NEW YORK, 24 November 2021 /PRNewswire/ -- Creality sebagai jenama pencetakan 3D yang terkemuka, berdedikasi terhadap penyelidikan serta inovasi pencetak 3D dengan kepercayaan teguh untuk membawa manfaat kepada umat manusia.
Usaha membuahkan keberuntungan. Sebelum 'Black Friday', Creality dipilih sebagai jenama eksklusif untuk mempamerkan pencetak 3D di Pavilion Kebangsaan semasa berlangsungnya Expo2020 DUBAI. Ini seharusnya merupakan hasil daripada perkhidmatan pendidikan awam yang disertai oleh Creality di Brazil. Pada bulan Jun tahun ini, Brazilian Space Agency menandatangani perjanjian untuk Artemis Project dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), mencetuskan satu kegilaan terhadap angkasa lepas di Brazil. Mendapat pengiktirafan tinggi oleh wakil projek ini, Creality berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil dan melancarkan secara rasmi projek "Space Robotics" ("Robotik Angkasa"). Aktiviti-aktiviti meliputi 250 buah sekolah di Brazil dan pencetak 3D Creality dipamerkan di sekolah-sekolah yang berbeza selain komuniti bagi memberi peluang kepada warga tempatan untuk menyaksikan proses pencetakan 3D. Mendapat liputan media yang luas, seperti tvBrasil - stesen televisyen nasional di Brazil, Creality diiktiraf sebagai "Pencipta Kapsul Angkasa" oleh warga tempatan. Dengan aspirasi untuk mempopularkan pendidikan pintar, Creality amat berharap agar aktiviti-aktiviti sedemikian dapat memberi pengetahuan mengenai pencetakan 3D kepada anak muda dan dapat merangsang keghairahan mereka terhadap teknologi.
Produk-produk Creality direka bentuk dengan sorotan yang berbeza, namun jaminan kualitinya terpakai untuk semua. Pencetak 3D Tertutup Sepenuhnya mengutamakan keselamatan dan ciri mesra pengguna. Sermoon D1 dinilai sebagai "Pencetak 3D FDM Paling Senyap". CR-200B, diperakui oleh 14 organisasi antarabangsa, diiktiraf sebagai pilihan utama untuk pendidikan. Ia membuat kemunculan sulung di New York Times Square dan dipilih untuk mengadakan pameran di Expo 2020 DUBAI. CR-5 Pro (versi suhu tinggi) ialah pencetak 3D atas meja yang menyokong pencetakan bersuhu tinggi 300°C dan bersaiz besar dengan pelbagai filamen.
Siri Ender memfokuskan kepada pengalaman penggunaan. Ender-3 V2, sebagai pencetak 3D yang paling popular pada tahun 2020 & 2021, dinilai sebagai "Pencetak Paling Estetik dalam Siri Ender" oleh All3DP. Ender-7 ialah pencetak 3D paling pantas, yang membolehkan anda mencetak produk kegemaran anda pada kelajuan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Ender-5 Plus ditonjolkan oleh pencetakan bersaiz besar bagi menawarkan pilihan yang lebih luas untuk model-model.
Siri CR membangunkan produk canggih. CR-6 SE, CR-10 Smart dan CR-30 dipilih untuk mengadakan pameran di Expo2020 DUBAI. CR-6 SE khususnya, telah tersenarai sebagai finalis Forbes untuk Pencetak 3D Keseluruhan Terbaik dan menerima sumbangan dana awam (crowdfunding) paling banyak di Kickstarter pada tahun 2020. CR-30 diiktiraf sebagai "Pencetak 3D Tali Sawat Paling Menjimatkan" oleh 3DPRINT.COM.
Creality menghargai maklum balas pengguna dan terus mengoptimumkan pengalaman penggunaan produk kami. Dengan 'Black Friday'—karnival membeli belah global semakin menghampir, Creality akan melancarkan rancangan mereka "Creality 3D Bazaar", yang membolehkan pengguna menyemak produk yang disyorkan oleh Creality dan memilih produk kegemaran mereka. Pautan Pilih&Beli: https://www.creality.com/Black-Friday. Promosi produk mungkin berbeza antara kawasan-kawasan berbeza. Untuk aktiviti tertentu, sila hubungi agensi-agensi tempatan mereka.
Penyertaan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan awam mengukuhkan tanggungjawab sosial Creality. Creality berasa bangga untuk memaklumkan kepada lebih ramai orang mengenai pencetakan 3D dan memberi bantuan yang diperlukan kepada mereka. Creality turut bersyukur atas semua pengiktirafan yang diterima daripada masyarakat. Sebagai jenama yang terkemuka, kini Creality mempunyai Creality Cloud App dan produk-produk daripada empat siri utama termasuk CR, Ender, Fully-Enclosed (Tertutup-Sepenuhnya) serta Resin. Dunia sains adalah sangat luas dan penuh dengan perkara yang tidak diketahui, namun Creality tidak akan menghentikan penerokaan, kerana pengguna sentiasa menjadi apa yang kami ingin bawakan manfaatnya melalui teknologi pencetakan 3D.
Hidup dengan Minat, Cetak dengan Ciptaan. Semoga dunia kita menjadi lebih kreatif kerana Creality.