omniture

Ujian Pantas Antigen SARS-COV-2 JOYSBIO mengesan varian OMICRON

JOYSBIO, salah satu pengeluar ujian COVID-19 yang terkemuka di dunia, mengumumkan ujian mereka tersedia di mana-mana dan dapat mengenal pasti varian baharu yang berbahaya.
JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd.
2021-12-01 01:56 206

TIANJIN, China, Dec. 1, 2021 /PRNewswire/ -- JOYSBIO, salah satu pengeluar ujian pantas aliran lateral yang terkemuka di dunia, dengan bangganya mengumumkan bahawa ujian mereka tersedia di seluruh dunia. Di samping itu, mereka berupaya menunjukkan bahawa ujian mereka dapat mengesan Omicron (B.1.1.529) baharu. Varian ini merupakan subjek dalam mesyuarat tergempar WHO baru-baru ini dan menjadi punca banyak negara melaksanakan sekatan perjalanan.

Kit Ujian Pantas Antigen SARS-COV-2 JOYSBIO dapat mengesan varian SARS-COV-2 termasuk B.1.1.7 (Alfa), B.1.351 (Beta), B.1.617.2 (Delta), P.1 (Gama) dan B.1.1.529 (Omicron). Maklumat lanjut disediakan di https://en.joysbio.com/covid-19-antigen-rapid-test-kit/.

"Varian Omicron masih lagi menjadi sedikit misiteri. Ia dikatakan lebih mudah berjangkit," kata Rick Zhang, Pengarah Pembangunan Perniagaan untuk JOYSBIO. "Menurut data penjujukan varian baharu ini, domain protein sasaran kit ujian kami tidak terjejas. Oleh itu, kit ujian pantas antigen SARS-COV-2 yang dikeluarkan oleh JOYSBIO dapat mengesan varian Omicron."

Laporan daripada WHO hanya beberapa hari lamanya, mengandungi beberapa indikasi yang membimbangkan. "Varian ini mempunyai banyak mutasi dan sebahagian daripadanya membimbangkan. Bukti awal mencadangkan peningkatan risiko jangkitan semula dengan varian ini berbanding dengan VOC yang lain.

"Individu-individu diingatkan untuk mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan risiko COVID-19 mereka termasuk langkah-langkah kesihatan awam dan sosial yang terbukti seperti memakai pelitup muka yang sesuai, kebersihan tangan, penjarakan fizikal, meningkatkan pengudaraan ruang dalaman, mengelakkan tempat sesak dan mendapat vaksin." - https://www.who.int/news/item/26-11-2021-classification-of-omicron-(b.1.1.529)-sars-cov-2-variant-of-concern 

Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 JOYSBIO memberi keputusan hanya dalam 15 minit.

Ujian JOYSBIO adalah sangat tepat. "Menurut analisis klinikal terhadap 492 sampel, kepekaan pengesanan ialah 98.13% manakala kekhususan ialah 99.22%." (https://en.joysbio.com/covid-19-antigen-rapid-test-kit/) Ia telah digunakan dan diuji terhadap varian SARS-COV-2 dan telah menunjukkan bahawa ia sama responsif, tepat dan pantas.

"Di JOYSBIO," kata Zhang. "Kami komited untuk mengikuti perkembangan semua varian SARS-COV-2. Kami akan terus memperbaiki ujian sedia ada kami dan membangunkan ujian baharu seperti yang diperlukan. Lebih cepat seseorang tahu bahawa mereka sakit, lebih cepat mereka dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk mencegah penularan dan menjaga diri sendiri." 

Zhang menyambung dengan berkata bahawa melindungi nyawa merupakan misi JOYSBIO, setiap hari.

Maklumat lanjut disediakan di https://en.joysbio.com/covid-19-antigen-rapid-test-kit/.

Latar Belakang JOYSBIO 

JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd. ialah sebuah syarikat bioteknologi Cina berfokus penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang membangunkan, mengeluarkan dan membekalkan kit ujian pantas diagnostik in-vitro (IVD) perubatan yang berkualiti tinggi serta kit reagen tersuai revolusioner ke seluruh pelosok dunia. JOYSBIO ditubuhkan oleh sepasukan ahli profesional dengan gabungan kepakaran teknikal, pemasaran/jualan, operasi dan pembuatan selama bertahun-tahun dalam industri ini.

Source: JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services