omniture

Yadea Mempesona di EICMA 2021 dengan Produk Terkini dan Teknologi Baharu

Yadea
2021-11-24 18:46 111

MILAN, 24 November 2021 /PRNewswire/ -- Yadea, jenama kenderaan dua roda elektrik yang terkemuka di dunia, memperkenalkan produk dan teknologi terkininya kepada dunia di EICMA 2021 yang kini diadakan di Milan mulai 23-28 November. Pada hari pembukaan acara ini, Yadea menggamit perhatian tanpa henti daripada syarikat penerbitan media, pengedar dan hadirin hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) kenderaan elektrik baharunya yang mengujakan.


Yadea memperkenalkan buat julung kalinya barisan produk penuhnya di reruainya, termasuk motosikal elektrik, moped (basikal berenjin) elektrik, basikal elektrik dan skuter tendang elektrik. Sementara itu, jenama ini mempamerkan inovasi terkininya yang direka bentuk untuk menjadikan tunggangan lebih selamat, lebih menyeronokkan dan lebih mesra alam seperti pengecasan tanpa wayar, pengecasan pantas dan perkhidmatan penukaran baterinya menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Gogoro Network.

"Kami gembira dapat melihat EICMA kembali pada tahun 2021 selepas edisi 2020 dibatalkan ekoran COVID-19. Yadea teruja untuk mempamerkan rangkaian penuh produk kami termasuk produk dan teknologi terbaharu kami di acara yang paling berpengaruh dalam industri ini," kata Aska Zeng, Pengurus Besar Yadea.

Penampilan utama pameran ini ialah kenderaan dua roda elektrik Y1S serba guna yang baharu daripada Yadea yang dilancarkan awal bulan ini. Direka bentuk khas untuk perusahaan, reka bentuk Y1S yang boleh disesuaikan dapat memenuhi keperluan pelbagai aplikasi komersial. Kumpulan pertama Y1S akan tersedia di Itali tidak lama lagi, diedarkan oleh Padana Sviluppo Group, rakan kongsi Yadea di Itali.

Moped elektrik pintar merangkumkan pelbagai ciri yang dapat meningkatkan kemudahan bermula daripada dua bateri yang dapat dicas terus atau ditanggalkan untuk pengecasan kepada sistem pengurusan bateri pintar yang meningkatkan keselamatan dan ketahanan.

Di samping itu, Yadea mempamerkan barisan produk utama sedia adanya termasuk Yadea G5 yang menampilkan reka bentuk dan kombinasi warna yang bergaya dan sistem prestasi utama; C1S, dengan penampilan diiktiraf menerusi Red Dot Award; basikal elektrik yang disasarkan untuk transit riadah termasuk YS500 yang dilengkapi dengan motor-tengah; skuter tendang elektrik untuk transit jarak dekat gaya bandar yang menampilkan KS5, dilancarkan di Amazon di Amerika Utara pada bulan April dan KS3 akan datang selain lebih banyak produk canggih yang dapat memenuhi pelbagai kehendak transit daripada pengguna E-mobiliti baru muncul di serata dunia.

Sebagai sebuah syarikat yang berbangga dengan R&D teknikalnya, teknologi kenderaan dua roda elektrik yang terkini daripada Yadea turut membawa impak yang penting di acara ini. Peranti pengecasan tanpa wayar baharunya membolehkan pengecasan moped elektrik tanpa sentuh yang mudah. Teknologi pengecasan amat pantas daripada Yadea merupakan satu lagi sorotan — dengan memanfaatkan teknologi gred-automotif, kenderaan dua roda elektrik ini boleh dicas sehingga 80% dalam masa hanya 20 minit.

Turut menjadi sorotan ialah perkhidmatan penukaran bateri Yadea. Mengguna pakai teknologi yang dibangunkan oleh Gogoro Network, perkhidmatan ini membolehkan pemandu mengecas semula bateri mereka dalam beberapa saat semasa dalam perjalanan dan mengembara lebih jauh dengan setiap tunggangan.

"Penerimaan produk dan teknologi kami di EICMA 2021 memperkukuh tumpuan Yadea untuk menyediakan pelbagai jenis produk dan penyelesaian yang canggih dan di samping itu, usaha berterusan Yadea untuk meningkatkan keupayaan R&D dengan matlamat utama untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman tunggangan yang diperbaharui. Strategi pengantarabangsaan jenama kami dijalankan dengan baik — dan ini hanyalah permulaan. Memandang ke hadapan, kami memperluaskan lagi jangkauan kami ketika kami membantu lebih ramai orang 'Mengelektrikkan Kehidupan Anda' dan memberi inspirasi kepada pergerakan ke arah penyelesaian perjalanan yang lebih mesra alam," kata Zeng.

Latar Belakang Yadea 

Yadea ialah peneraju global dalam membangunkan dan mengeluarkan kenderaan dua roda elektrik termasuk motosikal elektrik, moped (basikal berenjin) elektrik, basikal elektrik dan skuter tendang elektrik. Sehingga kini, Yadea telah menjual produk kepada 50 juta pengguna di lebih 80 negara dan mempunyai jaringan dengan lebih 35,000 penjual di seluruh dunia. Dengan misi untuk membantu orang ramai "Mengelektrikkan Kehidupan Anda", Yadea terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran serta pengembangan global demi membina masa depan yang dikongsi bersama dan lestari untuk umat manusia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:
Laman Sesawang Rasmi : https://www.yadea.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Yadea.Official
Instagram: https://www.instagram.com/YADEA.GLOBAL/
Twitter: https://twitter.com/YadeaGlobal

Source: Yadea
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services Trade show news