KABUL, Afghanistan, 6 September 2013 /PRNewswire/ -- Mulai 4 September 2013, operasi pengangkutan jalan antarabangsa di bawah TIR akan berjalan semula, ke, dari dan merentasi Afghanistan, selepas tergendala selama lebih 30 tahun. Kemajuan yang dialu-alukan ini dapat merangsang semua perdagangan serantau dan pembangunan ekonomi dengan membuka perdagangan global ke negara Asia Tengah yang dikelilingi daratan melalui pengangkutan jalan antarabangsa yang berbantu dan selamat.
Selepas digantung selama 30 tahun, Afghanistan sudah kembali hari ini sebagai negara ke-58 yang menikmati perdagangan berbantu dan selamat melalui pengangkutan jalan antarabangsa, apabila Sistem TIR diaktifkan semula hari ini untuk operasi pengangkutan ke, dari dan merentasi Afghanistan – kemajuan penting yang diraikan dengan satu majlis rasmi, yang dihadiri para pegawai berpangkat tinggi Afghanistan, termasuk Menteri Kewangan, Hazrat Omar Zakhelwal, Timbalan Menteri Pengangkutan dan Penerbangan Awam, Jarullah Mansoori, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Afghanistan, Dr Najibullah Wardak, Ketua Divisyen Pengangkutan Sekretariat Organisasi Kerjasama Ekonomi (ECO), Dr Ismail Tekesadat, serta Ketua misi diplomatik dari pelbagai negara.
Selain membolehkan komuniti perniagaan Afghanistan berdagang dengan rakan kongsi mereka dalam cara berbantu dan selamat dengan masa dan kos pengangkutan yang dikurangkan, pengaktifan semula TIR di Afghanistan juga akan membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk negara Asia Tengah yang dikelilingi daratan yang kini boleh berdagang dengan semua negara TIR melalui jalan darat dan membantu akses mereka ke lautan.
Setiausaha Agung IRU, Umberto de Pretto, berkata: "Kami sangat gembira kerana lagi satu negara telah membuat keputusan dan berjaya melaksanakan alat bantuan pelbagai hala yang telah dibuktikan berkesan bagi perdagangan melalui pengangkutan jalan antarabangsa. TIR telah terbukti bermanfaat untuk memacu pertumbuhan ekonomi selama lebih 60 tahun dalam pelbagai wilayah di dunia ini, dan kami menggesa negara lain yang belum mengambil langkah ini supaya berbuat demikian. Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Afghanistan kerana mengambil inisiatif bagi merangsang bukan sahaja ekonominya, tetapi untuk ekonomi seluruh rantau Asia Tengah juga, demi kebaikan semua rakyat Afghanistan."
Menepati Perkongsian Awam-Swasta yang memacu Sistem TIR, ahli IRU, Dewan Perdagangan dan Industri Afghanistan (ACCI) telah disahkan oleh pihak berkuasa cekap Afghanistan sebagai Persatuan yang berkuasa mengeluarkan dan menjamin Permit Antarabangsa TIR di Republik Islam Afghanistan mulai 4 September 2013.
Latihan TIR juga disediakan kepada kakitangan ACCI, serta pegawai Kastam Afghanistan dan pengendali pengangkutan, bagi memastikan kelancaran dan kecekapan operasi sistem TIR, termasuk penggunaan alatan IT pengurusan risiko berkeselamatan tinggi yang utamanya.
ACCI mengeluarkan Permit Antarabangsa TIR pertamanya hari ini, kepada pengendali pengangkutan Afghanistan pertama yang berdaftar. Lebih-lebih lagi, beberapa pengendali pengangkutan TIR asing dari Iran dan Tajikistan menjalankan operasi pengangkutan jalan di bawah TIR di wilayah Afghanistan, selepas menghantar maklumat kargo mereka secara elektronik dan percuma kepada Jabatan Kastam Afghanistan melalui aplikasi IRU TIR-EPD.
"Pembangunan seperti ini banyak membantu menyokong Matlamat Pembangunan Milenium PBB, dan merupakan tindak susulan yang logik selepas langkah bersama IRU dan Perkhidmatan Tindakan Medan Periuk Api PBB untuk bergabung tenaga, pada tahun 2011, bagi menghapuskan periuk api di koridor pengangkutan jalan utama di Afghanistan dan memastikan operasi pengangkutan jalan antarabangsa yang selamat merentasi negara itu. Kami berbesar hati dapat mengalu-alukan kembali Afghanistan ke dalam komuniti perdagangan global!" kata Umberto de Pretto.
Nota Editor:
'TIR' (Transports Internationaux Routiers atau Pengangkutan Jalan Antarabangsa) ialah sistem transit Kastam antarabangsa berdasarkan Konvensyen PBB yang dilaksanakan pada peringkat global dalam Perkongsian Awam-Swasta. Ia telah membantu dan memastikan selamat pengangkutan jalan perdagangan dan antarabangsa selama lebih 60 tahun dengan membenarkan kenderaan yang dimeterai kastam dan kontena barangan angkut untuk bergerak dari negara ke negara tanpa pemeriksaan sempadan, lalu mengurangkan masa dan kos pengangkutan dengan banyak. Ia merupakan antara alat bantuan dan keselamatan perdagangan dan pengangkutan pelbagai hala paling berjaya yang sedang dikuatkuasakan. (Muat turun risalah)
Hubungan akhbar: Juliette Ebele, +41-22-918-27-07, press@iru.org
Sertai komuniti IRU:
https://twitter.com/the_iru
http://www.youtube.com/user/IRUChannel
http://www.iru.org/news-rss-action?lang=en
http://www.flickr.com/photos/the_iru/
http://www.scribd.com/IRU_Publications
http://www.linkedin.com/company/international-road-transport-union-iru
Sumber: IRU