa Jepun, Bahasa Portugis Brazil, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Turki pada awal 2014.

Para pemimpin hospital yang sedang mempertimbangkan akreditasi JCI boleh belajar tentang strategi untuk pematuhan semasa Praktikum Antarabangsa Akreditasi dan Peningkatan Kualiti di Seoul (2-6 September) atau Dubai (27-31 Oktober). Seminar Kemas Kini Akreditasi untuk organisasi dengan akreditasi JCI yang sedang bersiap sedia untuk pematuhan edisi kelima akan diadakan di Seoul, 29-30 Ogos; Singapura, 9-10 September; Bangkok, 14-15 September; Amsterdam, 10-11 Oktober; dan Dubai, 28-29 Oktober.

Untuk maklumat lanjut, lawati store.jointcommissioninternational.org/.

Joint Commission International (JCI) telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai divisyen Joint Commission Resources, Inc. (JCR), sekutu tanpa untung dan dikawal sepenuhnya milik The Joint Commission. Melalui akreditasi, perundingan, penerbitan dan program pendidikan antarabangsa, JCI melanjutkan misi The Joint Commission seluruh dunia dengan membantu memperbaiki kualiti penjagaan pesakit. JCI membantu organisasi penjagaan kesihatan antarabangsa, agensi kesihatan awam, kementerian kesihatan dan lain-lain lagi di lebih 90 negara.

Hubungi
Elizabeth Eaken Zhani
ezhani@jointcommission.org
+1-630-792-5914

 

 

Source: Joint Commission International
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Not for profit