SINGAPURA, 24 November 2021 /PRNewswire/ -- abillion, platform untuk menyemak makanan dan produk berasaskan tumbuhan yang berkembang paling pantas di dunia, telah menilai bandar-bandar global berdasarkan kepada bagaimana ia menerima gaya hidup yang berasaskan tumbuhan, komitmen mereka terhadap dasar mesra alam selain emisi gas rumah hijau dan penghasilan bahan buangan. Kajian ini telah membantu kami menentukan 10 bandar terbaik di dunia untuk rakyat yang peka. Kami menggelar bandar-bandar ini sebagai Bandar Masa depan kami.
Bandar Masa Depan 2022
Untuk laporan penuh, termasuk metodologi, sila kunjungi: https://www.data.abillion.com/post/abillion-cities-of-the-future-2022
Di mana kita tinggal penting pada hari ini lebih daripada sebelum ini. Generasi Z yang banyak berpindah khususnya—selain ramai golongan Milenial—telah meletakkan kesejahteraan diri sama penting seperti kejayaan profesional. Untuk generasi-generasi baharu ini, etika, komitmen terhadap perjuangan, kepelbagaian serta keterangkuman dan khususnya pilihan dan perkhidmatan yang lestari mendorong di mana generasi yang sedar ini ingin menetap.
Laporan Bandar Masa Depan ini adalah berdasarkan kepada 850,000 ulasan pengguna sahih yang disumbangkan oleh 32,000 ahli dari 150 negara dan 6,000 bandar. Skor akhir kemudiannya dihitung daripada empat kategori: kehidupan berasaskan tumbuhan (50 peratus), komitmen dasar bandar (30 peratus), emisi gas rumah hijau (10 peratus) dan bahan buangan yang dihasilkan (10 peratus).
"Sekitar 6,000 bandar telah dipertimbangkan, namun hanya 54 bandar berjaya dalam saringan awal. Selaras dengan sidang kemuncak iklim COP 26 dengan alam semula jadi menjadi tumpuan utama, laporan kami mengetengahkan bagaimana bandar-bandar yang terkemuka di seluruh dunia ini telah mengorak langkah untuk bersikap lebih baik kepada planet ini dan penduduknya – manusia mahupun haiwan," ujar Vikas Garg, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas, abillion.
Untuk tinjauan lanjut mengenai setiap satu daripada 10 bandar yang telah diiktiraf sebagai Bandar Masa Depan ini, sila baca laporan di sini: https://www.data.abillion.com/post/abillion-cities-of-the-future-2022
Latar Belakang abillion
Di abillion, kami berusaha untuk mendorong pergerakan global untuk makanan berasaskan tumbuhan dan produk mesra bumi. abillion ialah platform digital yang membantu orang ramai yang ingin membuat pilihan yang lestari. Menggunakan aplikasi abillion, ahli-ahli boleh menemui makanan vegan serta produk vegan dan bebas kekejaman. abillion, dilancarkan pada tahun 2018 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vikas Garg, unik dalam memanfaatkan media sosial untuk kebaikan sosial. Apabila ahli-ahli memilih secara lestari dan berkongsi ulasan, abillion menderma $1 kepada gerakan yang menyelamatkan nyawa yang boleh dipilih melalui aplikasi tersebut. abillion menyumbang hampir $1 juta kepada gerakan menyelamatkan nyawa di seluruh dunia.
Laman sesawang: www.abillion.com