omniture

Maxthon Mengumumkan Hubungan Kerjasama dengan Peneraju Teknologi Mudah Alih Sedunia untuk Pemproses Android

Perkongsian Maxthon RollTech Akan Membawakan Pelayar Maxthon kepada Lebih 100 Juta Telefon Pintar dan Tablet pada tahun 2014
Maxthon
2013-09-09 11:40 98

SAN FRANCISCO,9 September 2013 /PRNewswire/ -- Maxthon, syarikat perisian global yang membangunkan pelayar web canggih, hari ini mengumumkan hubungan kerjasama dengan RollTech, cawangan perkhidmatan ditambah nilai MediaTek, pembekal global ketiga terbesar untuk cipset yang digunakan dalam telefon pintar dan tablet Android. Hubungan perkongsian ini memastikan pelayar web Maxthon yang menerajui industri akan siap sedia dipasang dalam lebih 100 juta telefon pintar menjelang 2014.

Hubungan kerjasama ini merupakan perlanjutan perluasan mudah alih berterusan Maxthon dalam pasaran internet yang berkembang paling pesat di dunia termasuk Brazil, Rusia dan India dan sejajar dengan wawasan Maxthon untuk pertumbuhan mampan dalam pasaran global.

"Perkongsian Maxthon dengan RollTech merupakan pemacu mengujakan untuk pertumbuhan ditambah kepada perluasan kami yang sudah sedia teguh dalam pasaran ini," kata Jeff Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Maxthon. "Pasaran seperti Brazil, Rusia, China dan Indonesia akan semakin menerajui perluasan besar-besaran seterusnya untuk internet. Semua ini mempunyai kadar penembusan internet yang kurang jika dibandingkan dengan Amerika Utara dan Eropah. Potensi baiknya sangat banyak dan kami teruja untuk mendapat peluang bagi berkhidmat untuk gelombang pengguna baharu."

"Misi RollTech ialah bekerja dengan pengeluar peralatan tulen dan penghasil peranti bagi membantu memberikan kombinasi sebaik mungkin untuk peranti pintar dan perkhidmatan kepada pasaran yang mereka bekali," kata Huiling Liu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas RollTech. "Kami gembira dapat menambah pelayar web berprestasi tinggi Maxthon kepada usaha kami."

Maxthon akan sedia dimuatkan ke dalam sebilangan telefon pintar dan tablet yang dijual melalui pengeluar peranti tulen. Satu senarai separa lengkap termasuklah nama LGE, ZTE, TCL/Alcatel, Gionee, Phillips, Techain, Konka, LenovoMobile, CKT dan LavaMobile.

"Gelombang seterusnya untuk web sedang berlaku sekarang dalam bandar seperti Sao Paulo, Hyderbad, Chennai dan Jakarta," kata Karl Mattson, Naib Presiden Divisyen Antarabangsa Maxthon, "Pelayar kami pantas dan setempat di mana ia diperlukan dan ini membenarkan pengguna bergerak dengan lancar dari satu platform ke platform yang lain. Itulah bahan rahsia untuk web masa hadapan dan perkongsian ini merupakan bukti untuk itu."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Maxthon, sila lawati: www.maxthon.com

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang RollTech, sila hubungi contact@rolltech.com.tw atau lawati: www.rolltech.com.tw

Untuk memuat turun Maxthon, sila klik di sini.

Hubungi:

Burson-Marsteller untuk Maxthon
Sandy Choi
Sandy.Choi@BM.com
(+1)212-614-4757

Source: Maxthon
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site Licensing/marketing agreements