BEIJING, 4 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping dan duta muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tuberkulosis and HIV/AIDS menghantar pesanan video kepada pelajar-pelajar Sekolah Reben Merah Linfen di Wilayah Shanxi, utara China di sebuah acara yang menyambut Hari AIDS Sedunia kali ke-34 pada hari Rabu.
Sekolah tersebut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak yang menghidap HIV. Ia menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya pada tahun ini.
Peng mengimbau kembali detik-detik mesra yang pernah diluangkan oleh beliau bersama guru-guru dan para pelajar di sekolah tersebut sepanjang dekad yang lalu dan menggalakkan pelajar-pelajar untuk terus berkongsi kasih sayang dan menikmati zaman kanak-kanak yang gembira.
Acara sambutan ulang tahun ke-10 memaparkan kemajuan yang dilakar dalam usaha pencegahan dan kawalan AIDS di negara ini dengan menjadikan Sekolah Reben Merah Linfen sebagai contoh. Ia mengetengahkan kes-kes tipikal rawatan antivirus percuma, usaha untuk menghalang jangkitan penyakit ini daripada ibu kepada anak serta usaha pencegahan AIDS dalam bidang-bidang penting. Ia turut menekankan usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan dan Parti Komunis China terutamanya inisiatif yang diambil untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit ini.
Wang Hesheng, timbalan pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, menghadiri acara tersebut bersama wakil-wakil daripada jabatan-jabatan yang berkaitan, guru-guru dan para pelajar sekolah serta duta-duta kesihatan reben merah.