omniture

Sojung Lee Dilantik sebagai Presiden Baharu TeamViewer untuk Rantau Asia Pasifik

TeamViewer
2021-12-01 09:00 20

GOPPINGEN, Jerman dan SINGAPURA, 1 Disember 2021 /PRNewswire/ -- TeamViewer, sebuah penyedia perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) global terkemuka bagi penyelesaian sambungan jarak jauh dan pendigitalan tempat kerja, hari ini mengumumkan bahawa Sojung Lee menyertai syarikat tersebut sebagai Presiden untuk rantau Asia Pasifik termasuk China, Jepun, India, Australia dan New Zealand (APAC) pada awal bulan Disember ini. Lee ialah seorang eksekutif kanan yang berpengalaman dengan keupayaan yang terbukti dalam membina dan menerajui pasukan yang berimpak tinggi.

Sojung Lee, the new President for the Asia-Pacific region at TeamViewer.
Sojung Lee, the new President for the Asia-Pacific region at TeamViewer.

Pelantikan Presiden APAC, satu kedudukan baharu dalam struktur organisasi TeamViewer, merupakan tonggak utama bagi persediaan baharu syarikat tersebut untuk rantau ini. Sojung Lee akan memacu pertumbuhan TeamViewer dalam pasaran teras APAC dengan fokus yang jelas terhadap penyelesaian perusahaan. Tanggungjawab beliau merangkumi semua aktiviti pemasaran di APAC termasuk jualan langsung serta membangunkan ekosistem pakatan yang kukuh seperti rakan kongsi saluran, pengedar dan penjual semula di APAC. Di antara langkah-langkah lain, Lee akan memberi penekanan untuk memanfaatkan potensi perkongsian sukan TeamViewer yang sedia ada bersama Manchester United dan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One. Dalam peranan baharunya, beliau juga akan menyertai pasukan kepimpinan kanan global TeamViewer. Dengan berpangkalan di Singapura, beliau akan membina satu hab jualan APAC serantau untuk TeamViewer, selain membina kehadiran tempatan yang kukuh di Jepun, China, India dan Australia.

Sojung Lee membawa pengalaman yang komprehensif dalam kepimpinan jualan, penjanaan permintaan, pertumbuhan perniagaan dan strategi digital dalam industri IT dan perkhidmatan perusahaan di seluruh rantau APAC. Dalam jawatan beliau sebelum ini di SolarWinds, Lee telah dilantik sebagai Naib Presiden Jualan Asia Pasifik dan Jepun, memacu pembangunan perniagaan, perkongsian dan menyelia pasukan jualan APAC untuk mengukuhkan jenama ini dan memperluas kedudukan pasarannya. Sebelum menyertai SolarWinds, Lee meluangkan masa lebih 8 tahun dengan IBM Asia Pasifik dalam jawatan yang berbeza, dengan jawatannya yang terbaru sebagai Eksekutif / Pengarah Jualan. Sebelum berkhidmat di IBM, beliau membina reputasi yang kukuh sebagai eksekutif pembangunan perniagaan di Korea dan China.

Lee memiliki ijazah sarjana muda dalam Undang-undang Antarabangsa dan Pengajian Undang-undang dari Universiti Yonsei di Seoul, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Fudan di Shanghai, dan Sarjana Pengurusan Lanjutan dari Universiti Yale. Tambahan pula, beliau merupakan ahli Lembaga Penasihat Alumni Sekolah Pengurusan Yale. Inisiatif beliau terhadap kepelbagaian jantina dan kecemerlangan wanita baru-baru ini telah diiktiraf dengan anugerah Channel Asia 2021 Women in ICT Awards Shining Star – Asia Pacific.

Ketua Pegawai Eksekutif TeamViewer Oliver Steil berkata: "Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Sojung Lee. Dengan rekod prestasi yang kukuh dalam menjana pertumbuhan perniagaan yang luar biasa, kemahiran kepemimpinan yang terbukti dan pengetahuan yang luas tentang keperluan pasaran di rantau ini, beliau akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan persediaan baharu kami untuk APAC. Keupayaan cemerlang beliau dalam penskalaan dengan rakan kongsi perniagaan akan terus menyumbang kepada pertumbuhan dan prestasi perniagaan di rantau ini."

Sojung Lee menambah: "TeamViewer ialah sebuah syarikat yang hebat dengan produk yang mencipta nilai, jejak global dan naratif yang menarik. Saya teruja untuk menyertai sektor tenaga kerja yang sememangnya antarabangsa dan pelbagai ini dan berkongsi nilai-nilai syarikat yang kukuh. Menyokong pelanggan dalam mengubah perniagaan mereka secara digital dan mengoptimumkan proses mereka di sepanjang rantaian nilai merupakan satu tugas yang sangat menarik yang ingin saya bawakan ke hadapan bersama-sama pasukan yang kami ada di seluruh rantau ini dan rangkaian rakan kongsi APAC yang kukuh. Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan luar biasa TeamViewer dan memacu pembangunan secara aktif dalam rantau APAC yang menarik dan sangat dinamik."

Tentang TeamViewer 

TeamViewer ialah sebuah syarikat teknologi global terkemuka yang menyediakan satu platform kesalinghubungan untuk mengakses, mengawal, mengurus, memantau dan membaiki apa jua jenis peranti dari jarak jauh - daripada komputer riba dan telefon mudah alih hinggalah kepada mesin dan robot dalam perindustrian. Walaupun TeamViewer adalah percuma untuk kegunaan peribadi, ia mempunyai lebih 625,000 pelanggan dan membolehkan syarikat-syarikat daripada semua jenis saiz dan daripada semua jenis industri untuk mendigitalkan proses kritikal perniagaan mereka melalui kesalinghubungan yang lancar. Berlatarbelakangkan trend mega global seperti percambahan peranti, automasi dan kerja baharu, TeamViewer secara proaktif membentuk transformasi digital dan terus berinovasi dalam bidang Realiti Terimbuh, Internet Benda dan Kecerdasan Buatan. Sejak penubuhan syarikat tersebut pada tahun 2005, perisian TeamViewer telah dipasang pada lebih 2.5 bilion peranti di seluruh dunia. Syarikat tersebut beribu pejabat di Goppingen, Jerman dan mempunyai sekitar 1,500 orang pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2020, TeamViewer telah mencapai pengebilan sebanyak EUR 460 juta. TeamViewer AG (TMV) disenaraikan di Bursa Saham Frankfurt dan dimiliki oleh MDAX. Maklumat lanjut boleh didapati di www.teamviewer.com.

Hubungan Akhbar 

Martina Dier
Director Communications
Telefon: +49 (0)7161 97200 10
E-mel: press@teamviewer.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1699650/Sojung_Lee.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1697131/TeamViewer_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: TeamViewer
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Corporate Expansion