omniture

XCMG Raih Kedudukan Teratas dalam Senarai Kedudukan ICM20 bagi Pengeluar-pengeluar Kren Terbesar Dunia

XCMG
2021-11-24 09:10 92

XUZHOU, China, 24 November 2021 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425), pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka, melaporkan hasil jualan tahunan sebanyak USD5.66 bilion pada tahun 2020, menduduki tempat pertama dalam senarai kedudukan ICM20 yang telah lama bertapak kukuh bagi pengeluar-pengeluar kren yang terbesar di dunia yang dikeluarkan oleh British KHL Group pada 12 November.

XCMG Raih Kedudukan Teratas dalam Senarai Kedudukan ICM20 bagi Pengeluar-pengeluar Kren Terbesar Dunia
XCMG Raih Kedudukan Teratas dalam Senarai Kedudukan ICM20 bagi Pengeluar-pengeluar Kren Terbesar Dunia

74 peratus pertumbuhan mantap berbanding tahun sebelumnya telah menaikkan kedudukan XCMG dari tempat keempat pada tahun lalu ke tempat teratas. Dalam 10 bulan pertama tahun 2021 pula, XCMG melaporkan peningkatan hasil jualan sebanyak 235% untuk jentera angkat yang disesuaikan.

"XCMG sentiasa meletakkan inovasi teknologi sebagai keutamaan tertinggi, kini kami mempunyai lima pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama di seluruh dunia, pusat teknologi peringkat kebangsaan berkedudukan pertama dan satu-satunya makmal utama negara industri ini bagi pembuatan pintar jentera kejuruteraan canggih dan pusat reka bentuk industri nasional. Hari ini, dengan usaha tanpa henti oleh lebih daripada 4,000 saintis dan jurutera XCMG, kami menerajui pembangunan inovasi teknologi industri ini dan langkah demi langkah, mengejar, malah mengatasi pesaing kami," ujar Wang Min, presiden dan pengerusi XCMG.

XCMG bakal terajui pembangunan mampan sektor jentera pembinaan China

Bagi membina komuniti yang lebih baik dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk dunia, XCMG Hoisting Machinery menerbitkan "XCMG Hoisting Machinery Carbon Peak and Carbon Neutrality Declaration" ("Deklarasi Puncak Karbon dan Keneutralan Karbon Jentera Angkat XCMG"). Deklarasi ini sesungguhnya berjanji untuk "meneruskan dengan aktif visi pembangunan mesra alam dan menggalas tanggungjawab untuk membina tamadun ekologi, menjadi peneraju dalam industri ini untuk menyempurnakan matlamat bagi mencapai puncak karbon dan meraih keneutralan karbon serta menerajui pembangunan industri yang berkualiti tinggi, mesra alam, rendah karbon dan mampan."

Bagi menunaikan janji tersebut, XCMG telah menetapkan enam matlamat dalam deklarasi tersebut termasuk menggalakkan dengan bersungguh-sungguh struktur tenaga bersih dan rendah karbon, berusaha untuk membangunkan sebuah perusahaan pembuatan mesra alam dan pintar perintis, mempercepatkan aplikasi teknologi menjimatkan tenaga yang rendah karbon dan susun atur produk tenaga baharu, menyokong pembinaan tenaga bersih China, mempromosikan penggunaan produk yang dikilang semula dan mendorong semangat pengurangan karbon.

Janji oleh XCMG dibuat apabila industri jentera pembinaan China mula mengambil tempat di persada antarabangsa.

Menurut Su Zimeng, pengerusi China Construction Machinery Association (CCMA), terdapat hampir 50,000 syarikat pengangkat swasta di China, antaranya mempunyai aset-aset 50 teratas yang berjumlah hampir USD1.57 bilion. Firma-firma ini bukan sahaja telah membina China yang indah, tetapi juga menjadi antara kuasa yang paling aktif dalam pembinaan kejuruteraan global.

"China mempunyai potensi yang sangat besar untuk mencapai pembangunan ekonomi dengan pembinaan prasarana berskala besar manakala matlamat 'dwikarbon' menunjukkan rasa tanggungjawab bagi sebuah negara besar. Industri-industri China menunjukkan dua trend pembangunan menuju mesra alam, rendah karbon dan penaiktarafan industri yang turut memberi ruang kepada kami untuk mencapai pembangunan selanjutnya," kata Su.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Gambling/Casinos Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation Travel Awards Sales reports Survey, Polls & Research