omniture

Guggenheim UBS MAP Global Art Initiative Mengembara ke Asia untuk Pertukaran Budaya Antarabangsa

Solomon R. Guggenheim Foundation
2013-09-03 14:30 153

-- JELAJAH PAMERAN SULUNG AKAN DIBUKA DI ASIA SOCIETY HONG KONG CENTER PADA 30 OKTOBER 2013

-- No Country: Contemporary Art for South and Southeast Asia Meneliti Kepelbagaian Amalan Artistik Kontemporari Rantau itu

-- Pameran: No Country: Contemporary Art for South and Southeast Asia

-- Tempat: Asia Society Hong Kong Center, 9 Justice Drive, Admiralty, Hong Kong

-- Tarikh: 30 Oktober 2013 – 16 Februari 2014

-- PRATONTON MEDIA: Isnin, 28 Oktober 2013, 2.30 petang

NEW YORK dan HONG KONG, 3 September 2013 /PRNewswire/ -- Asia Society Hong Kong Center bakal mempersembahkan No Country: Contemporary Art for South and Southeast Asia, jelajah pameran sulung untuk Guggenheim UBS MAP Global Art Initiative, mulai 30 Oktober 2013 sehingga 16 Februari 2014. Mempamerkan hasil karya terkini daripada 13 artis dari Bangladesh, Kemboja, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam, No Country memaparkan beberapa suara paling menambat perhatian dan inovatif di Asia Selatan dan Asia Tenggara hari ini. Pameran itu mulanya diadakan di New York di Muzium Solomon R. Guggenheim (22 Februari – 22 Mei 2013) sebagai sebahagian daripada Guggenheim UBS MAP Global Art Initiative, kolaborasi berbilang tahun yang mencartakan amalan seni kontemporari di tiga rantau geografi – Asia Selatan dan Asia Tenggara, Amerika Latin dan Timur Tengah serta Afrika Utara – dan merangkumi residensi kuratorial, pameran jelajah antarabangsa, pemprograman pendidikan dipacu pengunjung, dan pemerolehan untuk koleksi tetap Guggenheim. Semua hasil karya baru dibeli untuk koleksi Guggenheim dengan jasa baik Dana Pembelian Guggenheim UBS MAP. Berikutan persembahannya di Hong Kong, pameran itu akan menjelajah ke Singapura.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130903/DC71143)

No Country: Contemporary Art for South and Southeast Asia dikurasikan oleh June Yap, Kurator Guggenheim UBS MAP, Asia Selatan dan Asia Tenggara, dengan bantuan daripada Helen Hsu, Pembantu Kurator, Muzium Solomon R. Guggenheim dan bimbingan daripada Alexandra Munroe, Kurator Kanan Samsung untuk Seni Asia, Muzium Solomon R. Guggenheim. Nancy Spector, Timbalan Pengarah serta Jennifer dan David Stockman, Ketua Kurator di Yayasan Solomon R. Guggenheim, New York, dan Joan Young, Pengarah Hal Ehwal Kurator, Muzium Solomon R. Guggenheim akan menyediakan pemantauan kuratorial untuk seluruh Inisiatif berbilang tahun itu. Dominique Chan, Kurator Pameran, dan Sharon Chan, Pegawai Kuratorial, Asia Society Hong Kong Center akan bekerjasama rapat dengan June Yap dan pasukan kuratorial Guggenheim dalam mengadakan pameran ini di Hong Kong.

Gambaran Keseluruhan Pameran

Pameran itu—yang tajuknya diambil daripada baris pembuka kata "Sailing to Byzantium" karya W.B. Yeats (1928), dan digunakan juga oleh Cormac McCarthy untuk novel beliau No Country for Old Men (2005)— mengusulkan pemahaman Asia Selatan dan Asia Tenggara yang melangkaui sempadan fizikal dan politik. Naratif bersejarah Asia Selatan dan Asia Tenggara ini merentasi zaman kerajaan dan empayar purba sehingga ke negara hari ini. Rantau ini merasai kesan penjajahan, perpecahan, dan campur tangan, kejadian dan proses yang terpahat dalam memori budaya. Asia Selatan dan Asia Tenggara juga menempatkan pelbagai kepercayaan, agama dan kod etika yang berpengaruh, seperti Buddhisme, Hinduisme dan Islam.

Diadaptasi dengan kerjasama Asia Society Hong Kong Center, dan berpandukan tema pusat yang mewakili budaya, sejarah dan politik dengan pameran New York, pameran di Hong Kong itu menekankan impak pengajaran kerohanian dan moral Asia Selatan dan Asia Tenggara terhadap pembentukan masyarakat rantau itu. No Country meneliti kepelbagaian amalan artistik kontemporari dalam rantau yang berbagai-bagai macam ini dan menunjukkan bagaimana artis yang diwakili dalam pameran itu bergerak melangkaui perwakilan penyempitan bagi mencerminkan manifestasi dan kesan kepercayaan itu.

Memaparkan 18 hasil karya daripada 13 orang artis, pameran itu mempamerkan hasil catan, arca, fotografi, video dan media bercampur. Artis yang terlibat ialah: Aung Myint (lahir 1946, Yangon, Myanmar), Bani Abidi (lahir 1971, Karachi, Pakistan), Reza Afisina (lahir 1977, Bandung, Indonesia), Khadim Ali (lahir 1978, Quetta, Pakistan), Shilpa Gupta (lahir 1976, Mumbai, India), Vincent Leong (lahir 1979, Kuala Lumpur, Malaysia), Tayeba Begum Lipi (lahir 1969, Gaibandha, Bangladesh), Tuan Andrew Nguyen (lahir 1976, Saigon, Vietnam), Araya Rasdjarmrearnsook (lahir 1957, Trad, Thailand), Vandy Rattana (lahir 1980, Phnom Penh, Kemboja), Norberto Roldan (lahir 1953, Roxas City, Filipina), Tang Da Wu (lahir 1943, Singapura), dan Truong Tan (lahir 1963, Hanoi, Vietnam).

Memperluaskan Dialog, di Lapangan dan dalam Talian

Sebagai sebahagian daripada misinya bagi menggalakkan dialog merentasi budaya tentang seni kontemporari dan amalan budaya, Guggenheim mempersembahkan siri perbincangan dan komentar yang menyeluruh dan inovatif, dengan kerjasama pendidik di Asia Society Hong Kong Center. Program ini bermatlamat untuk menyediakan peluang pendidikan terangkum yang membolehkan belia, keluarga dan orang dewasa daripada pelbagai latar belakang dan kawasan menikmati pertemuan bermakna dengan program Guggenheim UBS MAP Global Art Initiative. Melalui proses pertukaran budaya dan profesional yang dinamik, penglibatan terus artis, penyepaduan kreatif teknologi, dan rangkaian menyeluruh program dalam seni tampak, program pendidikan itu akan menyediakan forum antarabangsa yang penting bagi pertanyaan dan syarahan. Lawati guggenheim.org/MAP.

Tentang Guggenheim UBS MAP Global Art Initiative

Diilhamkan bagi melibatkan pelbagai kalangan pengunjung, termasuk artis, kurator dan pendidik, Guggenheim UBS MAP Global Art Initiative ingin merangsang dialog dan interaksi kreatif di peringkat rantau dan dunia, memupuk perhubungan berkekalan di kalangan institusi, artis, sarjana, pengunjung muzium, dan komuniti dalam talian. Dilancarkan pada April 2012, program itu merupakan tambahan kepada serta mencerminkan sejarah cemerlang Yayasan Solomon R. Guggenheim untuk pengantarabangsaan dan meningkatkan secara signifikan pegangan seni Guggenheim daripada komuniti dinamik ini.

Laman Web Initiative    guggenheim.org/MAP

Laman Web Asia Society Hong Kong Center    asiasociety.org/hong-kong

Untuk maklumat terkini Guggenheim UBS MAP Global Art Initiative, ikuti #GuggUBSMAP di Twitter.

 

Source: Solomon R. Guggenheim Foundation
Keywords: Art Entertainment Asian-related news