GUANGZHOU, China, 23 November 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 19 November 2021 menyaksikan permulaan Auto Guangzhou kali ke-19. GAC Group, bersama-sama jenama-jenamanya yang berkaitan GAC MOTOR dan GAC Aion, menunjukkan kehadiran yang mantap di acara ini dengan banyak model dipamerkan dan peluang dibawakan untuk berkongsi rancangan masa depan mereka.
GLASS | Rancangan Pembangunan Mesra Alam GAC
Sebahagian daripada visi GAC untuk masa depan ialah rancangan pembangunan mesra alam GLASS.
GAC Group komited untuk menjadikan seluruh kitaran hayat produknya neutral karbon menjelang tahun 2050 (2045 sekiranya mampu). Dalam tempoh yang lebih hampir, rancangan disediakan untuk menyiapkan loji karbon sifar pertama GAC Aion pada tahun 2023. Menjelang tahun 2030, GAC Group menetapkan sasaran 50% daripada jumlah jualan yang datangnya daripada kenderaan tenaga baharu.
Pameran ini turut menyaksikan GAC Group memperkenalkan rancangan "Tindakan Tenaga 2⁶", rangka kerja yang menggariskan 6 cara baharu yang akan membolehkan bateri kenderaan elektrik GAC dioptimumkan untuk output tenaga dan kefleksibelan tenaga yang maksimum: bateri boleh dibeli dan disewa; dicas dan ditukar; pengecasan perlahan atau pantas; kapasiti besar atau kecil; jarak jauh atau pendek; pengecasan grid-ke-kenderaan atau pengecasan kenderaan-ke-grid; dan dikitar semula atau dibuang.
Berserta pembangunan dalaman teknologi pengecasan amat pantas dan teknologi pertukaran kuasa GAC, masa depan kelihatan cerah untuk rancangan tenaga mesra alam GAC.
Eksklusif Auto Guangzhou
Auto Guangzhou tahun ini turut menyaksikan pengenalan dua kereta konsep baharu oleh GAC Group: sedan konsep elektrik TIME dan kereta yang rapi dan futuristik EMKOO.
TIME memanfaatkan reka bentuk aerodinamik yang digunakan dalam ENO.146, lalu menghasilkan bentuk yang rapi, mewah dan dinamik dengan pekali rintangan angin serendah 0.191.
Kereta konsep EMKOO yang canggih mempunyai postur badan hadapan rendah dan belakang tinggi serta menonjolkan sisi trend yang lebih diperbaharui untuk pengelektrikan. Reka bentuknya menunjukkan erti yang kuat terhadap masa depan dan akan membimbing reka bentuk siri model GAC Group yang akan datang.
Menerusi demonstrasi yang selanjutnya mengenai kapasiti tenaga baharu GAC Group yang terkemuka di dunia, Aion LX Plus turut diperkenalkan di Auto Guangzhou 2021 - salah satu SUV EV pertama di dunia yang membawakan jarak perjalanan NEDC sejauh lebih 1000km.
Sentiasa memandang ke masa depan, GAC berusaha untuk mengubah dan menambah baik apa yang terdapat sebelum ini - menukar teknologi, menukar tenaga dan menukar kenderaan dengan misi untuk mencipta kehidupan bergerak yang lebih baik untuk pemandu dunia.