omniture

CGTN: Program Khas "InnoBay 2021" fokuskan kedinamikan inovasi Kawasan Teluk Lebih Besar

CGTN
2021-11-24 03:55 135

BEIJING, 24 November 2021 /PRNewswire/ -- Kawasan Teluk Lebih Besar, yang terdiri daripada Hong Kong, Macau dan sembilan bandar di Wilayah Guangdong, muncul sebagai salah satu kelebihan utama untuk inovasi teknologi di China. Untuk membuat penerokaan selanjutnya potensi teknologi dan keusahawanan kawasan tersebut, CGTN dan Hong Kong X Foundation, sebuah pertubuhan amal di bawah Sequoia China, mengadakan program khas "InnoBay 2021" secara bersama pada 22 November.

 

Program Khas "InnoBay 2021" fokuskan kedinamikan inovasi Kawasan Teluk Lebih Besar
Program Khas "InnoBay 2021" fokuskan kedinamikan inovasi Kawasan Teluk Lebih Besar

Penggubal dasar, usahawan dan pakar berkongsi pandangan mereka mengenai inovasi dan pembangunan teknologi di Hong Kong berhubung dengan Kawasan Teluk Lebih Besar selain langkah-langkah yang diperlukan untuk memanfaatkan lagi kelebihan untuk membina ekonomi dipacu inovasi.

Penceramah-penceramah terkenal terdiri daripada Leung Chun-Ying, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC dan bekas ketua eksekutif Hong Kong selain pemimpin semasa, Carrie Lam. Kedua-duanya menyatakan harapan mereka untuk membina Hong Kong menjadi sebuah pusat untuk inovasi antarabangsa dan hab teknologi global.

Sementara itu, Shen Haixiong, Naib Menteri Jabatan Publisiti, Jawatankuasa Pusat CPC dan ketua China Media Group (CMG), berkongsi pandangan daripada pengalaman kerja peribadi beliau di wilayah ini dan menawarkan cadangan berhubung laluan perjalanan di hadapan.

https://news.cgtn.com/news/2021-11-22/-InnoBay-2021-special-program-focuses-on-GBA-s-innovation-dynamism-15oJyFqQg7K/index.html 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services