omniture

Chubb Vietnam Diisytiharkan Juara Asia Super Team 2021

Tinjauan Perjalanan Insentif Pasca-Pandemik mendedahkan 60% responden memilih Taiwan sebagai destinasi perjalanan pasca-pandemik utama mereka
MEET TAIWAN, TAITRA
2021-11-29 12:26 161

TAIPEI, 29 November 2021 /PRNewswire/ -- Pertandingan antarabangsa Asia Super Team (AST), dianjurkan oleh Biro Perdagangan Luar Negeri Taiwan, MOEA, telah memasuki tahun kelapan. Pertandingan ini memperkenalkan tema baharu dan kandungan kompetitif yang unik setiap tahun untuk menarik perhatian dan menonjolkan pelbagai aspek perjalanan insentif di Taiwan. Chubb Vietnam dinobatkan sebagai juara pertandingan ini. Chubb Vietnam menerima hadiah perjalanan insentif besar yang bernilai USD50,000.

60% responden memilih Taiwan sebagai destinasi perjalanan pasca-pandemik utama mereka
60% responden memilih Taiwan sebagai destinasi perjalanan pasca-pandemik utama mereka

Tinjauan Perjalanan Insentif Pasca-pandemik: Taiwan diundi sebagai destinasi perjalanan pasca-pandemik utama

Ekoran pandemik COVID-19, kebanyakan syarikat di seluruh dunia terpaksa membatalkan atau menangguhkan rancangan perjalanan insektif mereka pada tahun 2021. Tahun ini, MEET TAIWAN menyoal selidik khususnya pelancong perniagaan dari lapan negara di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat berhubung hasrat mereka untuk perjalanann insentif ini. Keputusan menunjukkan bahawa dasar keselamatan destinasi dan pencegahan wabak merupakan pertimbangan utama mereka apabila memilih destinasi perjalanan insentif. Antara individu yang disoal selidik, lebih 60% menyenaraikan Taiwan sebagai pilihan utama mereka untuk destinasi perjalanan insentif di Asia. Ini jelas menunjukkan pengiktirafan antarabangsa terhadap prestasi pencegahan wabak Taiwan, menandakan potensi yang lebih besar untuk menarik kumpulan perjalanan insentif luar negara untuk melawat Taiwan selepas pandemik ini.

Sembilan negara Asia bersaing dalam arena maya—Platform Interaktif Perjalanan Awan pertama seumpamanya 

Model pertandingan dalam talian Asia Super Team dinaik taraf dengan signifikan untuk tahun 2021. Dengan memanfaatkan Platform Interaktif Perjalanan Awan yang pertama seumpamanya, arena maya bertema Future Land AST dicipta. Wakil-wakil daripada syarikat-syarikat dari Jepun, Korea, Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam telah dijemput untuk bersaing. Buat julung kalinya, tahun ini, syarikat-syarikat Taiwan turut dijemput untuk mencuba pasukan tempatan, menambah lebih intensiti kepada pertandingan dalam talian ini. Pertandingan ini turut menggabungkan audio siar, catatan blog, pencarian harta karun, lukisan maya dan cabaran eksklusif, inovatif yang lain buat julung kalinya. Tujuan cabaran ini adalah untuk membina keterujaan dan imaginasi untuk perjalanan insentif Taiwan dalam minda pelancong perniagaan. Sistem maya turut ditambah, membolehkan pasukan-pasukan dari setiap negara untuk bertukar-tukar aset-aset maya mereka untuk hadiah istimewa Taiwan Excellence yang ditunjukkan dalam bahagian hadiah platform ini—cenderahati yang sempurna untuk mengingati perjalanan maya mereka melalui Taiwan.

Pertandingan finalis telah diadakan secara dalam talian dan keputusan telah diputuskan melalui undian dalam talian dan pasukan penilaian profesional. Chubb Vietnam, penyedia insurans perjalanan yang utama, mendapat skor keseluruhan yang tertinggi dan dinamakan sebagai juara tahun 2021, memenangi pakej perjalanan insentif Taiwan bernilai USD50,000 yang akan dapat dinikmati oleh syarikat ini sebaik sahaja pandemik ini reda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Asia Super Team, kunjungi laman sesawang rasmi di asiasuperteam.meettaiwan.com.

Source: MEET TAIWAN, TAITRA
Keywords: Banking/Financial Service Travel Awards Trade show news