JAKARTA, Indonesia, 29 November 2021 /PRNewswire/ -- MoEngage, platform penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman, hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Penasihat Pelanggan (CAB) mereka yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang paling berpengalaman, berdaya usaha dan berpandangan jauh dalam industri ini menjadikan pelanggan sebagai pemegang kepentingan yang sama rata dalam perjalanan pembangunan produk mereka. CAB akan bertindak sebagai penasihat strategik untuk MoEngage tatkala syarikat ini meneruskan inovasi berkisarkan teknologi canggih yang diperkasakan oleh AI untuk mentransformasikan masa depan Penglibatan Pelanggan dan Pengurusan Pengalaman.
Lembaga ini akan mendapat perwakilan daripada pelanggan perusahaan terkemuka MoEngage merentas pelbagai industri seperti perbankan, telekomunikasi, hospitaliti, peruncitan, pendidikan, media & hiburan. MoEngage menyaksikan pertumbuhan yang pesat sepanjang tahun lalu termasuk pengembangan yang besar dengan lebih 80% dalam kumpulan pelanggannya.
"Kami bertuah kerana dapat bekerjasama dengan beberapa jenama yang terbaik di dunia," kata Raviteja Dodda, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif MoEngage. "Lembaga Penasihat Pelanggan merupakan sumber yang tidak ternilai harganya untuk MoEngage dan kami berterima kasih atas sokongan daripada sekumpulan peneraju industri yang cemerlang. Ini merupakan inisiatif penting yang akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pencapaian kejayaan pelanggan kami. Ia akan membantu kami menentukan bagaimana kami dapat menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dan mencipta semula hala tuju inovasi produk. Saya teruja untuk mempelopori masa depan penglibatan pelanggan bersama-sama pelanggan kami."
"Kami berterima kasih kepada eksekutif-eksekutif pelanggan kami yang meluangkan masa daripada jadual mereka yang sibuk untuk menjadi sebahagian daripada Lembaga Penasihat Pelanggan kami bagi tahun 2022. Kami percaya ahli-ahli lembaga akan seronok belajar daripada satu sama lain dan membimbing strategi dan visi kami di MoEngage," kata Naib Presiden Kejayaan Pelanggan Global MoEngage Atma Gunupudi semasa mesyuarat sulung untuk mengalu-alukan ahli-ahli Lembaga Penasihat Pelanggan. "Ini merupakan satu peluang yang istimewa untuk kami kerana dapat bekerjasama dengan beberapa minda yang paling bijak di rantau ini untuk mencipta semula masa depan penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman."
MoEngage dengan sukacitanya mengalu-alukan ahli-ahli Lembaga Penasihat Pelanggan 2022. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang disegani ini.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MoEngage kerana menganjurkan acara CAB yang mana kami berasa gembira dapat berinteraksi dengan rakan-rakan industri sealiran setelah sekian lama. Kami telah menjalin kerjasama dalam tempoh yang lama dengan MoEngage dan gembira rasanya dapat melihat kadar evolusi produk mereka yang pesat. Penyelesaian yang canggih daripada MoEngage telah membawa manfaat kepada kami dalam usaha pengekalan dan penglibatan semula kami," kata Anand Bhaskaran, Ketua, Pemasaran Digital dan Komunikasi Pemasaran, BigBasket, di mesyuarat sulung Lembaga Penasihat Pelanggan baharu.
"Ia merupakan peluang yang baik kerana dapat hadir di acara CAB yang dianjurkan oleh MoEngage. Ia memberi pandangan terhadap rancangan dan peta pertumbuhan MoEngage. Mereka telah menjadi rakan kongsi kami selama lebih lima tahun dan membantu kami membangunkan cara kami berinteraksi dengan pengguna kami dan mengoptimumkan perjalanan pengguna. Kami telah berupaya melancarkan banyak intervensi pertama industri bersama MoEngage. Kami berharap dapat berkembang maju bersama-sama," kata Yatish Jain, Ketua Pegawai Pertumbuhan, OYO.
Pihak lembaga akan bermesyuarat pada selang masa yang tetap untuk mempertimbangkan dan menawarkan khidmat nasihat mengenai cabaran pelanggan dan trend teknologi baru muncul. Pemahaman ini akan membantu MoEngage menyelaraskan hala tuju inovasi produknya dengan keperluan strategik jenama-jenama pengguna dan membangunkan penyelesaian yang tepat untuk pasaran. Pelanggan perusahaan utama MoEngage juga akan dapat memperoleh pandangan awal mengenai keupayaan termaju untuk diperkenalkan kepada platform syarikat ini.
Latar Belakang MoEngage
MoEngage ialah platform penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman yang dipercayai oleh lebih daripada 1000 jenama pengguna global seperti Ally Financial, McAfee, Flipkart, Nestle, T-Mobile, Travelodge dan banyak lagi. MoEngage memperkasa pemasar dan pemilik produk dengan pemahaman mengenai tingkah laku pelanggan dan keupayaan untuk bertindak berdasarkan pemahaman tersebut untuk berinteraksi dengan pelanggan melalui saluran laman web, mudah alih, emel, sosial dan pemesejan. Jenama-jenama pengguna merentas 35 negara memanfaatkan MoEngage untuk memperkasa pengalaman digital untuk lebih 900 juta pengguna setiap bulan. Dengan pejabat-pejabat di sembilan negara, MoEngage disokong oleh Multiples Private Equity, Eight Roads, F-Prime Capital, Matrix Partners, Ventureast dan Helion Ventures.
Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.moengage.com.