omniture

Huawei Menyeru Pertumbuhan ICT Mesra Alam Dipercepatkan di Sidang Kemuncak Kuasa Digital Telekomunikasi APAC 2021

Huawei
2021-12-03 05:29 167

BANGKOK, 3 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Huawei Digital Power menganjurkan Sidang Kemuncak Kuasa Digital Telekomunikasi APAC 2021 secara dalam talian pada 26 November, mengalu-alukan lebih 600 penonton dari 23 negara. Di sini, pemimpin industri dan perniagaan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai keneutralan karbon dalam rangkaian telekomunikasi dan kemudahan pusat data.


"Keneutralan karbon telah menjadi suatu konsensus dan misi global. Saya percaya ia akan menjadi salah satu perubahan terbesar dalam tempoh 30-40 tahun akan datang. Ia bukan sahaja akan merevolusikan pengeluaran dan penggunaan kuasa, tetapi turut membawa peluang untuk menaik taraf semua industri serta memikirkan semula mengenai ekonomi dan masyarakat kita." — kata Dr. Fang Lianzhou, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Digital Power.

Keneutralan karbon merupakan trend yang semakin berkembang dalam perjuangan global memerangi perubahan iklim. Sidang Kemuncak Kuasa Digital Telekomunikasi Huawei APAC 2021 menyediakan platform maya untuk bertukar-tukar pengalaman bagi mengurangkan emisi karbon dan OPEX, membantu rakan kongsi dan pelanggan mendigitalkan tenaga mereka dan menuju neutral karbon.

Industri ICT global menggunakan lebih 570 bilion kWj tenaga elektrik pada tahun 2020 dan angka ini dijangka mencecah 1.85 trilion kWj pada tahun 2030. Di samping itu, kemudahan pusat data dan rangkaian telekomunikasi bertanggungjawab masing-masing terhadap 160 juta tan dan 146 juta tan emisi karbon pada tahun 2020. Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa industri ICT akan perlu memainkan peranan utama dalam mencapai sasaran keneutralan karbon.

Sidang Kemuncak ini melihat kepada asas pembinaan rangkaian telekomunikasi mesra alam dan kemudahan pusat data. Para penceramah berkongsi pandangan, panduan dan amalan terbaik mereka. Di samping itu, penonton dari seluruh dunia melihat sekali imbas kemudahan tenaga mesra alam yang terkini untuk rangkaian telekomunikasi dan pusat data, amalan terbaik global dan penyelesaian yang inovatif untuk kemudahan bangunan baharu dan pemodenan.

Cik Yoly Crisanto, Ketua Pegawai Keselamatan Globe Telecom — salah satu operator telekomunikasi yang terbesar dan paling canggih di Asia Pasifik, berkongsi pengalaman beliau dalam pelaksanaan 5G dan pendigitalan tapak. Globe berusaha untuk menyumbang secara aktif kepada 10 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan PBB. Ini termasuk beberapa strategi pengurusan emisi karbon seperti pelaksanaan lebih 7400 penyelesaian mesra alam dalam seluruh rangkaian dan mengubah suai 13 kemudahan bangunan penting di Filipina untuk beroperasi menggunakan tenaga bersih. Cik Crisanto turut menjelaskan bahawa Globe mengurangkan dengan ketara emisi karbonnya melalui transformasi tenaga mesra alam. Globe Telecom telah memberi contoh hebat untuk operator telekomunikasi di seluruh dunia, bermatlamat untuk mengurangkan emisi karbon sebanyak 57% atau 0.57 juta tan menjelang tahun 2030.

Sanjay Kr Sainani, Naib Presiden Kanan Global & Ketua Pegawai Teknologi Huawei Digital Power mengetengahkan teknologi penting untuk pengurangan Jejak Karbon di Pusat Data. Beliau berkata: "Pembinaan Pasang Siap & Modular membolehkan penggunaan bahan-bahan kitar semula, mengurangkan penggunaan & pembaziran serta memendekkan masa untuk menggunakan Kemudahan Pusat Data. Huawei telah mempelopori sistem kuasa & penyejukan tertumpu yang berkecekapan tinggi, IoT terbenam, teknologi O&M didayakan AI yang berjaya dilaksanakan di Pusat Data bermula dari China hingga Ireland bagi membantu mengurangkan jejak Karbon kitaran hayat Pusat Data."

Selepas sesi ucapan dasar, penonton mengadakan lawatan maya ke Huawei Digital Power Innovation Experience Center, mempelajari mengenai penyelesaian kuasa digital yang terkini serta pusat data dan tapak telekomunikasi generasi seterusnya di Dongguan dan Hangzhou.

Sidang kemuncak setengah hari ini menghimpunkan penonton global bersama pemimpin industri dan perniagaan. Peserta-peserta meneroka penyelesaian yang inovatif dalam industri kuasa berserta kajian kes yang telah menerima pakai teknologi kuasa yang utama dalam industri ICT.

Keneutralan karbon tidak dapat dicapai sekiranya kita bekerja sendirian. Usaha bersama diperlukan. Jumlah hadirin yang mengagumkan di sidang kemuncak ini telah menonjolkan minat global terhadap tenaga mesra alam. Sebagai respons kepada permintaan pasaran dan dorongan yang semakin meningkat ke arah tenaga bersih, Huawei akan terus bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk mengintegrasikan dan menginovasi elektronik kuasa, penyimpanan tenaga, awan dan teknologi digital bagi membina dunia yang lebih baik, lebih mesra alam dan lebih pintar.

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news