omniture

UnionBank Ganding Bahu dengan Huawei Bina Rangkaian Pusat Data Pintar

Huawei Technologies Co., Ltd.
2021-12-06 15:40 114

SHENZHEN, China, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Union Bank of the Philippines, yang lebih dikenali sebagai UnionBank diiktiraf sebagai salah sebuah institusi kewangan yang terkemuka di Asia, tersenarai antara bank sejagat yang terunggul di negara ini dari segi keuntungan dan kecekapan. Sebagai sebuah institusi yang bercita-cita tinggi, UnionBank telah memperoleh banyak anugerah dan pengiktirafan selama bertahun-tahun; ia telah membawa pulang anugerah Bank Digital Tahunan Asset Triple A sebanyak 4 kali dan memenangi anugerah Pelopor Digital di rantau Asia/Pasifik oleh IDC. Ia turut diundi sebagai Bank Runcit Paling Disyorkan di Asia Pasifik oleh BankQuality.com.

UnionBank sentiasa menerajui inovasi teknologi untuk memperkasa pelanggannya. Ia komited sepenuhnya untuk menjadi bank inovasi terkemuka Filipina bagi memenuhi dengan cara terbaik keperluan rakyat Filipina yang semakin meningkat di mana-mana sahaja. Ia berpegang teguh pada janjinya untuk memperkasa masa depan perbankan dengan mencipta secara bersama inovasi untuk pelanggannya dan demi dunia yang lebih baik!

UnionBank menerokai secara mendalam menuju transformasi digital, yang mencakupi infrastruktur rangkaian, struktur organisasi dan mod operasi. Data semakin bercambah dalam era digital dan pusat data (DC) inilah yang memproses dan menyimpan begitu banyak data terutamanya data teras perusahaan dan sistem pengeluaran; ia juga merupakan titik permulaan bagi inovasi perniagaan. UnionBank merupakan antara yang pertama menerima transformasi digital dengan membina seni bina DC generasi seterusnya dan menggalakkan transformasi rangkaian pusat data (DCN). Faedah-faedah yang terhasil termasuk rangkaian yang lebih tangkas dan andal, perkhidmatan berkualiti lebih tinggi dan inovasi perniagaan yang lebih bertenaga.

Pada asalnya, UnionBank mengendalikan seni bina DC pemulihan bencana (DR) aktif/tunggu sedia yang telah dibina pada peranti legasi. Walau bagaimanapun, seni bina rangkaian legasi ini menjadi kurang praktikal tatkala perkhidmatan bank berkembang. Terdapat cabaran dalam penskalaan yang pantas dan elastik, penggunaan yang tangkas atau automasi E2E dan memenuhi keperluan inovasi perkhidmatan yang tangkas. Bagi menangani cabaran ini, bank perlu membina DCN pintar generasi seterusnya secepat yang mungkin.

Selepas pertimbangan dan perbandingan yang teliti dibuat, akhirnya UnionBank memutuskan untuk berganding bahu dengan Huawei bagi membina DCN pintar. Bank ini mengambil keputusan ini berdasarkan kepada kekuatan Huawei yang tiada tandingan termasuk seni bina DCN berorientasikan masa depan, penghijrahan dan evolusi rangkaian yang lancar, sistem O&M DCN yang dipermudah dan pintar serta sokongan perkhidmatan waktu sebenar yang menyasarkan masalah utama.

1. Seni Bina DCN Berorientasikan Masa Depan, Memudahkan Penghijrahan Cekap dan Evolusi Lancar

Penyelesaian Rangkaian Pemanduan Berautonomi CloudFabric Huawei untuk DC membantu UnionBank membangunkan DCN yang utama di dunia dan kalis masa depan yang mana DC yang aktif dan tunggu sedia dibina pada seni bina daun-tulang-belakang (spine-leaf) rangkaian tentuan perisian (SDN) berasaskan VXLAN, himpunan sumber N dibina berdasarkan kepada kategori-kategori atribut sumber dan iMaster NCE-Fabric digunakan untuk melaksanakan penggunaan rangkaian automatik dan penskalaan elastik. iMaster NCE-Fabric turut digunakan untuk mengurus tembok api dan pengimbang beban daripada pelbagai vendor, mengupayakan perkhidmatan bernilai tambah berasaskan himpunan seperti keselamatan dan pengimbangan beban.

Apabila melibatkan penghijrahan dan penaiktarafan rangkaian pengeluaran UnionBank, tingkap masa untuk operasi sedemikian perlu dihadkan dengan ketat bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan bank dan meminimumkan impak penghijrahan ke atas perkhidmatan. Ini merupakan satu cabaran yang besar. Bagi menangani hal ini, Huawei mereka bentuk penyelesaian penghijrahan yang lancar dan mudah dengan teliti yang dapat dilaksanakan dalam empat langkah mudah.

Langkah pertama adalah untuk membina rangkaian SDN yang baharu. iMaster NCE-Fabric menemui dan memetakan konfigrasi rangkaian legasi bagi memastikan ketekalan konfigurasi yang tinggi antara rangkaian baharu dan legasi. Langkah kedua adalah untuk memindahkan perkhidmatan Lapisan 2. iMaster NCE-Fabric memperkemas konfigurasi Lapisan 2 bagi rangkaian legasi dan baharu serta memindahkan pelayan (mesin fizikal dan maya) secara automatik. Langkah ketiga adalah untuk memindahkan perkhidmatan Lapisan 3. iMaster NCE-Fabric memperkemas konfigurasi Lapisan 3 rangkaian legasi dan baharu serta memindahkan gerbang Lapisan 3 ke rangkaian baharu. Beginilah cara penghijrahan perkhidmatan diselesaikan. Langkah terakhir yang ringkas adalah untuk mengesahkan kesinambungan perkhidmatan. Ini bermakna, iMaster NCE-Fabric mengesahkan sambungan rangkaian, laluan perkhidmatan dan impak perubahan bagi memastikan semua sistem perkhidmatan berjalan dengan baik.

Selepas berpuluh-puluh penghijrahan rangkaian pada awal pagi, Huawei berjaya memindahkan seni bina legasi bank ini kepada seni bina DCN kalis masa depan tanpa mencetuskan sebarang pengunduran konfigurasi atau kemalangan rangkaian.

2. Automasi E2E, Paras Tinggi, Memudahkan Simulasi Rangkaian dan Penilaian Perubahan 

Tatkala inovasi perkhidmatan yang tangkas mendapat momentum, DC UnionBank perlu berupaya bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan perkhidmatan. Ini sukar dicapai pada rangkaian yang sibuk, yang mana pelbagai perkhidmatan baharu dan sejumlah besar perubahan dibuat setahun, lebih 3000 secara purata. Bagi mengendalikan hal ini, jurutera rangkaian perlu meluangkan lebih daripada separuh masa mereka untuk menyesuaikan rangkaian kepada perkhidmatan dan perubahan baharu. Biasanya, pendekatan rutin untuk membuat perubahan rangkaian adalah untuk mereka bentuk penyelesaian perubahan berdasarkan kepada pengalaman pakar, menilai impak perubahan dan melaksanakan penyelesaian dan menyemak hasil perubahan secara manual. Walau bagaimanapun, hal ini tidak dapat menghalang ralat perubahan memandangkan rangkaian terus berkembang dan menjadi semakin rumit.

iMaster NCE-Fabric dapat mengendalikan semua ini. Melalui pemodelan dan simulasi, ia dapat menilai secara automatik risiko dan impak perubahan, melaksanakan perubahan dan melakukan pengesahan selepas perubahan, memastikan perubahan rangkaian tanpa ralat yang dapat memenuhi jangkaan pelanggan dengan sempurna. Bukan ini sahaja, pelanggan juga dapat mencipta tugas pemantauan yang berterusan di iMaster NCE-Fabric agar perkhidmatan mereka dapat berjalan dengan jaminan yang berterusan.

3.  O&M Pintar "1-3-5" Berkuasa AI, Mentakrifkan Cara untuk Mengendalikan dan Mengekalkan DCN

Bagi meningkatkan pengalaman dan kecekapan pelanggan, UnionBank melancarkan perkhidmatan pendaftaran dalam talian, membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan kewangan yang berkualiti tinggi daripada keselesaan rumah mereka sendiri. Tatkala perkhidmatan ini menjadi semakin popular, ramai pelanggan mengalami kegagalan akses perkhidmatan yang kerap atau pembekuan bingkai yang membawa kepada banyak aduan. Sebagai respons, bank mula mengesan kesalahan pada DCNnya; walau bagaimanapun, amat sukar untuk mengesan getaran kelengahan rangkaian dan kehilangan paket dalam mod O&M tradisional yang mengutamakan operasi manusia dan sangat bergantung pada pengalaman pakar. Pengesanan kesalahan juga memakan masa dan memerlukan tenaga kerja yang ramai dalam mod ini kerana jurutera perlu mendapatkan paket nod demi nod bagi mengesannya. Semua ini disertakan dalam pengalaman pelanggan yang kurang ideal.

Huawei's iMaster NCE-FabricInsight
Huawei's iMaster NCE-FabricInsight

Di sinilah iMaster NCE-FabricInsight Huawei memainkan peranannya. Ia mengaplikasikan secara inovatif AI ke dalam O&M DCN, membantu UnionBank melaksanakan O&M DCN pintar dalam semua senario. Bagi menghuraikan lebih lanjut, ia membolehkan langganan KPI semua senario yang berasaskan telemetri dalam beberapa saat, mewujudkan sistem penilaian kesihatan rangkaian lima dimensi pada waktu sebenar. Dimensi-dimensi ini ialah peranti, rangkaian, protokol, tindihan dan perkhidmatan. Di samping itu, dengan memanfaatkan pengalaman O&M Huawei selama lebih 30 tahun dan puluhan juta sampel data, iMaster NCE-FabricInsight dapat mengenal pasti korelasi antara objek rangkaian dan menyimpulkan peraturan penyebaran kesalahan berdasarkan kepada perlombongan dan pemodelan data raya, mengesan dengan tepat 75 jenis kesalahan tipikal dalam 1 minit, mengesannya dalam 3 minit dan membetulkannya dalam 5 minit. Bukan ini sahaja, iMaster NCE-FabricInsight dapat mencapai peralihan berorientasikan masa depan daripada O&M pasif kepada O&M proaktif, lalu membebaskan jurutera rangkaian daripada O&M DCN pasif, memerlukan tenaga kerja yang ramai tradisional. Ini telah memperkasa UnionBank untuk memaksimumkan kecekapan O&M DCNnya.

DCN pintar hanyalah permulaan. UnionBank terus menerobos sempadan dalam perjalanan transformasi digitalnya dengan mengadakan majlis maya perintis untuk Kampus Inovasinya — pembangunan hartanah yang menyokong inisiatif inovasi institusi ini. Kampus ini juga dilihat akan menjadi hab untuk rantaian blok, AI dan teknologi baharu yang lain yang akan merevolusikan cara hidup orang ramai. Huawei tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan UnionBank dalam bidang-bidang selanjutnya dan membantu UnionBank meneroka lebih dalam menuju transformasi digital.

Source: Huawei Technologies Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Contracts Financial Technology