omniture

Barry Callebaut lantik Pengarah Urusan Malaysia baharu

Barry Callebaut Asia Pacific
2021-12-02 07:37 47
  • Robert Kotuszewski mengambil alih peranan ini berkuat kuasa 1 Disember 2021
  • Pelantikan ini akan memandu pertumbuhan Barry Callebaut yang selanjutnya di Malaysia

PELABUHAN KLANG, Malaysia, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Barry Callebaut Group, pengeluar produk coklat dan koko berkualiti tinggi yang terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa Robert Kotuszewski akan dilantik sebagai Pengarah Urusan untuk Malaysia berkuat kuasa 1 Disember 2021.

Barry Callebaut lantik Robert Kotuszewski sebagai Pengarah Urusan untuk Malaysia, berkuat kuasa 1 Disember 2021
Barry Callebaut lantik Robert Kotuszewski sebagai Pengarah Urusan untuk Malaysia, berkuat kuasa 1 Disember 2021

 

Kilang Coklat dan Koko Barry Callebaut di Pelabuhan Klang, Malaysia
Kilang Coklat dan Koko Barry Callebaut di Pelabuhan Klang, Malaysia

 

Menerusi jawatan baharu ini, Robert akan menyediakan kepimpinan dan hala tuju untuk pasukan operasi dan penjualan di Malaysia. Selain daripada jawatan Pengarah Urusan negara beliau, beliau juga akan menyandang jawatan Naib Presiden, Pengeluar Makanan (FM) untuk Asia Tenggara (kecuali Indonesia). Robert akan ditempatkan di Malaysia dan akan terus menyelia operasi FM di Korea Selatan dan Pakistan serta Khidmat Pelanggan serantaunya. Beliau akan berpindah dari Singapura ke Malaysia pada bulan Mac 2022.

Seorang bakat tempatan yang pernah berkhidmat di seluruh rantau ini selama lebih 15 tahun lamanya di Barry Callebaut, Robert juga telah menjadi alumni yang cemerlang dalam tempoh yang singkat untuk memperoleh pengalaman luar sebelum kembali semula ke Barry Callebaut lebih dua tahun lalu. Menerusi jawatan paling terkini beliau di Asia, beliau memainkan peranan penting dalam pengembangan operasi Barry Callebaut di Australia. Beliau turut membantu membina pasukan Khidmat Pelanggan yang mantap, berdedikasi dan sangat komited di Asia.

Jawatan baharu ini merupakan bukti daripada Barry Callebaut atas cita-citanya untuk menjadi pengeluar coklat dan koko nombor satu di Malaysia. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada pengeluar makanan antarabangsa dan tempatan yang menggunakan produk coklat dan koko sebagai bahan dalam produk pengguna mereka serta pengguna coklat kecil-kecilan dan profesional termasuk penjual coklat, cef pasti dan pembuat roti selain restoran, hotel dan jurukater.

Hari ini, Barry Callebaut mengendalikan sebuah kilang coklat dan koko di Pelabuhan Klang dan satu lagi kilang koko di Pasir Gudang, Johor. Syarikat ini turut mengatur operasi Khidmat Pelanggan, Kewangan serta Penyelidikan & Pembangunan serantaunya di negara ini. Barry Callebaut memulakan operasi di Malaysia sejak tahun 2008 apabila ia memperoleh KLK Cocoa, subsidiari milik penuh Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK). Pada tahun 2012, Barry Callebaut memperoleh Bahagian Bahan-bahan Koko Petra Foods dan mengintegrasikan kilang kokonya di Pasir Gudang ke dalam jejaknya.

Latar Belakang Barry Callebaut Group (www.barry-callebaut.com) :

Dengan jualan tahunan mencecah kira-kira CHF 7.2 bilion (EUR 6.6 bilion / USD 7.9 bilion) dalam tahun fiskal 2020/21, Barry Callebaut Group yang berpangkalan di Zurich ini merupakan pengeluar produk coklat dan koko berkualiti tinggi yang terkemuka di dunia - bermula daripada penyumberan dan pemprosesan biji koko kepada pengeluaran coklat terbaik termasuk inti coklat, hiasan dan coklat kompaun. Kumpulan ini mengendalikan lebih daripada 60 kemudahan pengeluaran di seluruh dunia dan menggaji tenaga kerja global yang pelbagai dan berdedikasi yang terdiri daripada lebih 12,500 kakitangan.

Barry Callebaut Group menawarkan perkhidmatan kepada seluruh industri makanan, bermula daripada pengeluar makanan industri kepada pengguna coklat kecil-kecilan dan profesional seperti penjual coklat, cef pasti, pembuat roti, hotel, restoran atau jurukater. Jenama-jenama global yang memenuhi keperluan khusus pelanggan 'Gourmet' ini ialah Callebaut ®  dan Cacao Barry ® , Carma ®   serta pakar hiasan Mona Lisa ® .

Barry Callebaut Group komited untuk menjadikan coklat lestari sebagai kebiasaan menjelang tahun 2025 bagi membantu memastikan bekalan koko pada masa akan datang dan meningkatkan taraf hidup petani. Ia menyokong Cocoa Horizons Foundation  menerusi matlamatnya untuk membentuk masa depan koko dan coklat yang lestari.

Ikuti Barry Callebaut Group: 

Twitter  
LinkedIn 
Facebook 
YouTube
Flickr

 

Source: Barry Callebaut Asia Pacific
Keywords: Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Workforce Management/Human Resources Personnel announcements