omniture

Kemampuan Menghubungkan Pelajar untuk Memaksimumkan Kemampuan adalah Gamechanger, Samsung Malaysia Umumkan Pemenang Solve for Tomorrow 2021

Para pelajar St Francis Institution, Melaka menggondol tempat pertama dalam pertandingan STEM yang berlangsung di seluruh negara yang turut menampilkan kemampuan hebat para pelajar dari Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Samsung Malaysia Electronics
2021-12-08 20:18 64

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Samsung Malaysia Electronics dan Pusat STEM Universiti Malaya mengumumkan pemenang pertandingan Solve for Tomorrow 2021. Tempat pertama dimenangi oleh "Team TAZ" dari St. Francis Institution, Melaka manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 adalah Kumpulan 'Fintech Semporna' dari MRSM Semporna, Sabah dan Kumpulan 'Climate Crew' dari Kolej Genius Insan, Negeri Sembilan.

Solve for Tomorrow is a youth competition by Samsung Malaysia that inspires students to review issues faced in our local communities and ‘FIX IT’ using STEM solutions.
Solve for Tomorrow is a youth competition by Samsung Malaysia that inspires students to review issues faced in our local communities and ‘FIX IT’ using STEM solutions.

Lima finalis membentangkan idea mereka secara maya kepada hakim dari Samsung Malaysia dan Universiti Malaya. Penyelesaian menangani isu dalam bidang Kelestarian Alam Sekitar dan Akses kepada Pendidikan mengukuhkan semangat mereka terhadap STEM.

Dato' Roh Jae Yeol, Pengarah Hal Ehwal Korporat, Samsung Malaysia Electronics berkata, "Kami kagum dengan idea dan pelaksanaan peserta-peserta tahun ini. Pelajar-pelajar luar biasa ini telah mewujudkan penyelesaian kepada masalah kehidupan sebenar. Melalui Samsung SFT, kami menyasarkan untuk menyediakan platform untuk generasi muda meneruskan kerjaya dalam STEM."

Pemenang Idea Solve for Tomorrow 2021 Samsung.

Kumpulan 'TAZ' – St. Francis Institution, Malacca

Merangkuli tempat pertama, 'TAZ' mengenal pasti cara untuk menghubungkan pelajar Malaysia dalam bidang minat yang sama, mempelajari melalui permainan dan pengurusan masa yang bijak. Pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan akademik boleh menggunakan aplikasi untuk mendapat akses kepada bahan pembelajaran. Kumpulan ini dianugerahkan produk Samsung bernilai RM12,000 yang akan disampaikan kepada pihak sekolah manakala setiap pelajar akan menerima produk Samsung bernilai RM6,000. Kumpulan ini terdiri daripada Tan Zhang Li, Adam Sim Kah Lock dan Zachary Sim Kah Yao

Kumpulan Fintech Semporna – MRSM Semporna, Sabah

Tempat kedua adalah Fintech Semporna. Mereka mentransformasi rumpai laut hijau kepada bahan bio-alternatif. Idea ini merupakan usaha Mohammad Fahim Nazhan bin Mohammad Pauzi, Muhammad Fauzan bin Lakarani dan Muhammad Fauzi bin Lakarani. Mereka dianugerahkan produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 untuk sekolah mereka, manakala setiap pelajar akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM5,000.

Kumpulan 'Climate Crew' – Kolej Genius Insan, Negeri Sembilan

Pemenang tempat ketiga, 'Climate Crew', mewujudkan Aplikasi Penjejakan Kitar Semula dipanggil "myPLANET" yang akan meningkatkan kadar kitar dan memberi impak positif kepada pemanasan global. Aplikasi "myPLANET" adalah percuma serta mesra pengguna. Ahli-ahli kumpulan, Yahaya bin Basiron, Anis Batrisyia binti Ja'afar dan Muhammad Amirul Firdaus bin Muhammad Ariff menerima produk Samsung bernilai RM8,000 untuk sekolah dan setiap pelajar akan menerima produk bernilai RM4,000

Kumpulan 'The Inventors' – SMK Rantau Panjang, Selangor

Di tempat keempat, 'The Inventors' mencipta pasu bunga biodegradasi yang diperbuat daripada pseudostem pisang, kulit pisang dan serai yang merupakan alternatif yang sangat baik untuk plastik dan bahan tidak terurai yang digunakan dalam membuat pasu.'The Inventors' dianggotai oleh Nur Afrina Najla, Naylie Adriana dan Fatin Amni.

Kumpulan Ardent Learners – SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur

Tempat terakhir dianugerahkan kepada Ardent Learners' Paper and Cardboard Recycler, peranti kitar semula mudah-alih yang menukarkan kertas lama dan bahan kadbod kepada kertas baharu. Pasukan yang terdiri daripada Chuah Yee Jia, Saniyyah binti Shah Jahan dan Raja Aisha binti Raja Azlan

Kumpulan "The Inventors" dan "Ardent Leaders" akan menerima produk Samsung bernilai RM6,600 sebagai hadiah saguhati

Juri terdiri daripada Dato' Roh Jae Yeol, Pengarah Hal Ehwal Korporat, Samsung Malaysia Electronics; Ir. Dr Mas Sahidayana Mohktar, Ketua Pusat STEM Universiti Malaya; Profesor Dr Rofina Yasmin Binti Othman, Naib Canselor Bersekutu (Rangkaian Industri & Komuniti), Universiti Malaya; dan Profesor Dato' Dr Mohamed Shariff Mohamed Din FASc,Kumpulan Minat Khas Biodiversiti Akademi Sains Malaysia. 

"Generasi muda sedang menyesuaikan diri dengan teknologi yang sentiasa berkembang. Pertandingan STF membantu mengukuhkan pengetahuan STEM pelajar, menggalakkan pemikiran di luar kotak dan mencari penyelesaian untuk masalah dunia benar.. Kualiti penyerahan pasukan-pasukan menunjukkan tahap dedikasi mereka. Saya pasti SFT akan terus memupuk pemimpin STEM kita pada masa hadapan," kata Ir. Dr Mas Sahidayana Mohktar, Ketua Pusat STEM Universiti Malaya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/

 

 

Source: Samsung Malaysia Electronics
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications