omniture

Ralph Lauren Fragrances Mencabar Peminat Menyahut Cabaran Red Race

Ralph Lauren Fragrances
2013-09-05 12:32 161

-- PERMAINAN PERLUMBAAN YANG MENGUJAKAN MEMBAWA POLO RED KE TAHAP BAHARU

NEW YORK, 5 September 2013 /PRNewswire/ -- POLO RED, wangian untuk lelaki terbaharu daripada Ralph Lauren, menghidupkan kepantasan, adrenalin dan godaan wangian hangat ini dalam Cabaran Red Race baharu. Dengan menguji kemahiran pemanduan peminat, Cabaran Red Race ini ialah pertandingan memandu digital tangkas yang diilhamkan daripada filem pendek POLO RED arahan Bruce Weber dan dibintangi Nacho Figueras.

Para pemain dicabar untuk duduk di kerusi pemandu berkuasa di laman Facebook Ralph Lauren Fragrances dan berlumba dengan bot laju yang pantas. Cabaran tiga peringkat itu ialah perlumbaan darat melawan air di mana para pemenang dapat melayakkan diri untuk trek lumba baharu selepas menghabiskan papan permainan. Bertempat di kepulauan yang terpencil, para pemain akan dibawa ke jalan maya itu dan ke dalam kempen pengiklanan POLO RED.

Para pemain diperingkatkan berdasarkan kehandalan pemanduan mereka, dengan pemarkahan berdasarkan pendarab untuk kelajuan sempurna, penganjakan dan jarak. Tambahan lagi, papan mata global Cabaran Red Race membenarkan para pemain melihat dan berkongsi pemeringkatan mereka dengan rakan-rakan sosial.

Para peminat POLO RED boleh mengaktifkan keterujaan mereka dan menyahut Cabaran Red Race ini di www.facebook.com/ralphlaurenfragrances.

POLO RED ialah wangian campuran hangat safron merah berempah, limau gedang merah yang segar dan kayu merah yang menghidupkan semangat darah muda dalam setiap lelaki. Yang terunggul dalam rekaan, kuasa dan citarasa, POLO RED mendapat inspirasi daripada Koleksi Kereta Ralph Lauren, salah satu koleksi kereta mewah paling berprestij di dunia. Rangkaian produk POLO RED boleh didapati di peruncit terpilih dan RalphLauren.com.

TENTANG RALPH LAUREN FRAGRANCES

Pada tahun 1978, Ralph Lauren memperluaskan jenama gaya hidupnya bagi merangkumi dunia wangian, lalu melancarkan Lauren untuk wanita dan Polo untuk lelaki. Selama lebih 30 tahun, Ralph Lauren Fragrances telah mengeluarkan wangian baharu untuk lelaki dan wanita yang menyerlahkan personaliti tersendiri dan gaya hidup mewah mengikut tradisi Ralph Lauren. Portfolio Ralph Lauren Fragrances termasuklah Polo, Polo Blue, Polo Black, Polo Red, Ralph Lauren Romance dan Koleksi Wangian The Big Pony untuk Lelaki dan Wanita. Ketahui lebih lanjut tentang Ralph Lauren Fragrances di www.ralphlauren.com/fragrances atau www.facebook.com/ralphlaurenfragrances.

 

Source: Ralph Lauren Fragrances
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services