omniture

UnionPay ekerjasama dengan Razer Merchant Services dayakan bayaran Kod QR di semua titik sentuh fizikal dan peniaga e-dagang

UnionPay International
2021-11-30 12:50 62

Penggunaan berskala luas Kod QR UnionPay akan memberi laluan untuk lebih ramai pengguna tempatan memilih tanpa tunai dengan penerimaan pembayaran digital melalui e-dompet didayakan UnionPay

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 November 2021 /PRNewswire/ -- Rangkaian pembayaran global UnionPay dan syarikat Teknologi Kewangan (Fintech) yang terkemuka Razer Merchant Services ("RMS") bekerjasama untuk mengaktifkan Kod Respons Pantas (QR) UnionPay di semua titik sentuh peniaga fizikal dan peniaga dalam talian RMS di Malaysia. Selaras dengan visi Bank Negara menuju masyarakat tanpa tunai, UnionPay International (UPI) bekerjasama dengan cabang B2B Razer Fintech, RMS, untuk mengupayakan penerimaan Kod QR di peniaga-peniaga kecil, sederhana dan besar merentas banyak vertikal industri yang meliputi industri kecantikan, e-dagang, pendidikan, perkhidmatan kerajaan, rawatan kesihatan, hobi, tempat letak kenderaan, peruncitan, telefoni, pelancongan dan banyak lagi.

Pada tahun 2018, UPI merupakan rangkaian pembayaran global pertama di Malaysia yang memulakan penggunaan Kod QR UnionPay patuh-EMV seluruh negara untuk pembayaran. Hari ini, Kod QR UnionPay diterima hampir di 100 ribu terminal peniaga di dalam negara, menyenaraikannya di tempat pertama antara rangkaian pembayaran antarabangsa di Malaysia. Liputan Kod QR UnionPay juga merupakan yang paling komprehensif di seluruh dunia, merangkumi 44 destinasi dan lebih 30 juta peniaga di luar Malaysia, termasuk destinasi-destinasi yang popular dengan penduduk Malaysia seperti Australia, China, Indonesia, Korea, Jepun, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sebagai salah satu peneraju bagi pembayaran yang inovatif, visi kami adalah untuk sentiasa membangunkan dan memperluas ekosistem rangkaian peniaga Kod QR yang mantap bagi mendorong pengalaman pembayaran yang mudah dan lancar untuk pengguna yang menggunakan e-dompet standard-UnionPay dengan Bank of China (BOC), Boost, GoPayz dan S Pay Global. Justeru itu, kami dengan amat berbesar hati mengaktifkan peniaga-peniaga dalam talian yang popular seperti eKhidmat, Elinking, exam-mate, Finestlife, Flowerchimp, Hermo, Livein, Penang Smart Parking dan banyak lagi untuk pembayaran Kod QR, bagi membolehkan pelanggan kami mengimbas Kod QR UnionPay dengan mudah secara dalam talian apabila membuat bayaran untuk pembelian dan perkhidmatan harian, mengurangkan kontak fizikal dan keperluan untuk berulang alik," kata En. Huiming Cai, Pengurus Besar, (UPI Asia Tenggara.

Penggunaan Kod QR terdahulu daripada UnionPay lebih memfokuskan kepada peniaga luar talian, namun begitu sekatan pergerakan ekoran pandemik mengakibatkan lebih ramai pelanggannya membeli secara dalam talian.

"RMS berbesar hati untuk bekerjasama dengan UnionPay yang telah menunjukkan komitmen padu ke arah membangunkan produk dan perkhidmatan pembayaran yang inovatif di Malaysia. Kolaborasi ini akan memperluaskan lagi kehadiran dalam talian UnionPay di Malaysia tatkala permintaan terhadap penerimaan Kod QR semakin meningkat, terutamanya untuk banyak pasaran dalam talian, e-perkhidmatan dan laman e-dagang. Seperti UnionPay, kami percaya Kod QR menawarkan alternatif e-bayaran yang terjamin, mudah digunakan dan berkos rendah untuk peniaga Malaysia dalam talian dan luar talian. Kami yakin penyelesaian pembayaran modular dan boleh diskala daripada RMS ini akan mendayakan pengalaman pembayaran yang unggul untuk semua saiz dan pelanggan mereka," kata Lee Li Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Razer Fintech.

Razer Fintech ialah cabang teknologi kewangan Razer Inc. yang ditubuhkan pada April 2018 dan berkembang menjadi rangkaian pembayaran digital O2O (dalam talian ke luar talian) terbesar Asia Tenggara (SEA) menerusi gerbang pembayaran SEA dalam taliannya yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 60 ribu peniaga di rantau ini sementara rangkaian pembayaran luar taliannya meliputi lebih 1 juta titik fizikal dalam outlet runcit di seluruh SEA.

Pembayaran mudah alih UnionPay merangkumi Kod QR untuk pembayaran dan pembayaran QuickPass (Tanpa Sentuh). UPI membangunkan ekosistem dengan aktif untuk pembayaran mudah alih UnionPay di Malaysia. Pada Jun 2021, UPI mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan penyedia tempat letak kenderaan tanpa tunai yang terkemuka Sonicboom Solutions Sdn Bhd untuk melancarkan Frictionless Parking kepada pelanggan GoPayz UnionPay meletakkan kenderaan di Lembah Klang tanpa menggunakan wang tunai, kad atau mengambil tiket letak kenderaan. Frictionless Parking menggunakan Teknologi Pengecaman Plat Nombor Sonicboom, senario penggunaan dalam Platform Kandungan & Perkhidmatan Antarabangsa UnionPay (UCSP). UCSP mengintegrasikan pelbagai senario pembayaran mudah alih ke dalam ekosistem pembayaran mudah alih, meningkatkan pengalaman pembayaran pengguna untuk pembelian harian. Senario penggunaan termasuk transit, tempat letak kenderaan, faedah, kupon, bayaran balik cukai dan lain-lain.

Latar Belakang UnionPay International

UnionPay International (UPI) memfokuskan kepada perniagaan antarabangsa UnionPay. Melalui jalinan kerjasama dengan lebih 2,400 institusi di seluruh dunia, UnionPay International mengaktifkan penerimaan kad di 180 negara dan wilayah dengan pengeluaran di 70 negara dan wilayah. UPI menyediakan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan yang berkualiti tinggi, berkesan kos dan terjamin kepada kumpulan Pemegang Kad yang terbesar di dunia ini dan memastikan perkhidmatan setempat yang mudah untuk Pemegang Kad UnionPay global dan peniaga yang semakin bertambah.

Di Malaysia, kad UnionPay diterima secara meluas di ATM dan terminal POS seluruh negara ini. UPI bekerjasama dengan Bank of China (Malaysia), Boost, GoPayz, Huawei, Industrial and Commercial Bank of China, Public Bank dan S Pay Global untuk menawarkan pelbagai jenis produk pembayaran bermula daripada kad fizikal, kad maya, Kod QR sehinggalah pembayaran mudah alih dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.unionpayintl.com/my.

Latar Belakang Razer Fintech

Razer Fintech ialah cabang teknologi kewangan Razer Inc (1337: Hong Kong). Ditubuhkan pada April 2018, Razer Fintech berkembang menjadi salah satu rangkaian pembayaran digital O2O (luar talian ke dalam talian) yang terbesar dalam pasaran baru muncul dan memproses lebih berbilion-bilion dolar nilai bayaran keseluruhan. Razer Fintech mencatatkan Jumlah Bayaran Keseluruhan (TPV) sebanyak US$4.3 bilion untuk Tahun Fiskal (FY) 2020, menerusi cabang B2B, Razer Merchant Services ("RMS"), penyumbang utama kepada angka ini. TPV FY 2020 menunjukkan peningkatan 104.4% berbanding tahun sebelumnya dan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) melebihi 70% sejak FY2018. RMS, penyelesaian B2B (perniagaan-kepada-perniagaan) yang utama merangkumi:

  • RMS Online: Gerbang pemprosesan kad yang menyokong kad skim global dan lebih 110 kaedah bayaran, memperkasa pembayaran dalam talian untuk peniaga cip-biru global dan serantau di SEA.
  • RMS Offline: Rangkaian pembayaran luar talian terbesar SEA dengan lebih 1 juta titik penerimaan fizikal di seluruh SEA. RMS Offline turut melanjutkan perkhidmatan tempat-jualan (seperti bayaran bil dan tambah nilai syarikat telekomunikasi), perkhidmatan tunai-di-kaunter termasuk pelaksanaan pembelian e-dagang, pengedaran kad pengaktifan tempat jualan (POSA) pihak ketiga dan perkhidmatan pemerolehan peniaga untuk e-dompet pihak ketiga.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami di sini.

Peniaga yang berminat dengan perkhidmatan pembayaran dalam talian, sila emelkan kepada kami di sales-sa@razer.com.
Peniaga yang berminat dengan tambah nilai luar talian, sila emelkan kepada kami di bd-offline-my@razer.com

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services