omniture

Florasis lancar versi antarabangsa lagu tema bersama penyanyi popular Zhou Shen

Florasis
2021-12-06 09:06 58
  • Tafsiran muzik berbilang bahasa daripada citarasa klasik Cina oleh Zhou Shen
  • Lebih banyak kerjasama untuk membawa jenama kini kepada khalayak global
  • Produk Florasis boleh didapati di lebih 100 pasaran selepas melancarkan perniagaan global

HANGZHOU, China, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada 2 Disember 2021, jenama kosmetik Cina Florasis melancarkan versi antarabangsa bagi lagu tema Florasis, dipersembahkan oleh penyanyi popular Zhou Shen (Charlie Zhou) dalam lima bahasa. Sebagai pengesah selebriti global Florasis, Zhou Shen akan menjalin lebih banyak kerjasama bagi membawakan kisah jenama ini ke mata dunia.

Versi antarabangsa ini merupakan tafsiran baharu untuk lagu tema asal berbahasa Cina Hua Xizi yang dilancarkan tahun lalu. Lagu ini digubah oleh penulis lirik terkenal Vincent Fang dan ahli muzik Yu-peng Chen serta menambah permainan instrumental Xun, salah satu alat muzik Cina yang tertua. Berdasarkan kepada melodi aslinya, Zhou Shen mempersembahkan vokal hebat beliau dalam lirik bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Itali dan bahasa Rusia, menghimpunkan bahasa-bahasa yang berbeza dalam satu lagu. Video muzik ini turut membawakan imejan puitis seperti hujan berkabus dan berperahu di tasik bagi meningkatkan pengalaman muzik

Sejak awal tahun 2021, Florasis telah mula membawa produk dan kisah jenamanya ke pasaran global. Ketika ini, produk Florasis tersedia untuk dibeli di lebih 100 negara dan wilayah, termasuk AS, Jepun dan Asia Tenggara. Awal bulan ini, koleksi Impression of Dai yang diinspirasikan oleh budaya rakyat Dai di China telah dilancarkan ke pasaran global dan serta merta mengujakan pengguna menerusi ketukangan yang indah dan estetika yang unik.

Latar Belakang Florasis 

Florasis ialah jenama solek inovatif yang meneroka kebijaksanaan dalam ritual kecantikan tradisional, mewarisi falsafah estetika Cina dan menerima pakai teknologi moden bagi mencipta produk kosmetik.

https://www.florasis.com

 

Source: Florasis
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Music Retail