omniture

PR Newswire Lancar ESG Communications Handbook Sulung di APAC

PR Newswire
2021-12-02 11:56 219

HONG KONG, 2 Disember 2021 /PRNewswire/-- Hari ini, PR Newswire melancarkan ESG Communications Handbook (Buku Panduan Komunikasi ESG), kertas putih pertama syarikat ini yang dikhususkan untuk komunikasi Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus di Asia-Pasifik.

Buku panduan ini yang merupakan sumber untuk golongan profesional perhubungan pelabur, golongan profesional perhubungan awam dan setiausaha lembaga, meliputi kepentingan mengenai ESG dan pendedahan maklumat oleh syarikat-syarikat yang disenaraikan, berkongsi bagaimana syarikat-syarikat dapat membangunkan strategi yang berkesan serta menawarkan amalan terbaik dalam menyampaikan aktiviti-aktiviti ESG kepada media.

ESG Communications Handbook (Buku Panduan Komunikasi ESG) PR Newswire
ESG Communications Handbook (Buku Panduan Komunikasi ESG) PR Newswire

Muat turun ESG Communication Handbook PR Newswire di sini.

Inisiatif ESG dapat membentuk dan mempengaruhi pelabur serta persepsi orang awam terhadap jenama. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak syarikat yang disenaraikan mula memberi perhatian untuk mencipta strategi ESG dan menerbitkan data. Pandemik telah meningkatkan minat dalam bidang yang berkembang pesat ini, dengan lebih banyak syarikat menunjukkan komitmen mereka kepada bidang-bidang seperti kelestarian, tanggungjawab sosial korporat serta kepelbagaian, kesaksamaan dan rangkuman (DEI).

Siaran akhbar berkaitan ESG (Jan - Jun 2021)
Siaran akhbar berkaitan ESG (Jan - Jun 2021)

Dalam separuh pertama tahun 2021, PR Newswire mengedarkan semakin banyak siaran akhbar yang berkaitan dengan topik-topik seperti perubahan iklim dan keneutralan karbon di seluruh rantau APAC. Jumlah siaran akhbar yang diedarkan meningkat daripada 23 pada bulan Januari kepada 284 pada bulan Jun. Industri-industri yang semakin aktif dalam komunikasi ESG termasuk industri tenaga, teknologi perniagaan, automasi industri, kesihatan/perubatan/bioteknologi, produk pengguna dan runcit serta kewangan dan insurans.

Klik di sini untuk memuat turun ESG Communications Handbook PR Newswire atau mulakan dengan maklumat penting di bawah:

Sepuluh penunjuk:

ESG Communications Handbook berkongsi sepuluh penunjuk mengenai bagaimana jenama-jenama dapat membangunkan strategi yang berkesan. Ini termasuk menjadikan pekerja sebagai duta ESG yang teruja menyokong syarikat mereka selain mempertimbangkan mengenai manfaat jangka panjang daripada usaha tanggungjawab sosial. Salah satu daripadanya ialah mempunyai strategi tenaga kerja mantap yang dapat meningkatkan penglibatan pekerja dan menarik minat bakat yang berkualiti tinggi yang dapat meningkatkan produktiviti, seterusnya membawa kepada kitaran keuntungan lebih tinggi yang baik.

Lapan penetap trend:

Bagaimana syarikat-syarikat mendahului jalan apabila melibatkan komunikasi ESG? Sesetengah syarikat telah menetapkan standard dari segi kualiti pendedahan kelestarian sementara syarikat-syarikat yang lain mengaitkan pembayaran bonus eksekutif kanan kepada pencapaian matlamat ESG selain faedah pekerja yang lebih baik lantaran pandemik ini. Buku panduan ini berkongsi mengenai amalan terbaik lapan syarikat global daripada industri pelaburan, teknologi, barangan elektronik pengguna, kewangan, pembuatan dan tenaga.

Tiga strategi:

Golongan profesional perhubungan awam (PR) dan perhubungan pelabur (IR) dapat mewujudkan strategi komunikasi ESG yang mantap dengan sentiasa mengintegrasikannya dalam pengurusan dan operasi harian. Kami telah menemui amalan terbaik daripada dua syarikat yang terkemuka iaitu Microsoft dan Ping An Insurance Group.

Lapan jenis kandungan:

Sepanjang dua tahun yang lalu, PR Newswire mengedarkan semakin banyak siaran akhbar yang berkaitan dengan ESG di Asia-Pasifik. Kami dapat mengenal pasti lapan jenis siaran akhbar yang biasa untuk membantu jenama-jenama mencipta sudut berita untuk berita mereka. Ini termasuk mengumumkan kemenangan utama dalam anugerah industri dan berkongsi hasil inisiatif seperti membina kilang mesra alam dan memperkenalkan penyelesaian mesra alam.

Bagi melengkapkan buku panduan ini, kami menjemput dua orang ahli profesional IR untuk berkongsi pandangan mereka mengenai komunikasi ESG. Dr Eva Chan, Pengerusi Pengasas dan Ahli Felow Hong Kong Investor Relations Association. Beliau berkata: "Berhubung pelaporan kelestarian, saya ingin melihat lebih banyak syarikat bukan sahaja mengetengahkan mengenai aspek positif daripada prestasi mereka, tetapi juga aspek negatif seperti sasaran mereka yang telah meleset. Saya berpendapat peraturan 'patuhi atau jelaskan' The Stock Exchange of Hong Kong (HKEX) akan membantu menangani isu ini."

Richard Sheng, Setiausaha Lembaga Pengarah dan Pengarah Jenama di Ping An Insurance (Group) Co. of China Ltd., sebuah syarikat yang disenaraikan dua kali di HKEX dan Shanghai Stock Exchange, berkata, "ESG merupakan alat yang penting untuk perusahaan kewangan menyokong kemajuan masyarakat. Ping An berusaha mencapai ketelusan, keterbukaan, kekinian dan kredibiliti berhubung pendedahan mengenai maklumat ESG. Kami akan terus berkongsi amalan ESG kami bersama pelabur, pelanggan, media dan kerajaan bagi membantu pelabur membuat keputusan yang bermaklumat."

Untuk lebih banyak trend dan amalan terbaik dalam membangunkan strategi komunikasi ESG yang berkesan, muat turun ESG Communications Handbook PR Newswire di sini.

Latar Belakang PR Newswire 

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd., ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik. Kunjungi www.prnasia.com untuk maklumat lanjut.

Source: PR Newswire
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services Data Analytics