omniture

MILO & MOM Menjana Tenaga Atlet Malaysia Di Sukan SEA Ke-27!

MILO
2013-09-06 21:49 184

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 September 2013 /PRNewswire/ -- Di dalam usaha untuk menyemai nilai-nilai kesukanan di dalam erti kata sebenar dan terus membangunkan atlet-atlet muda yang bakal menjadi juara bagi Negara kita, MILO® dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini dengan jayanya melancarkan kempen "Tenaga untuk Juara" yang dirasmikan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Semasa majlis pelancaran di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Pusat Akuatik Nasional, YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan memuji komitmen yang dipamerkan oleh MILO® bersama Majlis Olimpik Malaysia di dalam usaha mereka untuk menyemai serta membentuk lanskap sukan bagi belia di Malaysia.

"MILO® telah memainkan peranan yang amat penting di dalam arena sukan di Malaysia melalui usaha yang mereka laksanakan untuk memupuk serta membangunkan bakat-bakat muda di dalam Negara," kata beliau. "Komitmen yang dipamerkan oleh MILO® untuk memupuk atlet muda negara untuk mencapai kemuncak kejayaan merupakan sesuatu yang memberi inspirasi" ulas Khairy selanjutnya.

Kempen MILO® "Tenaga untuk Juara" bukan sekadar sebuah penajaan, ia bermatlamat untuk mendorong dan memacu bakat-bakat muda di dalam bidang sukan untuk berusaha dengan lebih gigih dan mecapai kejayaan pada usia muda serta turut memberi inspirasi kepada ibu bapa agar mereka memberi galakan serta dorongan kepada anak-anak mereka untuk menceburi bidang sukan semenjak dari kecil lagi.

"MILO ®, bersama-sama dengan Majlis Olimpik Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam pembangunan arena sukan di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada bidang sukan bagi golongan muda dan juga sukan yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Negara ini," kata Alois Hofbauer, Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapura yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut untuk memberikan sokongan kepada atlet-atlet muda yang akan bertanding di Sukan SEA ke-27 di Myanmar.

Sukan SEA merupakan pentas di mana atlet-atlet Malaysia akan mula diperkenalkan kepada arena sukan antarabangsa. Selaras dengan objektif kerajaan dan Majlis Olimpik Malaysia, MILO® sentiasa berada pada detik permulaan di mana bakat-bakat muda mula dididik dan kami membimbing mereka untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan di dalam landskap sukan.

"Sejak kebelakangan ini, ibu bapa lebih tertumpu dengan pencapaian anak-anak mereka di dalam bidang akademik tetapi kami merasakan bahawa ia adalah penting bagi anak-anak kita untuk mempelajari serta mengalami sendiri nilai-nilai murni yang dapat dipupuk melalui aktiviti sukan dari usia muda lagi.

Dengan bersukan, kanak-kanak dapat menerokai serta mengenal pasti kekuatan mereka sendiri; membentuk kemahiran mental, fizikal dan sosial yang akan kekal sepanjang hidup mereka dan juga mampu memberikan mereka asas yang baik dan kukuh untuk menjalani kehidupan di masa hadapan. 

Bagi Nestle dan MILO®, kami percaya bahawa nilai-nilai berharga ini tidak akan dapat dipelajari melalui buku tetapi perlu dipupuk melalui pengalaman yang diperolehi di padang permainan," kongsi Alois selanjutnya.

Melalui kempen MILO® "Tenaga untuk Juara" dan selaku minuman Coklat Malt Bernutrisi rasmi bagi Kontinjen Malaysia di kejohanan Sukan SEA ke-27 di Myanmar, MILO® ingin menyeru kepada seluruh Negara untuk bangkit dan memberi sokongan kepada kontinjen Malaysia  semasa mereka berjuang dengan penuh gigih untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang boleh berbangga dengan pencapaiannya.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Yong Shin Min (Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan), S. Kannathasan (Pelari Berganti-ganti Kebangsaan), Muhammad Hakimi Ismail (Atlet Lompat Kijang Kebangsaan) dan Khoo Cai Lin (Perenang Kebangsaan) yang akan mewakili Malaysia di kejohanan Sukan SEA ke-27 di Myanmar.

"Kami merasa amat bangga kerana kontinjen dari Malaysia turut membawa bersama mereka nilai-nilai kerjasama, perpaduan, ketabahan serta keberanian yang diperkukuhkan lagi dengan sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia. MILO ® akan meneruskan warisan murni ini dan memperkukuhkan lagi komitmen kami untuk membangunkan bidang sukan di Malaysia," ulas Alois selanjutnya.

Mengenai MILO® Malaysia

MILO®, merupakan peneraju minuman malt coklat bernutrisi yang terkemuka di Malaysia dan mula diperkenalkan pada tahun 1950. Dengan kehadiran selama lebih daripada 60 tahun di dalam rumah-rumah di Malaysia, MILO® dikenali melalui rasa minuman malt coklatnya yang lazat, unik serta membekalkan manfaat nutrisi yang disukai oleh pelbagai lapisan generasi. Sebagai minuman makanan sihat yang dipenuhi dengan kebaikan malt, susu skim dan koko, MILO® merupakan salah satu daripada minuman sarapan pagi yang paling popular dan yang banyak dinikmati oleh isi rumah di Malaysia.

MILO® mengandungi PROTOMALT, iaitu ekstrak malt dengan campuran pelbagai jenis karbohidrat yang membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan, dan ACTIGEN-E, yang merupakan kombinasi unik 8 jenis vitamin dan 4 jenis mineral yang membebaskan tenaga optimum daripada makanan.

Selama lebih daripada enam dekad, MILO® memainkan peranan yang aktif di dalam usaha untuk mempromosikan pengambilan diet yang seimbang dan amalan gaya hidup sihat. MILO® amat komited di dalam membangunkan bidang sukan dalam Negara sama ada pada peringkat masyarakat setempat, daerah mahupun kebangsaan – memupuk generasi muda Malaysia untuk menjadi juara Negara.  Usaha yang dilaksanakan ini telah menjadikan MILO® sebagai jenama isi rumah selama bergenerasi lamanya dan kami terus mendidik pengguna yang semakin berkembang maju mengenai akur janji teras jenama MILO® iaitu untuk membekalkan tenaga dan nutrisi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web: www.milo.com.my

Source: MILO
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements