omniture

China Oceanic Development Foundation: China dan negara-negara ASEAN bekerjasama lindungi keselamatan Laut China Selatan

China Oceanic Development Foundation
2021-12-03 04:55 155

BEIJING, 3 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Memandang ke arah bumi dari angkasa lepas, apa yang anda lihat ialah sebuah planet berwarna biru, 71% daripadanya diliputi oleh lautan. Dengan mengezum lebih dekat, anda dapat melihat kapal-kapal berlayar siang dan malam dan 90% daripada perdagangan dunia dijalankan di lautan. Namun begitu, lautan bukan sahaja membangunkan kehidupan, tetapi juga menanti bahaya yang tersembunyi. Kemalangan maritim sering melibatkan situasi yang kritikal, tugas mendesak dan keadaan meteorologi rumit, yang membuatkannya sukar untuk sebuah negara melaksanakan operasi menyelamat dengan berkesan. Oleh itu, pengukuhan kerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat maritim antara negara-negara yang berbeza telah menjadi keperluan untuk negara-negara pantai.

China dan negara-negara ASEAN berkongsi garis pantai yang panjang di bahagian timur dan tenggara Asia. Dengan pembangunan pesat industri perkapalan di perairan China-ASEAN, pengangkutan maritim telah menjadi semakin sibuk dan kecemasan serta kemalangan lalu lintas maritim telah berlaku dari masa ke masa. Laut China Selatan merupakan salah satu laluan laut yang paling sibuk di dunia hari ini, dengan kira-kira 100,000 kapal melintasinya setiap tahun. Jalinan kerjasama dengan negara-negara lain untuk memastikan keselamatan navigasi di Laut China Selatan telah menjadi tanggungjawab China.

Bagi menggalakkan kerjasama pragmatik antara China dan negara-negara ASEAN dalam bidang mencari dan menyelamat maritim, China mencadangkan projek "Latihan 'Tabletop' dan Lapangan Mencari dan Menyelamat Bersama Maritim China-ASEAN" di Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Keenam Negara-negara ASEAN-China bagi pelaksanaan "Deklarasi Perilaku Pihak-pihak di Laut China Selatan" pada September 2013. Latihan 'tabletop' mencari dan menyelamat maritim bersama China-ASEAN telahpun diadakan di Guangdong pada 27 September 2016. Susulan daripada latihan ini, China dan ASEAN melancarkan latihan lapangan mencari dan menyelamat maritim bersama China-ASEAN yang pertama di Zhanjiang, Guangdong pada 31 Oktober 2017. Simulasi ini melibatkan kejadian yang mana kapal penumpang Cina "Magic" bertembung dengan kapal kargo Kemboja "Jupiter" kira-kira sepuluh batu nautika timur Pulau Nansan, Zhanjiang yang mengakibatkan kebocoran besar kapal yang pertama dan menimbulkan bahaya yang mengancam nyawa kepada penumpang di atas kapal. Dalam senario ini, seramai 29 orang jatuh ke dalam air, 328 menunggu untuk dipindahkan manakala 8 orang cedera, yang mana 2 daripadanya cedera parah dan perlu dipindahkan ke pantai serta merta untuk rawatan oleh helikopter. Lima puluh tujuh wakil dari 6 negara ASEAN termasuk Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Laos dan Brunei serta 20 kapal, 2 helikopter dan lebih daripada 1,000 orang daripada jabatan hal ehwal maritim, penyelamatan, pengawal pantai dan pentadbiran perikanan China mengambil bahagian dalam latihan ini.

Selain daripada kerjasama dalam latihan 'tabletop' dan latihan lapangan, China dan negara-negara ASEAN turut menjalin kerjasama yang luas bagi mengadakan pelbagai program latihan. Pada 17 Julai 2017, China Maritime Search and Rescue Coordination Center mengadakan Kelas Latihan Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim China-ASEAN di Shanghai dengan 23 kakitangan dari 8 negara ASEAN mengambil bahagian dalam latihan ini. Kelas selama dua minggu ini diajar oleh pakar-pakar dalam bidang mencari dan menyelamat maritim serta tindak balas kecemasan mengikut arahan daripada "International Aviation and Maritime Search and Rescue Manual" ("Manual Mencari dan Menyelamat Penerbangan dan Maritim Antarabangsa"). Kandungan kursus ini sebahagian besarnya merangkumi pengetahuan dan kemahiran mencari dan menyelamat, aplikasi peralatan profesional serta konvensyen dan peraturan antarabangsa. Mulai 14 hingga 27 September 2019, "Kursus Latihan Lanjutan Mencari dan Menyelamat Maritim Negara-negara ASEAN-China", dianjurkan oleh China Maritime Search and Rescue Coordination Center dan dihoskan oleh Dalian Maritime University, telahpun diadakan di Dalian. Dua puluh sembilan pelatih dari 9 negara ASEAN termasuk Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam serta pusat-pusat mencari dan menyelamat maritim yang berkaitan di China mengambil bahagian dalam latihan ini.

Di samping itu, negara-negara ASEAN-China turut mengerahkan talian penting menyelamat kecemasan China-Kemboja dan China-Laos masing-masing pada tahun 2017 dan 2018 yang membolehkan jabatan-jabatan mencari dan menyelamat maritim China merealisasikan komunikasi 24-jam melalui suara, video dan pemesejan segera dengan jabatan-jabatan berkaitan Kemboja dan Laos, bagi memberi jaminan komunikasi untuk operasi mencari dan menyelamat maritim serta tindak balas kecemasan.

Sejak Columbus menemui Dunia Baharu, misteri lautan didedahkan secara beransur-ansur dan dunia telah memasuki era globalisasi. Dengan globalisasi yang semakin mendalam, pengangkutan maritim, operasi mencari dan menyelamat maritim serta kerjasama maritim juga semakin berkembang. China dan negara-negara ASEAN akan terus bekerjasama untuk menggalakkan kerjasama dan pertukaran mencari dan menyelamat maritim di peringkat yang lebih tinggi dan lebih mendalam di bawah rangka kerja mekanisme kerjasama dua hala, pelbagai hala dan serantau yang sedia ada.

 

Source: China Oceanic Development Foundation
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Public Interest