SINGAPURA, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Di upacara Pelancaran Penyelesaian Kampus Pintar Asia Pasifik (APAC) 2021, Huawei melancarkan Penyelesaian Kampus Pintarnya di rantau ini, menjemput pelanggan industri, rakan kongsi, pakar dan rakan media di seluruh APAC untuk merebut peluang yang dibawa oleh Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta penyepaduan kuasa industri bagi menggalakkan secara bersama pembangunan industri kampus pintar.
Dalam ucapan pembukaan beliau, Bob Chen, Naib Presiden Huawei Enterprise Business Group (BG), menyatakan bahawa pasaran kampus pintar APAC kini melebihi nilai US$10 bilion menurut laporan pihak ketiga. Beliau turut memperincikan bagaimana Huawei komited untuk menggalakkan pendigitalan dan bahkan telahpun membina kampus yang terjamin, pintar dan mesra alam untuk pelanggan dan pemegang kepentingan yang berbeza. "Huawei telah menyiapkan 500 projek kampus pintar di seluruh dunia, lalu membantu pelanggan kami mencapai kejayaan perniagaan," kata Chen. "Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan pelanggan kami bagi mengatasi cabaran ketika kami membina dunia yang pintar secara bersama."
Tony Khoo, Presiden Singapore International Facility Management Association (SIFMA) turut berucap di upacara pembukaan acara ini. "Sedang ICT semakin maju, pembinaan sistem menjadi semakin rumit dengan kampus pula menjadi semakin besar. Justeru itu, ia menjadi semakin sukar untuk mengurusnya dan terdapat keperluan yang segera buat kami untuk memahaminya dengan lebih baik dan mengurusnya dengan lebih pintar. Pelancaran Penyelesaian Kampus Pintar ini adalah tepat pada masanya, menyediakan ramai ahli kami dengan penyelesaian yang dicari-cari oleh mereka."
Dunia pintar yang terhubung sepenuhnya semakin hampir. Kampus-kampus akan berfungsi sebagai unit asas bandar, pembawa bagi kerja dan kehidupan. Justeru itu, seluruh masyarakat kita akan ditingkatkan dengan menambah baik kecekapan dan pengalaman kampus. Winson Wang, Ketua Perikatan Rakan Kongsi, APAC Enterprise Business Group Openlab memperkenalkan Penyelesaian Kampus Pintar Huawei terkini yang mana Huawei mentakrifkan semula kampus pintar dengan membina platform digital yang terjamin, terbuka dan mampan yang mengintegrasikan teknologi ICT baharu seperti pengkomputeran awan, Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) dan saling sambung mudah alih.
Perbezaan antara kampus pintar dan kampus tradisional terletak pada otak lapisan atas, termasuk platform Intelligent Operation Center (IOC) dan aplikasi pintar manakala infrastruktur ICT yang penting adalah seperti berikut:
Tony Shi, Ketua Pegawai Teknologi Huawei APAC Scenario Based Solution turut menunjukkan bagaimana platform digital yang inovatif mampu memenuhi tiga keadaan penggunaan utama: sambungan merata, pengurusan bersepadu dan pembangunan perkhidmatan baharu. Dengan platform digital yang disepadukan dengan Awan Video, IoT, Protokol Komunikasi Internet (ICP), Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan teknologi baharu yang lain, pelanggan dapat memanfaatkan platform tersebut untuk mereka bentuk, membangunkan dan mengesahkan penyelesaian bagi mewujudkan kampus yang terjamin, selesa, cekap dan mesra alam.
Ahli Lembaga SIFMA dan Pengarah Eksekutif serta Ketua Workplace Singapore for JLL, G. Segar, berkongsi pandangan mengenai trend pembangunan kampus pintar. Beliau menyatakan bahawa pembangunan dalam teknologi telah membawa kelebihan yang besar dalam integrasi sistem, menyatakan bahawa Huawei menjadi peneraju dalam aspek ini. Sesungguhnya, pelaburannya dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) memastikan agar produk dan penyelesaiannya berupaya untuk mencipta pengalaman yang lebih baik dengan keupayaan pemantauan yang lebih baik, saluran komunikasi dan platform data yang menyampaikan pandangan boleh diambil tindakan yang berkualiti tinggi. SIFMA akan terus memainkan peranannya dalam mengenal pasti teknologi baharu dan pembangun teknologi seperti Huawei, untuk ahli-ahli korporat dan individu SIFMA.
Pelancaran Penyelesaian Kampus Pintar APAC 2021 turut menghimpunkan secara bersama pakar-pakar industri dan pelanggan Huawei — termasuk SIFMA, Dalian Hi-Think Computer Technology dan DTGO, selain pakar-pakar APAC Enterprise milik Huawei sendiri — untuk perbincangan panel yang dikendalikan oleh Goh Seh Harn, Pengasas Bersama TriVentures Capital. Panel ini membincangkan bagaimana kampus pintar akan mentransformasikan masa depan, mengikuti trend digital. Semasa perbincangan ini, Brandon Wu, Ketua Pegawai Teknologi Huawei Asia Pacific Enterprise BG, menekankan bagaimana Penyelesaian Kampus Pintar menyediakan perkhidmatan teknikal dan sokongan penyelesaian untuk perancangan kampus, perancangan ICT dan reka bentuk subsistem. Bersama-sama rakan ekosistem, kata beliau, Huawei membina kampus pintar berorientasikan masa depan untuk pelanggan. Dari perspektif pelanggan, Kittikun Potivanakul, Ketua Pegawai Teknologi DTGO, menjelaskan bagaimana Penyelesaian Kampus Pintar Huawei dapat membantu perusahaan mengintegrasikan perkhidmatan digital, menerusi pendekatan berorientasikan pelanggannya yang menggantikan pendekatan fungsian. Dengan pelaksanaan perkhidmatan pintar – seperti Intelligent Operation Center (IOC), pengurusan perimeter, rondaan berasaskan video dan pengurusan peranti – penyelesaian ini menggunakan analitik daya raya untuk menyokong pembuatan keputusan di peringkat pengurusan. Begitu juga, ia turut menyokong inovasi perniagaan dan pada masa depan akan memudahkan akses berbilang kampus.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila kunjungi: https://bit.ly/3FSsiVF
Latar Belakang Huawei
Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia.
Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; mentakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
https://twitter.com/HuaweiEntAPAC
https://www.facebook.com/HuaweiEnterpriseAPAC