SHENZHEN, China, 25 November 2021 /PRNewswire/ -- OneConnect Financial Technology Co., Ltd. (NYSE: OCFT) ("OneConnect"), platform teknologi-sebagai-satu-perkhidmatan yang terkemuka untuk institusi-institusi kewangan dan syarikat bersekutu Ping An Group, hari ini melancarkan Gamma Core, sistem perbankan terasnya yang terkini untuk institusi-institusi kewangan. Gamma Core direka bentuk untuk membantu bank-bank menjalani penstrukturan semula digital atas-ke-bawah yang lengkap bagi menaik taraf seni bina asas, prestasi perniagaan dan sistem terasnya.
Gamma Core disokong oleh konsep tiga "satu", yang pertama daripadanya ialah satu bank untuk semua pelanggan. Di bawah sistem ini, bank-bank menerima pakai pendekatan bertumpukan pelanggan yang mana pelanggan-pelanggan yang berbeza dikumpulkan ke dalam nod pelayan Unit Perkhidmatan Digital (DSU) berkelompok seperti pelanggan runcit dan klien perusahaan. Menggunakan kluster ini, bank-bank akan mendapat keupayaan yang diperlukan untuk menyediakan inovasi produk yang unik dan disesuaikan untuk setiap kumpulan sambil terus menggabungkan kesemua pelanggannya ke dalam bank tunggal untuk semua orang.
"Bank masa depan perlu menjadi lebih bertumpukan pelanggan berbanding sebelum ini untuk membantu pelanggan memenuhi keperluan kewangan mereka yang diperibadikan dan mengakses perkhidmatan yang lebih baik pada bila-bila masa dan lokasi. Pendigitalan, kecerdasan dan ketelusan merupakan tonggak-tonggak asas bagi ekonomi digital baharu dan bank-bank yang berusaha untuk berkembang maju pada masa depan akan perlu menerima idea-idea ini dalam sistem teras mereka," kata Li Jie, Ketua Pegawai Teknologi OneConnect.
"Satu" yang kedua merujuk kepada kos kendalian akaun tunggal RMB 1. Dengan reka bentuk yang teragih sepenuhnya, peruntukan sumber yang fleksibel berdasarkan kepada nilai pelanggan dan pelayan berkos rendah, Gamma Core mengurangkan kos kendalian dan penyelenggaraan dengan ketara serta menyelaraskan kecekapan. Manakala "satu" ketiga Gamma Core menjanjikan bahawa hanya 1 peratus transaksi akan memerlukan campur tangan manusia lantaran pengedaran pintar melalui enjin paparan pintar; kawalan risiko yang pintar berdasarkan kepada enjin analisis pintar; dan tadbir urus pintar di bawah enjin gelintar pintar.
Kemunculan pembiayaan yang pantas, pintar, mesra pengguna, digital, tanpa tunai dan tanpa sentuh yang berskala besar merevolusikan industri perbankan. Menjelang tahun 2024, pasaran transformasi digital untuk institusi-institusi kewangan Cina dijangka melangkaui nilai RMB 400 bilion (US$ 62.6 bilion). Sebagai perintis industri Teknologi Kewangan (FinTech), OneConnect merupakan penyokong kuat untuk ekonomi digital dan percaya bahawa dalam tempoh tiga hingga lima tahun perniagaan dalam talian, pendigitalan, kecerdasan dan ketelusan akan membentuk masa depan perbankan.
Walau bagaimanapun, bank-bank tradisional berisiko ketinggalan dari segi strategi digital, operasi dan pelaksanaan. Satu tinjauan McKinsey yang melibatkan hampir 30 bank yang terkemuka di serata dunia mendapati bahawa apabila bank-bank membina perniagaan digital, bank-bank ini perlu mewujudkan sistem infrastruktur IT teras yang berorientasikan pelanggan, berfokus saluran dan tangkas terlebih dahulu untuk menyokong usaha mereka.
Sebagai tindak belas kepada trend ini, Gamma Core dicipta dengan visi untuk mempercepatkan pembangunan dan transformasi industri ini dan membantu bank-bank menaik taraf sistem teras mereka, memperkasa mereka dengan keupayaan dan bantuan yang diperlukan untuk mencapai pertumbuhan kewangan.
"Kami teruja untuk memulakan perjalanan yang baharu ini bersama Gamma Core untuk mendorong pertumbuhan berterusan yang akan menyaksikan kami terus menerokai lebih mendalam industri kewangan menerusi teknologi yang paling canggih, pengalaman yang luas dan pemahaman yang mendalam mengenai industri ini," kata Shen Chongfeng, Ketua Pegawai Eksekutif OneConnect. "Kami berharap agar Gamma One Bank Platform kami menjadi sayap inovasi teknologi yang mendorong transformasi digital institusi-institusi kewangan yang lebih baik serta membawa kualiti khidmat pelanggan dan pengurusan dalaman ke tahap seterusnya."
TAMAT