omniture

Hisense Raikan Satu Tahun Lagi FIFA World Cup 2022™ dengan Kempen 'Too Big To Miss'

Hisense
2021-11-23 11:40 83

QINGDAO, China, 23 November 2021 /PRNewswire/ -- FIFA World Cup 2022™ hanya tinggal setahun lagi dan Qatar akan menganjurkan perlawanan sukan bola sepak yang paling berprestij ini buat julung kalinya.

Sejak menaja FIFA World Cup 2018, Hisense telah mencapai peningkatan yang ketara dari segi jualan dan kesedaran global. Pada tahun 2022, Hisense sekali lagi berganding bahu dengan FIFA untuk memberi tumpuan pada inovasi teknologi dan mewujudkan visi bersama untuk membawa sukan bola sepak global ini ke tahap yang lebih tinggi, dengan tujuan untuk mencipta pengalaman di rumah yang terbaik untuk peminat-peminat yang menonton di seluruh dunia.

Kempen 'Too Big To Miss' Meningkatkan Pengalaman Perlawanan

Sebagai penaja bagi perlawanan dalam sukan bola sepak yang paling berprestij ini, Hisense meraikan peristiwa ini sebagai 'Terlalu Besar untuk Dilepaskan' ('Too Big to Miss'), kempen media sosial untuk menunjukkan mengapa peminat tidak harus ketinggalan – dan bagaimana Hisense dapat membantu mereka mencapai pengalaman di rumah yang terbaik.

Too Big to Miss menampilkan kemasukan rasmi Hisense secara berperingkat-peringkat ke FIFA World Cup™, tatkala harapan untuk perlawanan ini dalam kalangan peminat di seluruh dunia mula meningkat apabila pasukan mereka layak ke perlawanan yang menggamit perhatian ini tahun hadapan.

Bagi meraikan kira detik satu-tahun menjelang FIFA World Cup 2022™, Hisense akan menawarkan diskaun menarik semasa melancarkan kempen media sosial '1121' interaktifnya, mengiktiraf pencapaian 21 November dan memberi peluang kepada peminat untuk memenangi hadiah sekiranya mereka menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Peserta-peserta berpeluang untuk memenangi tiket perlawanan, produk Hisense premium atau jersi Pasukan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada promosi ini.

Membawa stadium ke rumah anda dengan pengalaman perintis TV Hisense

TV ULED U6

TV U6 Hisense menonjol menerusi warna-warna yang asli, kontras yang terang, pergerakan yang jelas dan perincian yang nyata, menawarkan Mod Sukan bagi mengekspresikan imej sukan dengan lancar untuk meningkatkan pengalaman hiburan ke tahap baharu.

TV UHD A7 

TV A7 membawa hiburan ke tahap sinematik yang mengagumkan. Nikmati warna tampak hidup yang terang dengan Quantum Dot, penyahkodan HDR10+, Dolby Vision dan teknologi 4K yang akhirnya dapat menerangi setiap detik untuk semua perlawanan kegemaran anda.

TV Laser L9G 

Skrin Cahaya Siang Penolak Cahaya Ambien (ALR) 100-inci yang besar menghasilkan kejelasan gambar yang luar biasa dalam ruang yang lapang dan terang dan digandingkan dengan sempurna bersama TV Laser L9G. Sebuah televisyen ruang tamu yang sebenar untuk membawa permainan sukan ke tahap seterusnya.

'Too Big To Miss' Campaign
'Too Big To Miss' Campaign

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Licensing/marketing agreements New products/services